LAGU REVOLUSIONER: MENYEMAI PADI

Di bawah sinar mahatari

Kaum tani menyemai padi

Sepanjang tahun begini

Kaum tani membuat bakti.


Sepetak tanah letak harapan

Tabur benih tapak semaian

Semai subur penuh perhatian

Semoga lega kehidupan.


Banyak sumbangan petani

Hasilkan makanan senegeri

Tapi hidup miskin begini

Itulah dosa kaum imre.


Petani ingin pembebasan

BTM pimpin ke depan

Asal kita terus perjuangan

Hari depan penuh harapan.

---

(Kaum imre bermaksud kaum imperialis dan kaum reaksioner)

sumber: pilihan lagu-lagu revolusioner, Jabatan Sastera Dan Seni Tentera Pembebasan Nasional Malaya

1 ulasan:

mohon kalau dapat didengarkan lagu sebenar yang dinyanyikan.

Reply

Categories

Pengikut