JUMAAT DI MASJID DARUL AMAN

30 Julai 2010 - Masjid Darul Aman di Kampung Perdamaian Sukhirin di penuhi makmum yang menunaikan solat Jumaat. Ikut sama menunaikan solat beberapa orang tamu dari kampung jiran.

Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana 12 adalah sebuah kampung yang didirikan khas untuk bekas perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya dengan bantuan Kerajaan Diraja Thailand. Sejak dari Darurat 1948 kaum penjajah British telah melebel mereka sebagai pengganas dan anti-agama kerana mereka menentang penjajah secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air. Selepas merdeka hingga kini, lebel ini diberikan pula oleh kerajaan Malaysia.

Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah adalah mereka yang dilebel pengganas dan anti-agama tersebut.













Gambar dirakam oleh Aman pada 30 Julai 2010 di Masjid Darul Aman, Kampung Perdamaian Sukhirin, Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat, Selatan Thai
---


4 ulasan

Tanpa Nama mod

elok la bertaubat..lepas buat kekejaman.

Reply
Tanpa Nama mod

Setuju dengan tanpa nama di atas. Tapi saya tak pernah dengar mana2 Menteri UMNO yang menyatakan bersalah kerana menzalimi rakyat di bawah ISA, kerana membunuh umat Islam Memali, kerana merobohkan rumah rakyat, kerana merobohkan rumah ibadat rakyat. Sudah masanya untuk bertaubat

Reply
Tanpa Nama mod

Bekas Komunis2 ni dah bertobat dah ni dari segi agama Islam, tapi dah terlambat dari segi undang2 sah Malaysia. Sepatutnya diorang dululah menyerah diri kepada kerajaan dengan letak senjata. Usah difikirlah siapa yang telah berjasa dulu2 menentang penjajah, yang penting Malaysia kini diperintah oleh bangsa Melayu dan Islam. Terima sajalah hakikat.
Sikap ego Komunis sepatutnya dikikis habisan dari sanubari dan terimalah hakikat perjuangan anda adalah sia-sia dan tidak diiktiraf oleh seluruh dunia.
Komunis tidak lagi relevan dengan dunia sejak kejatuhan Soviet Union, akhirnya tinggal 3 atau 4 negara sahaja masih gunakan sistem ini manakala lebih sedozen lagi negara2 komunis telah mencampakkan fahaman kolot/bodoh kominis mereka kedalam tong sampah dan terus membakarnya bersekali dengan tong sampah kerana marah / benci!

Reply
Tanpa Nama mod

Buat Tanpa Nama,

Ada lagi manusia yang menyuruh ke jalan hina... menyerah diri

Apapun alasan yang diberi, hakikatnya ialah sistem kapitalis sedang ke arah kebobrokan.

Perjuangan menguburkan kapitalisme sedang bermula!

Dol

Reply

Categories

Pengikut