ISU KOMUNIS: "1 MALAYSIA" MASIH DI ERA PERANG DINGIN




Utusan Malaysia bertarikh 17 Julai lalu telah menyiarkan sebuah berita dengan bertajuk: Waspada ancaman komunis – Chee Woh.

Reaksi pertama yang timbul di benak saya ialah: kecewa dan sedih bercampur kesihan dan simpati. Kecewa dan sedih, rupanya, di Malaysia kita sekarang ini masih ada lagi sejumlah orang (yang rasanya mungkin ramai juga) masih berpegang pada pemikiran perang dingin ketinggalan zaman yang sudahpun dicampakkan oleh masyarakat dunia sejak tahun-tahun 80-an kurun lalu lagi. Kesihan dan simpati, orang-orang yang ketinggalan zaman dan kolot itu, kalaulah mereka berada pada kedudukan berkuasa dan memerintah, macam mana nak mengejar rentak kemajuan masyarakat dunia dan membawa negara ini ke tahap yang lebih maju?

Untuk pengetahuan orang-orang sedemikian, perlu difahami bahawa Parti Komunis di Iraq, yang sekarang ini dijajah atau didominasi oleh imperialis Amerika, pun dibenarkan bergerak secara legal. Mereka dibenarkan menyertai pilihan raya, menjadi ahli parlimen jika mereka boleh menang, dan bahkan ada yang dilantik menjadi menteri cabinet di kerajaan pusat Bagdad. Tanda “demokrasi” dan ke”lapangan dada” kerajaan yang ditunjang oleh kuasa besar imperailis Amerika itu terhadap ideology yang berlainan dan berbeza dengannya.

Lihat pula gelagat pihak berkuasa di negara “bertuah” kita ini: komunis diharamkan, ISA dikuatkuasakan, sejarah diputar-belitkan, tuntutan rakyat untuk demokrasi sentiasa diabaikan, media massa dikendalikan, undi rakyat semasa pilihan raya disulap-matakan, … . Inikah negara “demokrasi” yang sentiasa digembar-gemborkan?

Reaksi kedua yang timbul dibenak saya ialah: ini satu lagi pertanda sesetengah pihak yang berkuasa sedang mempersiapkan pendapat awam untuk memperketat pengendalian mereka terhadap media massa khususnya media elektronik di negara ini. Usulan Chee Woh, bekas pegawai tinggi Cawangan Khas itu selaras dengan usulan-usulan yang dikemukakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan lain-lain satu masa dulu. Nampaknya satu lagi projek 1Malaysia – “1Malaysia di segi pencengkaman politik” sedang dan akan dilaksanakan secara besar-besaran.

2 ulasan

Janganlah saudara terkejut dengan reaksi seperti itu. Reaksi orang yang sedang demam. Ini petanda bahawa UMNO dalam keadaan yang sangat lemah, tiada berkeyakinan diri. UMNO telah ditolak oleh rakyat dan ahli mereka sendiri. Dalam Himpunan Melayu Perak baru-baru ini saya lihat berebut-rebut veteran UMNO menarik microphone nak bercakap dan nak hentam UMNO. Semua ucapan menghentam tentang UMNO yang rasuah. Majlis menjadi kelamkabut hingga ada yang kena dukung di tarik supaya bercerai dengan tiang microphone.

Pasca Perang dingin Berlin Wall tidak pernah tumbang di Malaysia. Kalau mereka kuat pasti isu Chin Peng untuk pulang itu tidak timbul. Bukankah isu satu perjanjian ! dan apalah sangat dengan Chin Peng yang sudah dekat 90 tahun umurnya itu.

95% orang Cina dah tak suka MCA dan Gerakan. Lawan mesti tumbang ! Melayu dah pecah 3. Kepada orang Cina sudah tidak boleh diletakkan harapan untuk BN memerintah.

Dalam himpunan Melayu Perak itu, masing-masing mengutuk bahawa pelajar2 sekolah tidak faham sejarah. Yang datang dalam himpunan itu yang berumur 60 tahun keatas. Generasi mudanya tidak mempeduli nasib yang akan menimpa UMNO.

Puteri Raja Chulan

Reply
Tanpa Nama mod

Setuju dengan Saudara Azizsuriani.
Akhir-akhir ini UMNO sibuk mengadakan perhimpunan peringkat Bahagian. Saya tengok dari suratkhabar bahawa ramai ahli2 MT yang mencampuri perhimpunan mengeluh: UMNO/BN tidak dapat menarik minat dan sokongan orang muda, kalau keadaan sedemikian berterusan, kerajaan UMNO/BN mungkin tumbang dalam pilihan raya mendatang.

Reply

Categories

Pengikut