DATOK BAHAMAN PENDERHAKA?

Bahaman " si derhaka celaka" kata Hikayat Pahang
Oleh Pacar Merah (http://pacarmerah.blogspot.com/)


Apabila membaca satu tulisan yang berkaitan dengan Bahaman dalam blog "Kini dan Silam", saya teringat pandangan Hikayat Pahang (Penerbit Fajar Bakti 1986) tentang Bahaman.

Hikayat Pahang yang asalnya tulisan tangan dan mungkin disalin pada tahun 1932 mengatakan bahawa Bahaman "telah derhaka kepada kerajaan Pahang" dan berkali-kali, di pelbagai tempat (misalnya di muka surat 116-17) penulisnya melabelkan Bahaman sebagai "si derhaka celaka".

Penulis Hikayat Pahang itu tidak diketahui, kerana dia tidak menyatakan namanya. Namun, jelaslah dia seorang yang masih bermentaliti feudal , yang menghendaki setiap rakyat Pahang mesti taat setia kepada kerajaan, termasuk kerajaan Inggeris yang telah "menjajah" negeri Pahang.

Beliau mungkin seorang yang mempunyai hubungan rapat dengan istana dan pentadbiran penjajah, dan dengan itu berasa selesa berada di bawah pemerintahan penjajah. Beliau tidak mempunyai kesedaran politik bahawa berada di bawah pemerintahan penjajah itu adalah satu kedudukan yang hina.

Namun, sejak pertengahan tahun 1930-an di Pahang sudah lahir pemimpin yang berasal dari kelas rakyat, seperti Ibrahim Yaakub dan Ishak Haji Mohamad, yang mahu memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari cengkaman penjajah.

Dengan itu, pandangan feudal bahawa Bahaman adalah "si derhaka celaka" pun turut berubah. Sejak itu Bahaman dilihat sebagai seorang patriot, penentang penjajah dan pejuang kemerdekaan. Inilah pandangan yang tepat, yang sepatutnya dicatatkan dalam buku-buku sejarah.
---
http://pacarmerah.blogspot.com/

4 ulasan

Tanpa Nama mod

Penderhaka
Pengganas
Pemberontak
militan
Adalah nama nama yang dilebelkan kepada para pejuang rakyat bawahan
oleh para atasan yang mesra penjajah

SemanTan

Reply

penulis hikayat pahang di percayai bernama hj yaakob,asal kertau,mukim chenor,pahang.dan memanglah jika memahami struktur atau strata masyarakat zaman itu maka dapat difahami bahawa penulis mewakili golongan feudal/aristokrat.maka tentu beliau menulis dari sudut itu;pun begitu kewajaran memahami label perderhaka kepada Dato Bahaman perlu difahami dari sudut zaman dan era tersebut termasuk bukan semua yang celik huruf untuk menulis.maka asas hikayat pahang ialah kepentingan elit pemerintah waktu itu termasuk british tentunya.saya suka menarik perhatian tulisan allahyarham pak zakaria hitam bahawa ada persetiaan diantara Bahaman dan Sultan Ahmad di sungai silan,jerantut menyangkut revolusi bahaman menentang british.juga saya menyarankan untuk mentelaah buku yang di tulis oleh professor arinath gopinath(?)universiti malaya tentang period ini di pahang.terakhirnya,saya mendapat tahu dipenghujung hayatnya,penulis hikayat pahang khabarnya menghumban semua anugerh yang di perolehinya dari istana ke sungai pahang sebagai tanda protes dan mungkin juga kerana insaf akan perjuangan bahaman.wallahu'allam.

Reply

otaksasau.blogspot.com

Reply

Salam,

Terima kasih kepada Sdr.Ahmad Nizam Hamid kerana memberi maklumat tentang penulis Hikayat Pahang.

Mengenai perjuangan Dato' Bahaman, sekurang-kurangnya ada 2 buku penting yang boleh dirujuk:

a) Jang Aisjah Mutalib, Pemberontakan Pahang 1891-1895, Penerbit PAP Kelantan, 1972.
b) Aruna Gopinath, Sejarah Politik Pahang, 1880-1935, DBP, 1993.

Reply

Categories

Pengikut