ALFATIHAH UNTUK KAWAN NORDIN


KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN: Kawan Nordin telah pulang ke rahmatullah pada 5 Julai 2010. Berita ini disampaikan oleh seorang wakil keluarga Allahyarham yang datang ke Kampung Perdamaian Sukhirin.

Kawan Nordin 70, atau nama sebenarnya Deroman (gambar kiri) berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Akan tetapi beliau telah berhijrah dan menetap di Kampung Jadeh, daerah Sukhirin, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand sejak masa muda lagi. Kampung Jadeh adalah antara basis Rejimen Ke-10 yang awal di kawasan sempadan.

Kawan Nordin adalah salah seorang anak Kelantan yang ingin melihat tanah airnya mencapai pembebasan dan kemerdekaan penuh dan kebahagiaan masyarakat. Pada tahun 1968, Kawan Nordin telah menyertai pasukan Rejimen Ke-10 yang melancarkan perjuangan bersenjata untuk pembebasan nasional. Beliau adalah antara perajurit awal di kawasan sempadan.

1961 - 1975 beliau telah menyertai 3 kali pasukan penggempur mara ke selatan di bawah pimpinan Allahyarham Abu Samah Mohd. Kassim. Kemudian beliau berkhidmat dalam Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 yang bergerak di kawasan Chendek, Narathiwat.

Setelah pasukan Rejimen Ke-10 dibubarkan di bawah perjanjian perdamaian 3 pihak 1989, beliau memilih menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin bersama rakan seperjuangan yang lain, menikmati layanan di bawah syarat perjanjian damai dari Kerajaan Diraja Thailand dan pihak organisasi PKM.

Semoga Allah memberikah rahmata ke atas roh Allahyarham.

3 ulasan

al-fatihah saudaraku nordin, semoga rohnya dicucuri rahmat

Reply

Alfatihah...

syed hamid

Reply

KENAPA PADA TAHUN 1968 DIA MENYERTAI REJIMEN KE-10,BUKANKAH WAKTU ITU MALAYSIA SUDAH DITUBUHKAN,DAN KEADAAN SUDAH BANYAK BERUBAH BERBANDING SEBELUM MERDEKA,JIKA BERJUANG SEBELUM MERDEKA YA,KERANA BRITISH MASIH ADA DI TANAH MELAYU,TAPI PADA TAHUN 1968 MALAYSIA SEDANG MENUJU PEMBANGUNAN.

Reply

Categories

Pengikut