MAT INDERA PUTERA TERPUJI KELAS BURUH JOHOR

Mat Indera lahir dalam sebuah keluarga miskin di Muar, Johor dan mempunyai tiga orang adik beradik. Kerana kemiskinan, beliau hanya dapat bersekolah Melayu beberapa tahun sahaja dan kemudian meneruskan pelajarannya ke sekolah agama. Berkat kemajuannya dalam belajar dan atas perhatian guru besarnya, beliau dapat menjadi guru agama untuk sementara waktu. Sebagai seorang guru yang baik, pengaruhnya dengan cepat tersebar luas di kalangan pelajar-pelajar dan orang ramai di Muar serta daerah sekitarnya.

Pemimpin Buruh

Pada tahun 1945, setelah tamat Perang Dunia Kedua, Mat Indera bekerja sebagai buruh lembaga pelabuhan Muar. Kerana keberanian dan kebolehannya menyatukan kaum buruh dan memimpin perjuangan, beliau telah dilantik sebagai ketua kesatuan buruh pelabuhan serta melancarkan berbagai bentuk perjuangan untuk membela kepentingan kaum buruh.

Seiring dengan menggeloranya perjuangan kemerdekaan selepas Perang Dunia kedua yang dipelopori oleh PKM, PKMM, Kawan Mat Indera menyertai PKMM dan menjadi salah seorang pemimpin API di Johor. Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi anggota PKM. Setelah API diharamkan, beliau secara otomatik memimpin PETA.

Semangat perjuangan yang tinggi telah mendorongnya bekerja keras, di samping menjadi buruh untuk mendapatkan nafkah sara hidup juga aktif dalam gerakan kemerdekaan. Pada waktu siang, beliau mengembangkan pekerjaan di kalangan buruh dan lain-lain lapisan masyarakat yang progresif serta membakar semangat mereka untuk melawan penjajah demi kemerdekaan tanah air. Pada waktu malam pula, beliau bersama rombongannya menjelajah ke kampung-kampung mengumpulkan orang ramai mengadakan rapat-rapat umum dan berpidato untuk membangkitkan semangat orang rami. Orang ramai sangat tertarik pada pidatonya serta memberikan sokongan yang hangat kepadanya. Di sinilah beliau mencipta nama yang harum di kalangan massa rakyat di Muar dan kawasan sekitarnya.

Dalam perjuangan yang besar ini, Mat Indera bukan saja menjadi seorang guru agama yang tinggi prestijnya, juga seorang pemimpin buruh yang ulung. Pernah berlaku peristiwa kaum buruh pelabuhan Muar mengemukakan tuntutan kenaikan upah dan berbaikan layanan kerja kepada pihak majikan. Akan tetapi, pihak majikan yang hanya tahu mengeruk untuk itu telah menolak tuntutan menasabah mereka. Kaum buruh sangat marah lalu mengadakan pemogokan besar-besaran menuntut kenaikan upah dan perbaikan syarat kerja. Pihak majikan telah menekan pemogokan itu dengan memerintahkan polis menyerbu pemogokan dan menangkap Kawan Mat Indera dan menghumbannya ke penjara.

Akan tetapi kawan Mat Indera teguh bagaikan waja. Di dalam penjara, beliau menyerukan kaum buruh meneruskan perjuangan hingga majikan menerima tuntutan mereka. Beliau berkata: “Saudara-saudara jangan takut, biar kita semua masuk penjara taka apa. Kita mesti bersatu padu, kemenangan pasti milik kita!”

Pemenjaraan beliau selama beberapa bulan itu semakin membajai tekad juangnya. Dengan meremehkan polis penjajah, beliau sentiasa memberi penerangan dan pendidikan kepada rakan-rakan sepenjara dan mendapat sambutan yang baik dari mereka. Walaupun beratus-ratus buruh pelabuhan hendak menjaminnya supaya dia keluar dari penjara, tapi sebagai membantah kepada pemenjaraannya yang tidak adil itu beliau menasihati kaum buruh agar tidak perlu berbuat demikian. Sebaliknya beliau mengobarkan semangat para buruh supaya meneruskan perjuangan dengan gigih lagi di luar sementara beliau berjuang dari dalam penjara.

Abdullah C.D. yang bertanggungjawab langsung memimpin PKMM dan Jabatan Kerja Melayu PKM di Johor menulis dalam memoirnya:

“Muar juga satu kawasan yang kuat gerakan kemerdekaannya dan luas organisasi pasukan bersenjatanya. Di Muar ada pejabat cawangan PKMM. Istimewanya pejabat ini menjadi pejabat untuk organisasi patriotik-demokratik yang lain seperti JKM, API/PETA, AWAS dan juga kesatuan buruh di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih.”

“Selain itu, di Muar juga ada cawangan Balai Pustaka. Walaupun ia lebih kecil berbandingkan Balai Pustaka di Kuala Lumpur, tetapi menyediakan banyak buku progresif serta menerbitkan akhbar. Balai Pustaka ini dipimpin langsung oleh ahli Jawatankuasa Pusat Jabatan Kerja Melayu Samsuddin Salleh.“

Yang dimaksudkan pejabat PKMM itu ialah pejabat buruh pelabuhan Muar di bawah pimpinan Mat Indera.Pejabat itu tidak setakat pejabat kesatuan buruh sahaja, malah menjadi pusat gerakan kemerdekaan di mana berbagai oraganisasi seperti Kesatuan Buruh, PKMM, Jabatan Kerja Melayu dan API/PETA. Setelah terbentuknya PMFTU, pejabat tersebut menjadi pejabat PMTU bahagian Muar pula.


Salah Seorang Pemimpin Rejimen Ke-10

20 Jun 1948, Kaum penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara. Seruan revolusi bergema di serata tempat. Kawan Mat Indera tampil ke depan memimpin belasan pemuda revolusioner memasuki Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan perang terhadap penjajah British.

Tak lama kemudian beliau telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Di dalam pasukan bersenjata, beliau bekerja kencang siang dan malam mencurahkan segenap tenaga bagi pembangunan pasukan, memperkukuh dan memperluas kawasan basis dan daerah gerila di negeri Johor.

Beliau mesra dengan para perajurit dan amat di kasihi perajurit amat menghormatinya. Beliau dapat menyelami isi hati kawan-kawan dan sentiasa bertukar-tukar fikiran dengan kawan-kawan secara dari hati ke hati. Sebagai seorang kader, beliau dengan tegas mempertahankan langgam hidup sederhana dan berjuang keras, memperlakukan perajurit secara sama derajat. Dengan semangat persaudaraan sekelas yang tebal mendalam beliau menyimpan kesusahan bagi diri sendiri dan memberikan kemudahan kepada orang lain. Pernah terjadi peristiwa beliau tidur bertemankan kesejukan dalam hutan belantara yang tebal kerana selimutnya diberikan kepada kawan yang sakit.

Kawan Mat Indera mempunyai semangat gagah berani, kecekapan dan ketangkasan. Pada bulan Oktober 1948, beliau telah memandu satu regu perajurit menyerang hendap sebuah jeep yang membawa seorang manger orang putih bersama 5 orang askar di sebuah estet getah di batu 6, Jalan Muar – Air Hitam, Johoar. Semua musuh dalam jeep itu telah ditewaskan, 4 orang terbunuh termasuk manager Briitsh manakala 2 lagi luka-luka. Mereka berjaya merampas 4 laras senapang dan sejumlah alat perlengkapan militer.

Pertempuran menyerang balai polis Bukit Kepung daerah Muar pada 23 Februari 1950 telah lebih meninggikan prestij Mat Indera dan pasukan gerila di kalangan massa revolusioner. Pertempuran meletus pada waktu subuh dan berlangsung dengan sengitnya selama beberapa jam. Dengan mengobarkan kekuatan tembakan kita, kawan-kawan berjaya memberikan pukulan hebat ke atas musuh dan menembak mati sejumlah mereka.

Untuk memberi peluang polis-polis itu hidup, Mat Indera memerintahkan mereka menyerah diri, buang senapang tak mati. Akan tetapi polis-polis itu tetap berdegil dan meneruskan perlawanan. Kita tak dapat tidak terus menekan musuh dengan tembakan gencar dan lontaran bom tangan sehingga akhirnya balai polis itu terbakar dan seluruh musuh dibasmi.

Pada hari itu juga Mat Indera mengadakan rapat umum besar-besaran di pekan itu. Di tengah-tengah sorak sorai massa rakyat, Kawan Mat Indera telah berpidato dengan berapi-api menyampaikan berita kemenangan kepada mereka. Orang ramai yang terberangsang dengan pertempuran itu telah memberikan derma wang serta bahan-bahan makanan dan alat perlengkapan dalam jumlah yang besar sehingga tak habis dipunggah oleh kawan-kawan.

Kawan Mat Indera juga seorang kader penyusun massa yang sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di berbagai daerah negeri Johor sebagai hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan kerja bersenjata pimpinan beliau yang penyusun massa di berbagai kawasan terutamanya di Muar membawa ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat, telah memperoleh hasil-hasil yang menonjol. Beliau telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan massa pekerja khasnya kaum tani.

Hubungan beliau dengan massa bagaikan isi dengan kuku. Beliau sangat mengambil berat kehidupan massa di segala bidang. Massa rakyat yang luas pula menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih lagi gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Kawan Mat Indera yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin bagi mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera Pembebasan. Banyak kampung telah disusun dan menjadi basis untuk menyokong perjuangan bersenjata. Pasukan bela diri rakyat telah didirikan di berbagai tempat untuk mempertahankan kampung halaman dan menjaga keamanan. Banyak perajurit baru telah dikutip. Massa rakyat berbondong-bondong menghantar perbekalan dan alat-alat kelangkapan kepada pasukan serta menyerahkan putera puteri tersayang mereka menyertai pasukan. Dengan demikian terbentuklah satu jaringan luas kawasan pedesaan pantai barat negeri Johor sebagai pangkalan Tentera Pembebasan.

Kerana pengaruh yang tinggi di kalangan orang ramai, maka terciptalah beberapa dongeng yang menganggap beliau sebagai “keramat”, “boleh menghilangkan diri dan boleh muncul dengan tiba-tiba”, “kebal tak lut dek peluru”, dan lain-lain. Askar-askar upahan penjajah pula gementar ketakutan bila mendengar nama dan kehandalannya. Mereka mengatakan hanya “peluru emas” saja dapat melukai Kawan Mat Indera.

---
bersambung dengan PENJARA TAK TAKUT, GANTUNG TAK GENTAR

10 ulasan

persoalannya kenapa mat indera seorang guru agama bertindak menyerang balai polis bukit kepong, apa yg polis-polis tu buat?

Reply

Karate, Polis-polis tu tak buat apa2. Mereka tak jadi talibarut Inggeris pun. Balai Polis tu nama dia Balai Polis melayu diRaja. Pegawai2 di dalam itu semuanya orang melayu. Polis2 yg kat luar tu semuanya menjadi guard kepada officer-oficer melayu didalam. Yang jadi barua2 didalam itu semuanya Inggeris belaka. Hahaha

Reply
Tanpa Nama mod

Bangangla karate ni

lu tak tahuka polis tu berkhidmat untuk melindungi penjajah

lu tak tahuka mat indera tu berjuang menentang penjajah

ataupun lu sama-sama menyembah penjajah

Dol

Reply

harap karate terus mencari kebenaran itu.harap karate terus mengikuti blog ni..

Reply

sampai hati aku di kata bangang. aku bukan tak setuju tapi perlu jugak diterangkan supaya kita tahu perkara sebenar. kalau tidak sampai bila pun mat indera akan dituduh sebagai pengkhianat. namanya perlu dibersihkan. mesti ada tindakan yg polis2 tu buat menyebabkan mereka di serang. ada riwayat mengatakan sarjan ray dancer (penjajah) yg jadi ketua polis asalnya. bila dia takde sarjan jamil ambil alih. polis2 melayu ni paham2 je la, bila dapat pakai uniform mula la nak eksyen...

Reply

dol(tanpa nama) tu bahalul, org tanya je di kata bangang

Reply
Tanpa Nama mod

patutler aku selama ini fail dlm subjek sejarah... rupanya sejarah kita tak betul.. dari dulu aku merasakan tak kena tang british,.. british ni penjajah ke tidak...? klu penjajah...so sape2 yg kerja dgn british ni dh kira pembelot..

Reply

Pertentangan di mana-mana jua pun atas muka dunia ini bukan antara anak-anak setempat, tetapi jauh lebih mendalam adalah antara kapitalis kolonial dan sosialis-komunis.
Kedua-duanya adalah faham yang dibentuk oleh Yahudi. Bila kedua-dua faham besar ini berkonflik di serata ceruk dunia, yang boleh buat bisnes dan untung adalah yahudi.
Mungkin anak-anak tanah jajahan kurang nampak hal2 sebegini dan saling bertelagah sesama sendiri. Sebab itulah ada yang kata Mat Indera pengkhianat dan ada yang kata pejuang!. Itulah kejayaan besar 'divide and rule' yang akan bertahan untuk sekurun lagi -selagi anak-anak terjajah masih berfikir cara lama dari perspektif bekas tuan masing-masing.
Apa salah dan silapnya polis dan Mat Indera tidak penting - yang aula ialah anak-anak bangsa merdeka ini gagal berfikir sejauh tuan-tuan kita yang dahulyu....kah....kah...kah.. faham atau tidak? kah..kah...

Reply

Yang penting blogger ni 'kencing' la! Difiksyenkan kisah Mat Indera ikut sedap dia saja. Tak bertanggungjawab dan tak bermaruah langsung.
Tolonglah, nak memuja seseorang pun jangan main hentam. Kesian pada anak cucu kita kalau 'fiksyen' yang bercampurbaur ini dijadikan kepercayaan dan pegangan. Berdosa memberi maklumat salah dan palsu, tuan.
Janganlah berbohong kononnya selepas serangan Mat Indera masih berpidato berapi-api di lokasi kejadian. Tolonglah. Saksi hidup masih ramai...
Tak payahlah nak tunjukkan kehebatannya sampai macam tu. Tak ada faedahnya.
Hakikatnya Mat Indera hanya seorang guru agama biasa, yang memilih untuk berjuang secara gerila (sama ada kerana diekploitasi atau sebaliknya). Itu saja.

Reply

Kepada adanama:
Yang tercatat di sini adalah laporan Allahyarham Mat Indra sendiri kepada Markas Besar Rejimen Ke-10. Beberapa orang anak buah Mat Indra (salah seorang antaranya ialah Allahyarham Sanib Jasmani) mengesahkan cerita ini.
Bagaimana adanama ‘terlampau bijak’ sehingga menganggap ianya bohong?
Apakah adanama ini juga sama seperti Prof Kangkong Zainal Kling? Cakap lidah bercabang, mula2 nyatakan Malaya tak pernah dijajah, lepas anggap puna Malaya terlah dijajah? Apakah ini siuman namanya?
Kalau nak komen lagi harap bagi identity yang betul, berdebat secara telus.

Reply

Categories

Pengikut