MASSA RAKYAT DI KAMPUNG BERKURUNG TEGUH MENYOKONG REJIMEN KE-10

Kampung-kampung di sekeliling bandar Temerloh seperti Buntut Pulau, Pangkalan Manggis, Bangau Tanjung, Bangu Parit, Bukit Pak Silat, Batu Satu, Tanjung Lalang, Batu Tiga, Gantuk, Songsang, Kenalau, Tualang terdiri organisasi massa yang kukuh sebagai pangkalan gerila kita.

pondok pengawal untuk mengawasi orang ramai dalam kampung berkurung



Rancangan Briggs mendirikan kampung berkurung ialah untuk memutuskan hubungan kita dengan orang ramai dan menyekat bekalan makanan untuk PKM. Pada umumnya memang menyulitkan pasukan gerila umpamanya di bandar Temerloh itu selain pemeriksaan ketat di pintu-pintu keluar masuk, di simpang-simpang jalan di sekitar bandar, peniaga-peniaga pula diperintahkan sehari sahaja dalam seminggu untuk menjual barang-barang makanan, sedangkan beras tetaplah dicatu secara minima mengikut jumlah keluarga di dalam rumah. Akan tetapi, melalui satu masa, keadaan ini di pangkalan kita iaitu di Kampung Tanjung Lalang dan Bukit Pak Silat beransur-ansur berubah, umpamanya pagar berduri di sebelah utara bandar Temerloh menyusuri pinggir kampung Bukit Pak Silat pada waktu malam yang dijanjikan ramai-ramai orang Melayu dan Tionghua dalam bandar Temerloh itu memunggah barang-barang ke tepi pagar beduri, sementara orang kampung Bukit Pak Silat pula pergi menyambut barang-barang itu di tepi pagar, kemudian menghantarkan ke seberang sungai Semantan tempat tempat tentera kita menunggu. Manakala penduduk Kampung Tanjung Lalang dan kampung-kampung yang berhampiran pula dengan sedaya upaya dan secara ikhlas membantu membekalkan makanan utama kepada tentera kita dengan memberikan sebahagian besar beras catuannya kepada kita. Kata mereka Kami di luar kurang makan nasi tak apa, tepung gandum, mihun ada boleh menggantikan nasi”.


tentera upahan penjajah mengawasi orang ramai sedang memotong getah agar tidak memberikan bantuan kepada pasukan gerila anti-British

Di Kampung Tanjung Lalang, kita berjaya menganjurkan orang ramai bercucuk tanam sayur-sayuran, ubi-ubian, pisang, lada dan lain-lain secara kolektif. Kebun yang terletak di tepi Sungai Semantan itu agak luas juga dalam lengkongan puluhan ekar. Pada pertengahan tahun 1953 tanam-tanaman itu telah mulai mengeluarkan hasil. Inilah orang ramai merasa sangat terkilan dan musykil kerana ladang sudah mengeluarkan hasil tetapi pasukan tentera kita yang dicintai akan dan telah meninggalkan kampung itu untuk meneruskan strategi perangnya – longmarch.

Satu hal yang penting di Kampung Tanjung Lalang yang kuat menyokong tentera kita itu di antaranya ialah organisasi bahagian wanitanya. Mereka telah mendirikan satu kumpulan kelas jahit menjahit, membuat pakaian seragam dan lain-lain keperluan untuk tentera kita. Waktu persiapan perjalanan jauh pasukan induk Rejimen Ke-10, merekalah yang menjahit beratus-ratus pasang pakaian seragam seperti topi tentera, songkok Rejimen Ke-10, setokin, patis, Stretcher (tempat tidur) dan lain-lain.
---
Abu Samah Mohd. Kassim, Sejarah Dan Perjuangan Kemerdekaan, Nandao Publisher, 1996.

Categories

Pengikut