SULUH MALAYA

Majalah Suluh Malaya terbitan 18 Mei 1946

Suloh Malaya adalah akhbar lidah rasmi PKMM. Ia diterbitkan atas kerjasama golongan nasionalis, sosialis, agama dan komunis pada masa aman iaitu selepas Perang Dunia Kedua sehingga Darurat 1948. Akhbar ini dibiayai sepenuhnya oleh organisasi bahagian Melayu PKM.

Abdullah C.D. pernah menceritakan sedikit tentang penerbitan Majalah Suloh di dalam Memoirnya Zaman Pergerakan Sehingga 1948.

Selain menyusun semula pimpinan PKMM, kami juga mulai menerbitkan dua buah akhbar PKMM, iaitu harian Pelita dan majalah Suluh. Kedua-dua akhbar ini bertulisan Jawi.

Soal pendaftaran akhbar ini saya serahkan kepada Ahmad Boestamam. Selain itu saya melantik Ishak Haji Muhamad menjadi Ketua Pengarang dan Ahmad Boestamam sebagai Naib Ketuanya. Mereka juga merupakan penulis utama dalam akhbar ini. Aishah Ghani juga menulis untuk akhbar ini dengan nama jolokan ‘Mak Inang.’

Tentang percetakannya, Pak Sutan Djenain telah menghubungi sebuah syarikat cetak milik orang Tionghua bekas anggota TAJRM. Kedainya tidak jauh dari pejabat kami. Oleh itu mudahlah kami berurusan dengannya.

Saya dan Rashid Maidin bertanggungjawab memeriksa dan meluluskan artikel yang akan dimuatkan sebelum dicetak. Sepanjang perjalanan akhbar, tidak timbul banyak masalah kerana jiwa pengarangnya sesuai dengan jiwa kami, tajam penanya dan tebal dengan semangat kemerdekaan. Tentang masalah kewangannya termasuk gaji pengarangnya saya uruskan dengan baik. Kami tidak mengirakan sangat soal wang. Yang pentingnya ialah untuk perjuangan kemerdekaan."


--

2 ulasan

salam.. saya ingin bertanya maklumat lanjut berkenaan akhbar suluh malaya ini.. ada sebarang cadangan rujukan yg boleh saya buat? Mohon pencerahan

Reply

Cik / Puan Ika. Untuk dapatkan naskhah Suloh Malaya ini memang agak sulit dan sukar. Tapi saya cadangkan anda membaca beberapa buku / jurnal yang berkaitan dengan gerakan kiri / radikalisme. Ada juga dalam satu artikel di dalam jurnal bertajuk " Lembaran Surat Khabar Melayu" (kalau tak silap), selenggaraan Prof Em. Khoo Khay Kim & ditulis oleh Prof Adnan Nawang.

Reply

Categories

Pengikut