JEMPUTAN KE MAJLIS BERSAMA KAWAN-KAWAN KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Semua dijemput hadir ke dua majlis bersama bekas anggota Rejimen Ke-10. Kepada yang berminat sila ikuti panduan di bawah.

(1) JEMPUTAN KE UPACARA PELANCARAN MEMOIR ABDULLAH C.D. (EDISI CINA)

1. Tema: Upacara Pelancaran Memoir Abdullah C.D.

2. Masa: Pukul 7.30 malam 19 Jun 2010

3. Tempat: Tingkat 2 Bangunan Kesatuan Cina Selangor, KL (Dewan She Fang Shan)
Agenda:

a. Menayangkan gambar2 kehidupan biasa Pengerusi PKM Abdullah C.D.

b. Ucapan Pembukaan – Pustaka Abad Ke-21 Malaysia
c. Wakil dari unit-unit penyelenggara rasmi pelancaran buku Memperkenalkan buku baru – dipengerusikan Sdr. Chong Ton Sin (dari SIRD)

5. Juru pidato: Sdr. Anas (Indradajaja – dari Kampung Perdamaian Sukhirin, Sdr. Chao Tong (Afandi) – penterjemah buku, Sdr. Said Zahari, Sdr. James Wong

6. Jamuan Teh

2. JEMPUTAN KE MAJLIS "APA KHABAR ORANG KAMPUNG"


1. “Apa Khabar Orang Kampung” : Pertemuan dan Perbincangan dengan kawan-kawan dari Kampung Perdamian Sukhrin, Selatan Thailand

2. Tarikh : 20hb Jun 2010

Masa : 7.30 P.M - 10.00 P.M

Tempat : Perkarangan pejabat Gerakbudaya/Sird, 11, Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Hidangan : Nasi lemak nusantara

3. Majlis “Apa Khabar Orang Kampung” ini dianjurkan oleh Gerakbudaya/SIRD. Gerakbudaya/SIRD telah menjemput kawan-kawan dari Kampung Sukhirin iaitu saudara Indra Jaya Abdullah (Anas), naib ketua kampung saudara Sanya Bonked (Abdi) dan saudara Hassan Salleh (Waiming) kader veteran Rejimen Ke-10. Mereka akan bersama-sama dengan kita semua untuk membicarakan tentang pelbagai isu serta membawakan khabar dari Kampung Perdamaian. Di samping itu mereka juga ingin mengetahui khabar orang -orang kotaraya.

4. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama bersembang, bertukar-tukar fikiran dan bergembira sambil menikmati hidangan nasi lemak nusantara. Kami dengan rasa besar hati menjemput semua golongan tua dan muda bersama-sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini di samping berkongsi pandangan serta pendapat masing-masing. Majlis ini akan diadakan di perkarangan Pejabat Gerakbudaya Enterprise/SIRD di Petaling Jaya Selangor.

5. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pak Chong : No Tel: 016-3797231

1 ulasan:

Pak Lah hadir tak ke program ini?

Reply

Categories

Pengikut