FILEM BUKIT KEPUNG DAN PERTEMPURAN MENYERANG BALAI POLIS

Pada 23 Februari 1950, satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.

Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri dari orang Melayu. Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang besar mereka tak putus-putus melaungkan seruan "surrender", "buang senapang tak mati", agar polis-polis itu terselamat dari maut. Akan tetapi kerana polis-polis itu berlawan mati-matian, mereka terus ditekan dengan tembakan hebat dan lontaran bom tangan sehingga balai polis tersebut terbakar dan ditawan. Kompeni tersebut merampas sejumlah senjata dan peluru.

Selepas pertempuran itu, Mat Indera memimpin rapat umum di kalangan massa. Mat Indera telah menjelaskan pertempuran tersebut kepada massa. Massa rakyat amat terberangsang dengan kemenangan pertempuran tersebut. Mereka menyampaikan tahniah dan menghulurkan derma kepada pasukan.

Pertempuran menyerang Balai Polis Bukit Kepung mencerminkan betapa sengit dan menggeloranya perjuangan untuk kemerdekaan Malaya. Akan tetapi sayangnya ia telah disalah ertikan sebagai "keganasan" oleh penjajah dan juga oleh sebilangan orang yang berpendirian menyokong penjajahan. Sebuah filem Peristiwa Bukit Kepung telah diterbitkan untuk memutarbelitkan sejarah. Dalam filem itu, mereka yang membela penjajah dikatakan sebagai "pejuang, pahlawan" manakala yang berjuang menentang penjajah dikatakan sebagai "pengganas". Ini benar-benar terbalik 180 darjat.

Filem itu mendapat reaksi yang berbeza di kalangan massa rakyat. Golongan patriotik - demokratik menentang filem tersebut kerana memutarbelitkan kenyataan sejarah. Keluarga Mat Indera juga mengutuk filem itu kerana tidak betul dengan kenyataan sebenarnya.

---

dipetik dari Memoir Abdullah C.D., Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, muka 116 -117, terbitan SIRD,2007

6 ulasan

Salam ziarah boleh linkkan blog saya di sini untuk menyebarkan dakwah Islam lebih luas lagi, segala kerjasama anda mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah.

http://www.ustaznoramin.com

Reply

ramai lagi yg masih kabur/keliru mengenai isu ini, ada yg terus menerima dan tidak mencari kebenarannya.t.ksih mat amin, memutihkan sejarah yg telah dihitamkan pemerintah & konco-konconya.

Reply
Tanpa Nama mod

terima kasih atas artikelnya. mohon dipanjangkan atau perincikan lagi artikel ini. details yang banyak belum terkeluar dari kejadian itu pastinya amat berharga.

Reply

subhanallah..ape dah jadi dgan orang islam melayu...yg mengagungkan idealogi komunis..yakni tiada tuhan..kte kena tahu..kita mempeerjuangkan AGAMA,BANGSA DAN NEGARA...1 agama islam..2 bangsa melayu..3 tanah malaya(malaysia)...komunis tidak mempunyai agama...mat indera ada agama ke tidak??bangsa...dia bangsa apa??dia tak mahu tanah melayu ini milik orang melayu ke??itu yang di banggakan??membunuh saudara islamnya sendiri??kenapa selepas 14 hari jepun menyerah...dan british berundur..komunis masih lagi pegang senjata dan menyerang???...sedarlah kamu wahai anak melayu islam...jangan belajar sahaja tinggi...tp fikiran macam tidak pernah belajar...

Reply

kpd Tanpa Nama....Bila British berundur dr Malaya ni,cuba huraikan,

Reply

satu soalan daripada aku..kenapa dari 1957 sampai 1989..batt 10 PKM tetap nak berbunuh bunuhan dengan RAMD dan RRD..Batt 10 PKM apa kiblatnya.. kalau RAMD serta RRD sudah tentu tentera diraja..apakah Batt 10 PKM menentang raja serta bercita cita untuk menubuhkan Republik Rakyat......

Reply

Categories

Pengikut