BLOG BARU TONGKAT BAHAMAN

KINI DAN SILAM mengucapkan selamat belayar kepada blog TONGKAT BAHAMAN (http://www.tongkatbahaman.com) yang baru dilancarkan pada bulan Mei lepas. Dengan ciri reka bentuk menarik, blog ini turut membongkar sejarah tanah air yang cuba dilindungi dari pengetahuan umum.

“Tongkat Bahaman adalah sebuah laman web yang bersifat kritikal terhadap semua pandangan, fahaman atau ideologi sekalipun. Memperjuangkan kebenaran dan kebaikan, menentang kebatilan dan kebejatan seperti yang diperintahkan oleh Al-Quran:”

“ Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah”.... Al-Imran :110)


Posting sulungnya yang bertajuk Dato' Bahaman - Hilang Tanpa Pusara cuba membawa pembaca menghayati semula perjuangan pahlawan agung bangsa kita Datok Bahaman yang tegas menentang penjajah demi membela tanah air hatta pengorbanan darah dan jiwa raga sekalipun.

Semoga blog ini akan sama-sama blog progresif lainya memberikan sumbangan menggali sejarah perjuangan bangsa kita yang cemerlang, membongkar segala bentuk penindasan, membela kepentingan rakyat tertindas dan membentuk pendapat awam progresif ke arah membangun sebuah masyarakat yang aman makmur, adil, demokratik yang benar-benar mencerminkan kehendak rakyat berbagai lapisan semua kaum negara kita.

Categories

Pengikut