UMNO DAN JUDI: APA KATA PAPERI


PAPERI adalah singkatan kepada Parti Persaudaraan Islam Malaya, sebuah organisasi Islam bawah tanah yang dibentuk oleh Abdullah C.D. pada 20 April 1965.

Berikut adalah petikan ucapan selamat hari raya aidil fitri jawatankuasa Pusat Paperi pada tahun 1975 yang menyentuh masalah judi dalam tubuh UMNO. Ketika ucapan ini disiarkan, umno di bawah Hussein Onn dan Pas di bawah Asri sedang asyik “memadu asmara”.


Saudara-saudara dan saudari-saudari umat Islam yang tercinta!

Lihatlah betapa munafiknya klik Hussein Onn dengan berjubahkan agama Islam menjual tahi minyak dan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang Allah (S.W.T.). Untuk memperoleh wang bagi pembangunan projek-projek luar bandar seperti pembangunan surau-surau, masjid-masjid, sekolah-sekolah agama rumah-rumah anak yatim, mereka bergantung kepada derma dari wang judi dan hasil-hasil maksiat lainnya yang diharamkan agama Islam. Bapa mertua Hussein Onn, Muhamad Noah adalah pemilik rumah judi kasino yang terbesar sekali di negari kita. Keuntungan yang diperolehi dari perjudian kasino di Genting Highlands saja amat memeranjatkan. Untung bersih pada tahun 1971 sebesar RM2,400,000 dan keuntungan yang diperolehi pada tahun 1975 yang baru lepas melangit menjadi RM 19,250,000 iaitu lebih 8 kali ganda. Hasil judi tikam ekor merupakan salah satu sumber derma tetap bagi kehidupan parti UMNO, ini jelas didedahkan dalam perkara rasuah Harun Idris. Tidak kurang dari 5.5 juta ringgit wang rakyat kecil mengalir ke perbendaharaan judi tikam ekor setiap minggu.

Aishah Ghani, Menteri Kebajikan Am boneka dan Ketua Wanita UMNO tanpa segan silu memuji-muji Lembaga Lotery Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan kerana telah berjasa besar menyumbangkan pendapatan wang judinya kepada apa yang disebut perkhidmatan masyarakat dan kebajikan kementeriannya. Dia mengucapkan syukur kerana lembaga itu (Lembaga Lotery) telah mengeruk keuntungan sebesar RM 200 juta sejak ianya didirikan.

1 ulasan:

bila nak selesai ye isu ni???

Reply

Categories

Pengikut