PSM MINTA PERKESO TINGKATPERLINDUNGAN PEKERJA

PSM minta Perkeso tingkat perlindungan pekerja
Abdul Rahim Sabri
Mei 19, 10
1:22pm

Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengandungi tuntutan termasuk meminta Perkeso bertindak tegas terhadap majikan yang gagal mencarum dan menimbang menaikkan pencen minimum kepada RM500.
Sebelum itu, kira-kira 30 ahli PSM dan aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) berhimpun di depan bangunan ibupejabat Perkeso di Jalan Ampang pada jam 10.30 pagi serta menaikkan dua kain rentang meminta undang-undang Perkeso dipinda dan perlindungan pekerja ditingkatkan. Kira-kira 10 minit kemudiannya mereka naik ke tingkat 19 bangunan tersebut dengan diketuai oleh pengerusi PSM, Dr Nasir Mohd Hashim, serta diiringi lima anggota polis. Turut hadir ialah setiausaha agung PSM, S Arutchelvan

Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara kemudiannya menyerahkan memorandum tersebut kepada ketua eksekutif Perkeso, K Selvarajah.

Memorandum yang sama juga turut diserahkan ke semua pejabat Perkesao di Perak, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pahang. Memorandum tersebut antara lain, menggesa Perkeso supaya meningkatkan penguatkuasaan, termasuk menangkap majikan yang gagal mencarum. Ia juga menggesa Perkeso memberi pelindungan 24 jam. Pada masa ini pekerja dilindungi sewaktu bekerja dan ketika dalam perjalanan pulang. Dalam memorandum itu juga, PSM menggesa supaya pencen ilat dinaikkan daripada 60 peratus kepada 75 peratus daripada purata gaji anggaran.

---
dipetik dari: http://www.malaysiakini.com/news/132167

Categories

Pengikut