MEMPERINGATI 13 MEI

JUNJUNG TINGGI-TINGGI PANJI PERPADUAN NASIONAL, HANCURKAN POLISI PENINDASAN BANGSA

(Memperingati Ulangtahun Ke-13 Peristiwa 13 Mei)

-Ulasan Suara Demokrasi Malaya 13 – 16 Mei 1982-


Peristiwa penyembelihan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang terjadi pada 13 Mei tahun 1969 hingga kini sudah genap 13 tahun, namun masih segar dalam ingatan orang ramai.


13 tahun yang lalu, di Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan sekitarnya telah terjadi peristiwa penyembelihan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang amat mengerikan. Askar reaksioner yang diperintahkan sama dengan penjahat bersenjata mengganas dengan sewenang-wenangnya. Akibatnya massa rakyat ditimpa kerugian jiwa dan harta benda yang sangat besar. Menurut perangkaan yang belum lengkap setelah kejadian itu, dari 13 Mei hingga pertengahan bulan Jun tahun itu, massa tak berdosa yang terbunuh berjumlah 3,000 orang lebih (kebanyakannya bangsa Tionghua, selain dari bangsa Melayu dan India), yang cedera lebih ramai lagi, puluhan ribu kehilangan tempat tinggal, dan lebih 7,000 orang ditangkap. Ini merupakan tragedi penyembelihan bangsa-bangsa yang terbesar yang dilakukan oleh kaum reaksioner negeri kita setelah Perang Dunia Kedua.


Terjadinya menyembelihan kali ini mempunyai latar belakang sejarah yang tertentu. Dalam masa 12 tahun sejak pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga tahun 1969, ejen imperialis British yang dibenggoli oleh golongan atasan UMNO yang bertindak mengikut arahan tuan mereka, di satu segi dengan degil meneruskan perang anti-komunis dan anti-rakyat; di segi yang lain dengan sewenang-wenangnya mengapi-apikan chauvinism bangsa-bangsa, menjalankan polisi reaksioner yang mendiskriminasi bangsa-bangsa Tionghua dan India di samping menindas rakyat bangsa-bangsa Melayu, Tionghua dan India agar dapat dengan sewenang-wenangnya merampas kekayaan. Setelah diselenggarakannya Kongres Ekomomi Bumiputera yang pertama pada tahun 1965, banyak lembaga raksasa kapital birokrat yang bersifat merompak ditubuhkan. Hal ini menandakan kelas kapitalis birokrat – komprador yang baru tumbuh di negeri kita sedaya upaya hendak mengembangkan dirinya. Bila Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Kedua diadakan pada tahun 1968, golongan atasan UMNO telah mencanangkan secara terbuka mahu mengkaji semua dasar perusahaan bebas, dan berteriak-teriak bahawa bumiputera (sebenarnya kapitalis birokrat Melayu) harus menguasai nisbah yang terpenting dalam ekuiti perindustrian dan perdagangan. Ini merupakan bukti bahawa kapitalis besar Melayu yang diwakili golongan atasan UMNO secara terang-terangan mahu merompak sejumlah besar tanah dan sumber alam negara, menelan perusahaan yang sedang dan kecil (terutama yang dimiliki bangsa-bangsa Tionghua dan India) serta memeras rakyat pekerja semua bangsa. Ia juga merupakan pengakuan kelas kapitalis birokrat komprador mahu mengembung secara pesat. Peristiwa 13 Mei justeru merupakan akibat yang wajar dari pelaksanaan polisi penindasan bangsa (sebenarnya polisi penindasan kelas) oleh kaum reaksioner dalam mengembangkan lebih lanjut kapital birokrat.


Kelas kapitalis birokrat komprador yang baru tumbuh ini amat tamak haloba. Klik berkuasanya sanggup memainkan siasat apa saja dalam bergantung pada kumpulan modal asing, memeras rakyat semua bangsa serta menjual sumber alam negara. Bermacam-macam pertentangan yang meruncing dalam masyarakat negeri kita pada masa itu, telah memperhebatkan persengketaan dan sikut menyikut akibat ketidak seimbangan pembahagian harta karun di kalangan klik berkuasa. Puak yang dibenggoli oleh Razak, menarik dan bersekongkol dengan konco-konconya seperti Mahathir, Musa Hitam, Harun, Ghazali Shafie dan lain-lain, berusaha keras menghendaki apa yang disebut order baru di dalam UMNO dan seluruh negara, iaitu kediktatoran reaksioner kelas kapitalis birokrat komprador dan tuan tanah besar yang dibenggoli golongan atasan UMNO. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengapi-apikan chauvinism bangsa di kalangan ahli UMNO, sengaja menimbulkan permusuhan terhadap bangsa-bangsa Tionghua dan India. Apabila keadaan sudah berkembang ke puncaknya, maka mereka pun mengerahkan sejumlah besar penjahat bersenjata yang dilindungi oleh askar reaksioner melancarkan pembunuhan ke atas penduduk-penduduk bangsa Tionghua dan India di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, menimbulkan tragedi berdarah yang ngeri. Inilah sebab langsung terjadinya peristiwa 13 Mei. Nyata sekali klik berkuasa Razak membuka jalan untuk kekuasaannya sendiri dengan menggunakan pisau bantai. Pada 1 Jun tahun itu, sebelum kering darah mangsa tragedi 13 Mei, klik berkuasa Razak telah mengeluarkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan mengembangkan lebih lanjut kapital birokrat, dan perompakan-perompakan kelas kapitalis birokrat komprador pun dilakukan semakin terang-terangan. Dari sini kita mengetahui, peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa 13 Mei yang besar-besaran itu dijalankan dengan berkomplot dan berancangan terlebih dahulu.


Hal yang terjadi selalu berkebalikan dengan yang dihajatkan klik berkuasa. Walaupun klik berkuasa boleh menggunakan siasat membangkikan permusuhan bahkan pembunuhan bangsa-bangsa untuk menghalangi perkembangan revolusi rakyat, akan tetapi, rintangan itu hanya untuk satu waktu yang singkat saja, kerana ia hanya akan membangkitkan perlawanan rakyat secara merata terhadap polisi permusuhan dan pembunuhan bangsa-bangsa. Klik berkuasa Kuala Lumpur bermaksud hendak menggunakan pembakaran dan pembunuhan ganas untuk menakuti rakyat bangsa Tionghua dan India supaya mereka bertekuk kepadanya. Tapi kebenaran ini telah mendesak rakyat bangsa Tionghua dan India bangkit berlawan demi membela hak kelangsungan hidup bangsa mereka. Pada mulanya klik berkuasa bermaksud hendak mendapatkan sokongan massa Melayu dengan menjalankan polisi penindasan ke atas bangsa-bangsa Tionghua dan India. Akan tetapi kenyataan justeru berkebalikan. Penindasan dan perompakan klik berkuasa khasnya polarisasi di mana yang kaya menjadi lebih kaya dan yang miskin menjadi lebih miskin akibat dari Dasar Ekonomi Baru itu pasti menyedarkan secara mendalam massa bangsa Melayu yang luas bahawa klik berkuasalah yang membawa malapetaka hebat ke atas mereka. Tunjuk perasaan anti-kelaparan kaum tani di Baling pada tahun 1974 dan kesedaran baru kekuatan demokratik dan patriotik bangsa Melayu tahun-tahun kebelakangan ini untuk kesekian kali menerangkan, klik berkuasa semakin susah hendak menipu dan memperhamba orang Melayu. Kenyataan yang tak terbilang telah menunjukkan, setelah peristiwa 13 Mei, rakyat semua bangsa negeri kita memahami lebih lanjut betapa mendesaknya mengeratkan perpaduan bangsa-bangsa, dan menggagalkan polisi pemecah belahan dan pembunuhan bangsa-bangsa klik berkuasa.


Pengalaman selama belasan tahun ini menunjukkan bahawa sekali lagi kelas kapitalis birokrat komprador dan tuan tanah besar yang diwakili golongan atasan UMNO memegang teraju kekuasaan, mereka tidak akan menghentikan perang kontra revolusioner dan hasutan chauvinism bangsa. Dewasa ini benggolan-benggolan klik berkuasa tersebut sudah melompat ke puncak sektor-sektor ekonomi khasnya menjadi oligaki kewangan. Melalui pembelian dan pelaburan modal dalam perusahaan besar asing, mereka sudah lama menganggotai kelab syarikat transnasional. Kerana timbulnya kemerosotan ekonomi antarabangsa dan krisis ekonomi di dalam negeri, klik berkuasa tersebut tentu akan secara gila-gilaan melipatgandakan pemerasan ke atas rakyat dan penjualan sumber alam negara di masa akan datang. Golongan atasan UMNO akan dengan seribu satu daya memperkuatkan kapital birokrat agar mereka selama-lamanya berada dalam kedudukan berkuasa dalam perompakan bersama dengan kapitalis komprador besar Tionghua dan India. Harus ditunjukkan, kaum ekstrimis yang diwakili Mahathir dan Musa Hitam ketika peristiwa 13 Mei dulu, sekarang telah mengendalikan UMNO, dan selanjutnya memegang teraju rejim Kuala Lumpur. Untuk memperkukuh dan memperluas kepentingan yang sedia ada, mereka perlu mengubah suai lagu basi chauvinism bangsa yang diheboh-hebohkannya dalam masa 13 Mei. Orang ramai memperhatikan klik berkuasa Mahathir yang baru naik takhta di samping memperhebat perompakan kekayaan juga sedang giat menjalankan kediktatoran reaksioner di bidang struktur super, langsung tidak mempedulikan kenyataan negeri kita yang berbilang bangsa, meluahkan kata-kata karut chauvinism bangsa. Klik berkuasa tersebut dengan sewenang-wenangnya menyebarkan dakyah konon tanpa pengujudan satu bahasa dan satu budaya, takkan ada dasar perpaduan negara. Pada mereka jikalau tidak dipercepat langkah penghapusan sekolah bahasa Tionghua dan Tamil, takkan dapat mencari jalan bagi mewujudkan perpaduan bangsa-bangsa dan lain sebagainya. Selain itu, ia giat melakukan siasat chauvinism bangsa dalam percubaan kurikulum 3M di sekolah rendah pada tahun ini, mencuba hendak memerosotkan sekolah rendah aliran Tionghua dan Tamil dan menjahanamkan asas kebudayaan bangsa-bangsa Tionghua dan India. Bermacam-macam gejala menunjukkan bahawa klik berkuasa sama sekali tidak melepaskan hasutan chauvinism bangsa.


Klik berkuasa takut pada kebenaran dan juga massa. Selagi massa semua bangsa yang luas dapat menguasai kebenaran, maka hasutan-hasutan chauvinism kik berkuasa sudah tentu tidak berhasil. Dalam memperingati peristiwa 13 Mei, rakyat semua bangsa harus menarik pengajaran yang berdarah ini dan harus secara tepat memahami bahawa dalam negara yang berbilang bangsa ini, hanya menjalankan persamaan bangsa-bangsa baru dapat memperkuatkan perpaduan. Harus difahami bahawa hanya bila semua bangsa saling menghormati baru dapat dihapuskan syak wasangka lebih-lebih lagi harus dibongkar segala ucapan dan tindakan klik berkuasa yang mendiskriminasi bangsa-bangsa dan menimbulkan pertentangan bangsa-bangsa untuk menutupi penindasan dan pemerasan kelas. Dengan demikian baru dapat memperkukuh perpaduan. Bangkitlah rakyat semua bangsa dengan tegas bela hak dan kepentingan serta perpaduan semua bangsa. Kalau klik berkuasa hendak sekali lagi bermain api melancarkan pembunuhan bangsa-bangsa, maka ia pasti akan menerima padah buruknya.

---

6 ulasan

Tanpa Nama mod

knp jadi begini?
knp ade rasa benci?
manusia oh manusia
bile kebencian ini akan berhenti
mari kita hidup dgn hak yg sama rata tanpa prejudis terhadap sesuatu bangsa

Reply

bersatulaa kita semua...jgn la kita bergaduh2 lagi..yang muda di kasihi dan yg tua di hormati.. igt pesan maharaja cina sebelum hang li po berangkat ke melaka "jgn la kita mnyerang atau bergaduh dgn org melayu,bersama-sama la org cina(tionghua) dan melayu hidup aman"..... igt la sejarah yg tidak tercatat.. jgn baca sejarah nukilan british(buku teks sekolah rendah dan menengah).. salam

Reply
Tanpa Nama mod

tanah melayu adalah untuk melayu.. nusantara adalah untuk kaum melayu yang besar. saya berpendapat dan sentiasa berdoa, agar lahir seorang pemimpin melayu yang bersifat prujudis, perkauman seperti adolf hitler membatai kaum yahudi dalam peristiwa holocost. saya mengharapkan seluruh nusantara hanya ada satu kaum, satu agama. dan saya pasti akan mendidik waris- waris saya kearah matlamat yang saya impikan.ianya sedang bermula. tunggulah saat kehancuran bangsa anda dengan darah anda.

Reply
Tanpa Nama mod

sekiranya tanah melayu hanyalah untuk melayu, biarlah malaysia berpecah semenanjung dengan kepulauan borneo. itukah yang anda harapkan. nampaknya masih ada rakyat malaysia yang bersifat etnosentrik. sedarlah bahawa doa yang bersifat ke arah keburukan tidak ada maknanya. semoga sifat perkauman anda memakan diri sendiri. bangsa anda tidak akan maju sekiranya tiada interaksi dengan bangsa mahupun agama lain. peace to all good malaysians.

Reply

tidak ada satu negara pun di dunia hari ini yang penduduknya terdiri dari satu bangsa atau satu kaum/puak sahaja .... bahkan "melayu" itu siapa ...? jawa? minangkabau? mendailing? bugis? dayak? iban? semai? negrito? ....MANA SATU "MELAYU" ...????

Reply

Melayu is TALIBARUT - NUSANTARA
MELAYU is anjing kompeni - SUMATERA
Melayu is BETRAYEL - BARAT
Melayu is ( MAKJUD ) asal YAHUDI/ISRAEL di lakhnat jadi SIFAT KERA sptmana al baqarah 65 / al maidah 60 dsb - SUNNAH & KITABULLAH
Bangsa yg Asimilasi jd Melayu dan jiwanya sebati (yakjud) is SEmbelihan letusan ARMEGEDON
kurang lebih 5 tahun dari skrg..
insyalloh... janji-Nya pasti..

Bg-MU segala pujian D'zatulloh
Selawat & Salam kpd Rasululloh saw & ahlul
Para Nabi , ambia & golongan beriman
salam perjuangan untuk pejuang sosialist @ sayap kiri / pejuang PKM..

Reply

Categories

Pengikut