MAT SABU: TAHAP PENENTANGAN ORANG MELAYU MASIH RENDAH

Banyak perkara yang kita tidak suka kepada Tun Mahathir tetapi ada perkara yang beliau lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Samada beliau berlakun ataupun tidak hakikatnya Tun Mahathir adalah seorang yang berani. Antara langkah awal yang boleh dianggap berani dibuat oleh beliau ketika mula menjadi Perdana Menteri ialah beliau telah membuat dasar pandang ketimur, yang membawa maksud kita tidak lagi pergi memandang kebarat didalam mencari kemajuan.

Tun Mahathir juga pernah dianggap sebagai anti Yahudi kerana sering mengkritik Israel hingga beliau pernah diboikot oleh beberapa persidangan antarabangsa. Orang Islam terutamanya dari Timur Tengah begitu menghormati Tun Mahathir kerana mereka lihat pemimpin negara mereka lebih buruk dari Tun Mahathir.

Contohnya Mesir, kita boleh lihat bagaimana golongan Ikhwan dibicarakan sampai 30 orang sekali, diletak didalam mahkamah seperti binatang dan dipenjarakan sehingga 10 – 15 tahun atau lebih. Mereka dipenjarakan hanya kerana menulis buku, mengadakan perhimpunan aman atau kerana mengkritik pemimpin negara, tiada langsung ruang demokrasi disana.

Sebelum ini pun memang sudah ada percubaan pemimpin-pemimpin Malaysia untuk berbaik dengan Israel namun ianya menemui kegagalan kerana mendapat bantahan dari rakyat yang mengadakan demontrasi atau sebagainya dan sekiranya ada pun mungkin ianya dilakukan secara sulit.

Kita sekarang boleh melihat Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun A. Razak agak berlainan keadaannya berbanding Perdana Menteri yang sebelum ini. Beliau dilihat sedang mengubah dasar luarnya. Beliau juga beliau dilihat amat dikuasi oleh isteri beliau.

Kerajaan Malaysia telah mengambil firma Yahudi (APCO WORLDWIDE) sebagai penasihat didalam dan luar negara dan dikatakan mereka juga telah memasuki pasukan keselamatan negara kita. Politik Yahudi adalah dilihat jenis memusnah musuh yang berpotensi. Sebab itu mereka sanggup membunuh para Nabi dan Rasul apabila mereka melihat ajaran yang dibawa akan mengancam budaya kefahaman mereka. Sikap Yahudi ini berterusan sehingga sekarang.

Kita boleh lihat sekarang bagaimana Yahudi melihat kepada Intifadah Palestin yang diketuai oleh Sheikh Ahmed Yassin, mereka mengambil tindakan membunuh Syeikh Ahmad Yasin dan penggantinya Dr. Abdul Aziz Rantisi kerana bimbangkan kebangkitan anak-anak muda Palestin yang membaling batu kepada tentera Israel.

Sekarang Yahudi telah menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia, kita sudah melihat peristiwa bunuh membunuh telah bermula dinegara kita. Bermula dengan pembunuhan Altantuya, kita tidak tahu apa-apa dan kita tidak pasti ianya sengaja ataupun tidak, dan yang terbaru terjadi pula pembunuhan seorang budak Melayu berusia 15 tahun, Aminulrashid.

Orang India telah mengalami peristiwa pembunuhan Kugan, kita boleh lihat bagaimana marahnya kaum India peristiwa kematian Kugan didalam lokap polis dengan bangun mengadakan tunjuk perasaan dan sebagainya.

Begitu juga dengan sikap orang Cina apabila berlakunya peristiwa kematian Teoh Beng Hock, mereka telah sama-sama bangun mengarak mayat Teoh Beng Hock ketempat pengkebumian dan memainkan isu ini selama sudah lebih setahun.

Isu kematian kedua-dua mangsa ini tidak habis sehingga sekarang.

Sekarang kita lihat pula sikap orang Melayu tentang peristiwa kematian seorang budak yang baru berumur 15 tahun, Aminulrashid yang ditembak oleh pihak polis baru-baru ini. Beliau telah ditembak atas alasan tidak berhenti didalam satu sekatan jalanraya walaupun sebenarnya pihak polis tidak boleh menembak selagi nyawa mereka tidak terancam.

Perbuatan-perbuatan mengenai hak asasi manusia ini masih rendah tahap penentangannya dikalangan orang Melayu, sebagai contoh tidak lama dahulu dikatakan telah berlaku satu kejadian dimana seorang perempuan Cina telah dibogelkan didalam lokap polis, pihak Kerajaan Malaysia waktu itu terpaksa meminta maaf kepada Kerajaan China. Orang Melayu pula sering dilihat lebih suka menganggapnya sebagai takdir ataupun adakalanya lebih suka menyalahkan mangsa didalam kes-kes seperti ini.

Kita amat berharap satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat kes Aminulrashid ini, bukannya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat polis, tentu kita masih ingat kepada peristiwa mata lebam Anwar Ibrahim. Pada mulanya peristiwa itu disiasat oleh pihak polis, namun siasatan tersebut berlarutan sehingga tiga minggu namun orang yang bertanggungjawab tetap tidak dapat ditemui. Sehinggalah satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat peristiwa tersebut yang akhirnya hanya seminggu sahaja kita sudah mendapat tahu yang orang bertanggungjawab adalah Ketua Polis Negara sendiri. Rakyat Malaysia sekarang harus mendesak agar Suruhanjaya Diraja seperti itu dibentuk bagi menyiasat Aminulrasyid ini.

(Hj. Mohamad bin Sabu 30/4/2010 – Kg. Gajah Mati, Pendang, Kedah)

---
dipetik dari http://penjualubat.wordpress.com/

Categories

Pengikut