MAJLIS PERKAHWINAN DI KAMPUNG PERDAMAIAN

15 Mei – Suatu Majlis perkahwinan telah diadakan di Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12). Majlis sederhana tersebut diadakan oleh Saudara Ibrahim Chik Yat atau nama perjuangannya Tahan (gambar kiri) seorang bekas perajurit muda dari kawasan sempadan kerana mengahwinkan anak perempuannya.

Majlis tersebut telah dimeriahkan oleh rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian Sukhirin, saudara-saudari dari kampung-kampung Selatan Thai dan juga saudara-saudari bangsa Thai dari kampung-kampung berdekatan. Yang teristimewa lagi ialah ketibaan rombongan rakan seperjuangan yang tergabung dalam Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia. Mereka adalah rakan seperjuangan Rejimen Ke-10 yang pernah bekerjasama erat dalam masa perjuangan bersenjata di masa lampau.

pasangan pengantin di atas pelamin


Keluarga Saudara Ibrahim


puteri generasi baru Kampung Perdamaian Sukhirin


rakan seperjuangan dari Persatuan Abad Ke-21


rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian memberikan
kerjasama menjayakan majlis tersebut

2 ulasan

Tanpa Nama mod

teringin nak berbesan dengan pejuang REG Ke 10 Kampong Shukirin.....

SemanTan

Reply

aman nye bila tgk keadaan di sana...

Reply

Categories

Pengikut