LAWATAN RAKAN SEPERJUANGAN DARI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA

16 Mei, satu iringan kereta meninggalkan Kampung Perdamaian Sukhirin diiringi lambaian selamat jalan dari rakan seperjuangan di kampung tersebut. Mereka ialah bekas perajurit TRM yang pulang ke Malaysia yang tergabung dalam Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia yang tiba pada 15 Mei.

Dalam majlis sambutan ringkas yang diadakan oleh Kampung Perdamaian Sukhirin di sebelah malam, wakil rombongan tersebut menyebut “Kami datang ke sini untuk menziarahi dan menyatakan hormat kami kepada Kawan Abdullah C.D. dan Kawan Suriani Abdullah, juga hormat kami kepada kawan-kawan Rejimen Ke-10.

Yang lebih istimewa bagi rakan seperjuangan di Sukhirin ialah kawan-kawan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 telah menghadiahkan sebuah pemberangsangan yang tertulis:

Kepada

Kampung Perdamaian Sukhirin

(Kampung Chulabhorn Patana 12)

DARI REJIMEN PAHLAWAN

KEPADA BENTENG PERDAMAIAN

Daripada Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia

15-5-2010

Dalam kunjungan yang singkat itu, mereka sempat bertukar-tukar fikiran dan menggilap semula kenangan silam. Di era perjuangan bersenjata, berbagai pasukan TRM yang terdiri pelbagai kaum ini pernah bekerjsama dalam sebuah keluarga besar revolusioner. Penghargaan begini bukanlah hal pertama diterima oleh Rejimen Ke-10. Pasukan sesaudara menyanjung Rejimen Ke-10 sebagai sebuah pasukan yang paling teguh mempertahankan perjuangan bersenjata. Ini bukanlah semata-mata pemberangsangan, tetapi melalui praktik revolusi yang nyata. Ketika revolusi merosot tahun-tahun 1950-an, segenap komander dan perajurit Rejimen Ke-10 telah memperlihatkan tekad juang yang teguh tak tergoyangkan.

Sebelum bertolak pulang, mereka sempat menziarahi pusara Kamarulzaman Teh dan rakan seperjuangan lain di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.

Seluruh rakan seperjuangan di Sukhirin menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan seperjuangan dari Persatuan Persahabatan Abad 21 Malaysia, semoga mereka berjaya membina hidup baru di tanah air.

Bergambar beramai-ramai dengan Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani

Majlis sambutan

Abdullah C.D. dan wakil Persatuan Persahabatan

Abad Ke-21 Malaysia

Wakil Persatuan Persahabatan Abad Ke-21

menyampaikan ucapan ringkas

Hadiah dari Persatuan Persahabatan Abad Ke-21

Malaysia kepada Kampung Perdamaian Sukhirin

Keluarga besar revolusioner - Cina, Melayu, India dan Orang Asli

menziarahi pusara Kamarulzaman Teh

dan rakan seperjuangan yang telah meninggal

Categories

Pengikut