HAPUS JUDI TUMBANGKAN BN

Pada saat ini masyarakat kita sedang berjuang menentang kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan lesen judi sempena bola sepak piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Meluluskan lesen judi samalah dengan menghalalkan judi. Amat malang bagi Malaysia kerana kerajaan yang mengaku “negara Islam” menghalalkan judi.

“Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat” ucapan Allahyarham Dr. Burhanuddin ini seolah-olah berdengung di telinga. Rupanya sebelum merdeka lagi, Dr. Burhanuddin sudah tahu bahawa akhlak masyarakat kita akan menurun ke paras terburuk di bawah kerajaan Barisan Nasional.

Aku amat bersetuju dengan sebuah posting di penjualubat.wordpress.com yang bertajuk PM cucu taukeh judi..

Dari tajuk itu, kita dapat faham bahawa budaya judi dalam Kerajaan Barisan Nasional bukan lah perkara baru, sudah bergenerasi … Dari yang pertama hinggalah sekarang. Cubalah buka sedikit mata ke arah Genting Highlands. Apa yang dibuat kat sana agaknya…. Dan dari apa yang aku tahu seorang Tok Haji menjadi taukeh judi besar di puncak tersebut.

Bangunlah saudaraku…
Sedarlah dari tidurmu…

Dulu kaum penjajah mendodoimu dengan irama “Tanah Simpanan Melayu”, “Bumiputera” dan macam-macam. Selepas merdeka, UMNO pula mendodoimu dengan alunan lagu “Bumiputera”, “Hak Istimewa Melayu”, “Dasar Ekonomi Melayu” dan lain-lain. Di sebalik tidurmu kekayaan negara sedang dikaut dengan rakusnya, akhlak masyarakat menjunam ke paras terendah, judi, arak, zina haram dimulut sahaja.

Untuk menghapuskan judi, arak dan zina, pertama-tama kita haruslah tumbangkan Kerajaan Barisan Nasional, tumbangkan sistem kapitalis yang hanya mengenal untung maksima tanpa mengira halal dan haram.

1 ulasan:

masalahnya khalid ibrahim baru dapat memerintah dah bagi adik korek pasir haram..dulu umno korek dia marah... heran2??? mane satu parti la aku nk sokong ni..

Reply

Categories

Pengikut