PSM: TERUSKAN TSUNAMI POLITIK 2008!

KENYATAAN AKHBAR PSM: 23 APRIL 2010

TERUSKAN TSUNAMI POLITIK 2008 !

TOLAK BN ! UNDI ZAID IBRAHIM !


Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru keseluruhan rakyat dan pengundi Hulu Selangor untuk memberikan satu mesej yang cukup jelas dan nyata bahawa Tsunami 8 Mac 2008 belum berakhir dan perjuangan menuntut hak, perubahan dan demokrasi harus diteruskan.

Hulu Selangor kini menjadi medan pertempuran menentukan jalan mana Negara kita hendak menuju. Mengundi Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi mesej dan petanda cukup jelas bahawa rakyat Malaysia menuntut keadilan total, menentang rasuah dan dahagakan demokrasi. Mengundi semula BN akan memberi nafas baru kepada politik perkauman, politik kronisme, nepotisme, rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam pilihanraya Hulu Selangor, Zaid Ibrahim ternyata calon yang jauh lebih baik dapat mewakili aspirasi rakyat di Parlimen. Prinsip perjuangan yang cukup jelas, pengetahuan luas dalam bidang pentadbiran, perundangan dan politik dan konsisten akan membawa kualiti di dalam Parlimen.

Keputusan pilihanraya Hulu Selangor dan mandat rakyat amat penting. PSM menyeru pengundi Hulu Selangor untuk mengundi dengan bijak dan mengambil kesempatan ini untuk memajukan proses demokrasi dan keadilan ke tahap yang lebih tinggi. Perubahan akan mengambil masa tetapi Tsunami 2008 memberi harapan bahawa rakyat dahagakan perubahan. Proses menuntut perubahan ini mesti diteruskan.

UNDI ZAID IBRAHIM UNTUK TERUSKAN PROSES PERUBAHAN !


S.Arutchelvan

Setiausaha Agung

4 ulasan

Salam buat seluruh pengundi di Ulu Selangor yang akan mengundi esok.

Sudah cukup jelas bahawa BN adalah sebuah parti yang mengamalkan rasuah. Rasuah pengundi dengan wang. Rasuah pengundi dengan janji projek. 3 juta untuk sekolah cina sekiranya orang cina beri undi kepada BN. Najib akan keluarkan Cek 3 juta pada Isnin jika pengundi cina beri undi kepada BN. Kenapa masih buta kah. Harap orang cina tidak sebodoh melayu. Apakah orang cina juga boleh dibeli macam bangsa melayu tidak bermaruah lagi. Boleh dibeli pada bila-bila masa. UMNO sudah desparate. Bukan semua melayu bodoh tapi jangan ikut melayu bodoh. Beri sokongan untuk Zaid kerana Zaid penting di Parlimen.

Aziz suriani

Reply
Tanpa Nama mod

Gerakan perjuangan parti bercorak sosilisme serta progresif harus diperkasa bagi melepaskan rakyat daripada belenggu kapitalisme Umno-BN. Kebiadapan kapitalis ini dilihat semakin hari-semakin menjadi-jadi dengan isu seperti kenaikan harga barang yang keterlaluan serta amalan rasuah dan salah guna wang RAKYAT yang sudah lali didengar. Kita adalah Rakyat Malaysia, dan Kita bukanlah hamba kapitalis Umno-BN.

Reply
Tanpa Nama mod

bagi hg pa semuanya rasuah! apa yg kerajaan buat dipersalahkan seolah2 haram belaka hakikatnya kemakmuran yg kita kecapi selama ni adalah berkat usaha tenaga mereka untuk menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya agar hidup dalam keadaan aman hingga ke genarasi seterusnya

Reply
Tanpa Nama mod

Tang mana yang takda rasuah? memang semuanya haram belaka... "hakikatnya kemakmuran yg kita kecapi selama ni adalah berkat usaha tenaga mereka untuk menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya agar hidup dalam keadaan aman hingga ke genarasi seterusnya" Ini cerita dongeng karya che det....

Reply

Categories

Pengikut