PENJUAL UBAT: KEJAYAAN SEBENAR MALAYSIA

Komunis..kejayaan sebenar Malaysia..

http://penjualubat.wordpress.com/

Ketika berada di Amerika Syarikat, selain dari memberi nasihat kepada Presiden Barrack Obama tentang usaha membaiki hubungan AS dengan negara-negara Islam..Perdana Menteri juga akan menyampaikan ucapan dasar berkisar kepada pengalaman dan kejayaan Malaysia dalam menangani ancaman Komunis. Ucapan dasar itu dikatakan akan diadakan di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS).

“Eloklah tu..Anak didik penjajah menceritakan kejayaan kepada penjajah..”

Ucapan yang bagaimana akan disampaikan oleh Perdana Menteri..kita pun tidak dapat pastikan? Yang kita tahu Kerajaan Malaysia telah memungkiri janji yang pernah dibuat dengan PKM (Parti Komunis Malaya) didalam Perjanjian Damai 1989 di Hadyai.

Didalam Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat antara Nabi saw dengan kuffar Quraish, antara isi perjanjian tersebut adalah penduduk Mekkah yang lari ke Madinah mesti dikembalikan semula ke Mekkah.

Tiba-tiba, seorang sahabat yang bernama Abu Bashir telah lari dari Mekkah dan berlindung di Madinah. Apabila perkara itu sampai kepengetahuan pemimpin-pemimpin Kuffar Quraish, mereka telah mengirimkan dua orang wakil untuk berjumpa Nabi SAW dan mengambil balik Abu Bashir.

Nabi kemudiannya menyuruh Abu Bashir kembali ke Mekkah walaupun mendapat bantahan dari sebahagian besar sahabat yang bimbang Abu Bashir dibunuh atau dimurtadkan. Nabi SAW walau bagaimana pun tetap dengan pendiriannya untuk menyerahkan kembali Abu Bashir kerana akur kepada perjanjian tersebut.

Ini membenarkan sabda Nabi SAW yang mengatakan..

“Orang-orang Islam itu berpegang kepada syarat-syaratnya..”

PKM pula telah menunaikan segala janji mereka didalam Perjanjian Damai Hadyai 1989 kepada Kerajaan Malaysia, antaranya termasuklah menamatkan perjuangan bersenjata dan membubarkan pasukan bersenjata PKM. Ini diakui sendiri oleh Bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor.

Sebaliknya, kerajaan Malaysia pula mengingkari perjanjian untuk membenarkan kepulangan semua ahli PKM yang lahir di Malaya untuk pulang ke tanahair apabila menolak pemohonan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia. Baca sepenuhnya di sini..

Inilah yang sebenarnya pengalaman dan kejayaan Kerajaan Malaysia yang sangat dibangga-banggakan..Bukannya pengalaman dan kejayaan dalam menangani ancaman Komunis.

Anak cucu penentang penjajah

Baca di sini..dan lihat sendiri aktiviti mereka yang digelar sebagai pengganas..

1 ulasan:

apabila 'merdeka' itu tidak difahami maka inilah jadinya...

Reply

Categories

Pengikut