PEMBERITA BANGKOK POST MELAWAT KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN


Pada petang 6 April, Ms. Achara Ashayagachart telah sampai di kampung bersama dengan Ketua Kampung (Naiban) yang menyambut beliau di lapangan terbang Narathiwat. Ms. Achara pernah bertemu dengan bekas pemimpin PKM ketika menghadiri majlis memperingati genap 20 tahun perjanjian perdamaian Hadyai pada November tahun lalu.

Ms. Achara adalah pemberita talian luar negeri yang mengumpul berita bersangkutan dengan perorangan bukan hanya menulis masalah dasar-dasar saja juga minat untuk mempelajari dan memahami sejarah dan aktiviti-aktiviti pembangunan kampung pada masa sekarang. Dengan demikian beliau telah mengambil peluang melawat ke kampung – terutama bagi sejarah kedua negara iaitu Malaysia dan Thailand.

Beliau sempat menemubual Bapa Abdullah C.D. (seorang pemimpin PKM), Saudara Deraman Binza (Naiban), Saudara Yaakob Ibrahim (juru penghubung kampung) dan Ibu Ked Khamya; Unit Forest, Unit Penghubung dan juga Grup Pengkajian Kemajuan Kanak-kanak di pusat kesihatan Kampung Chulabhorn Patana 12.

Beliau memuji semangat kerjasama dan perpaduan , kedisiplinan dan tahan susah payah. Dengan perhatian Ketua Kampung, beliau mengharapkan pemudi jenerasi baru memahami dan memelihara contoh teladan juga pengalaman-pengalaman yang baik dari ibu bapa mereka.

/01.JPG">bersama keluarga Ketua Kampung


bertemu Bapa Abdullah C.D.


bertemu Ketua Unit Penghubung


Melawat unit forest



menulis di buku catatan Muzium Sejarah Kampung Chulabhorn Patana 12

2 ulasan

Yang tak sampai sampai ke sana ialah SAYA...

Reply
zack_m_png mod

yaa, gi jer ler, tulih dlm blog x penah pegi sana, x best laaa kahkahkah

Reply

Categories

Pengikut