IKATAN PEMUDA

Dalam sejarah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, pernah muncul pertubuhan API di bawah pimpinan Boestamam. Setelah API diharamkan didirikan pula PETA di bawah pimpinan Wahi Anuar membangkitkan semangat pemuda Malaya untuk kemerdekaan tanah air. Lagu IKATAN PEMUDA, lagu rasmi PETA - selalu dinyanyikan di perhimpunan-perhimpunan pertubuhan kiri sebelum darurat.

Rejimen Ke-10 yang ditubuhkan pada 21 Mei 1949 yang meneruskan perjuangan kemerdekaan ke tahap tertinggi - perjuangan bersenjata - sentiasa menjadikan lagu ini sebagai suatu kesinambungan sejarah dan sebagai suatu ilham yang besar.


IKATAN PAMUDA

Hai pemuda seluruh Malaya
Bersatu padu diikatan kita
Hai pemuda seluruh Malaya
Belalah negeri dan nasib bangsa

Ya… ya… ya… marilah bersama
Mengatur barisan kita pemuda
Bersiaplah untuk negeri kita
Ayoh rapat semua pemuda

Kita pemuda insaf dan sedar
Berabad abad selalu menderita
Hai pemuda seluruh Malaya
Belalah negeri dan nasib bangsa

Ya… ya… ya… marilah bersama
Mengatur barisan kita pemuda
Bersatulah di dalam PETA
Angkatan pembela tanah air kita!


nota lagu IKATAN PEMUDA: ihsan Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin

Categories

Pengikut