DIALEKTIKA DAN AL-QURAN



Oleh: Minda Panji Darman


“ Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dihinakan, yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandar raya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong."

Surah An-Nisa’:75

Bila cara damai dinafikan maka perang menjadi wajib demi menghapus penindasan dan menegakkan kebaikan. Bukan hanya atas kerana desakan material malah juga atas runtunan moral ia menjadi suatu kewajipan. Meskipun perang boleh menghancurkan sesebuah tamadun bangsa namun tanpanya juga boleh menyebabkan sesebuah bangsa tidak mampu keluar dari belenggu dan mengubah nasibnya.

Hegal seorang pelopor dalam kajian pembangunan sejarah (historical development) pernah menyebut bahawa perubahan hanya boleh berlaku bila wujudnya pertembungan dua tenaga secara bertentangan. Pertembungan ini akhirnya membuahkan suatu yang baru yang lebih konkrit. Perkara ini dirumuskan di bawah teori historikal dialektikanya. Asas historikal dialektika ini kemudiannya diunjurkan oleh Marx dan Engels dalam falsapah materialism dialektikanya di bawah tesis pertentangan kelas ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Al-Quran juga banyak menyentuh soal dialektika ini dalam konteks yang tersendiri contohnya tentang kisah Nabi Daud A.S dengan Jalut:

“Dan mereka mengalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut; dan Allah memberinya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia mengajarnya apa yang Dia mengkehendaki. Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.

Al-Baqarah : 251.

Menoleh sejenak kebelakang sejarah Malaysia pada tahun 1948, Dr. Burhanudin bersama rakan-rakan seperjuangannya pernah membuat keputusan untuk Merdeka dari Inggeris ialah hanya boleh dicapai dengan mengangkat senjata. Keputusan ini juga telah mendorong PKM dan Regimen 10 TPNM untuk melancarkan perang gerila terhadap Inggeris, berlaku apabila Inggeris menguatkuasa Undang-Undang Darurat terhadap sesiapa sahaja yang berjuang di bawah semboyan Kemerdekaan Malaya pada 20 Jun 1948. Mulai dari sini tekanan terhadap pejuang kiri ditingkatkan dan perang gerila terhadap Inggeris juga turut menjadi ancaman kepada penguasaan Inggeris di Malaya.

Dalam peperangan ini mereka membunuh dan mereka juga dibunuh. Ramai terkorban dan cedera. Sesetengah terpaksa meninggalkan kampung halaman dan keluarga, berhijrah dan hidup menjadi gerila di hutan dalam tempoh yang begitu lama semata-mata ingin menghalau kelas penindas agar keluar dari bumi ini. Apakah perjuangan ini bukan suatu jihad hanya kerana mereka tidak memakai jubah dan menyimpan janggut serta menjerit nama Allah ?. Malaya sama sekali tidak mungkin merdeka pada tahun 1957 sekiranya Inggeris masih boleh bertahan menerima pukulan yang tidak henti-henti dari gerila TPNM di antara tahun 1948 hingga 1955. Bukankah perjuangan ini telah berjaya mengubah nasib rakyat Malaysia yang dulunya begitu miskin dan daif lalu kini masing-masing selesa, mewah dan kaya raya hingga mereka terlupa untuk mengkaji sejarah bangsanya yang telah melalui fasa-fasa dialektikanya tersendiri.

Tidakkah Historikal dialektika dan materialism dialektika juga telah dikisahkan oleh Allah di dalam al-Quran ? Pertembungan yang baik terhadap yang jahat kemudian mengangkat kebaikan dari satu fasa kepada satu fasa tamadun sesebuah bangsa. Mungkinkah Hegal, Marx dan Engels telah lama meneliti, dan menghalusi ajaran al-Quran sebelum mencetuskan doktrin dan tesis-tesis mereka ? Dalam hubungan yang sama, al-Quran juga mengiktiraf perang sebagai satu jalan bagi menyelesaikan masalah pada sesuatu masa apabila suatu penindasan berlaku! Jika suatu kuasa tirani menjadi satu-satunya penghalang kepada perubahan daripada buruk kepada baik yang diinginkan, maka al-Quran telah mewajarkan perang ke atasnya. Sekiranya kita bersetuju dengan tesis ini maka tidaklah bermakna bahawa Islam adalah military religion. Perkara ini dijelaskan di dalam al-Quran seperti berikut :

“…Jika mereka berundur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan menganjurkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak memberi sebarang jalan kepada kamu untuk memerangi mereka…..’’

An-Nisa’: 90

Apabila mereka berundur dan ingin berdamai bermakna tiada lagi ancaman, maka Allah tidak lagi memberi ruang untuk memerangi mereka. Dari sini satu tesis baru boleh dilakukan dengan pembaharuan dan pembaikan. Kemerdekaan dan pembangunan yang berlaku selepas Merdeka itu adalah satu tesis baru terhasil daripada pertentangan kelas proletariat (PKM) dengan kelas Bourgeoisie Penguasa Ekonomi Liberal- Kapitalis a.k.a Imperialist Inggeris yang menguasai ekonomi Malaya pada masa itu.

Al-Quran juga menggariskan tatacara berperang dengan sempurna. Larangan memerangi orang-orang awam, orang tua, wanita, kanak-kanak adalah ditegah sama sekali. Jika PKM telah berpegang teguh kepada disiplin ini bermakna mereka bukanlah mengikut doktrin Marxis, atau Mois atau Uncle Ho Chin Minh. Sebelum ia termaktub di dalam undang-undang perang antara bangsa; al-Quran sebenarnya telah mendahului semua peraturan yang mereka fikirkan. Bagi orang-orang yang mempunyai minda mereka tentu sekali dapat memahami ayat di bawah;

“ Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul.

Al-Baqarah :190)

Hari ini, orang-orang yang benar-benar berjihad mungkin hidup dalam keadaan yang kurang selesa dan bukan di kampung halaman serta bumi yang mereka pernah berjuang mempertahankannya. Mereka tersisih dan terasing. Hidup di dunia ini hanya satu detik jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Mereka yang telah berhijrah meninggalkan kampung halaman, gugur dan cedera serta hilang upaya Allah telah membuat perjanjian yang besar terhadap mereka:

“Pemelihara mereka menyahuti mereka, "Aku tidak mensia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang berhijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan melepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.”

Al-Imran:195

Masalah umat Islam yang paling besar hari ini selain dari taklid buta mereka amat gemar menghukum dengan kejahilan. Lebih seribu tahun mengabaikan al-Quran dan melepas agama di bawah hegemoni kaum teokrasi ulama yang meletakkan belenggu taklid buta yang telah membutakan mata masyarakat Islam hingga mereka mudah diperalatkan oleh penjajah. Bukti bahawa manusia telah mengabaikan al-Quran telah disebut seperti berikut :

“ Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

Al-Furqan : 30

Justeru bila kita sudah kembali membaca al-Quran maka kita pastinya akan akur bahawa Hegal, Marx dan Engels yang mengemukakan historical dialektika dan materialism dialektika bukanlah dari fikiran mereka sebaliknya mereka telah mengambilnya dari sumber yang telah lama kita tinggalkan iaitu al-Quran.

1 ulasan:

Salam

Jawapan mengenai orang-orang alim disebut dalam al-Quran sebagai orang-orang yang mendustakan.
Q62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

i. Mereka pikul banyak kitab
2. Mereka mendustakan ayat Allah.
3. Tuhan tidak memberi petunjuk kepada orang yang yang mendustakan kerana mereka adalah orang yang zalim.
Diceritakan kepada Nabi Muhammad kiasan tentang umat yang terdahulu. Kini umat Muhammad pula yang memikul banyak kitab seolah-olah al-Quran tidak cukup. Mereka telah membelakangkan al-Quran membawa banyak fatwa-fatwa kaum teologi mereka mendahului apa yang telah diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran.
Apakah mereka ini boleh kita minta pimpinannya?

Mereka bertanggung jawab diatas kerosakan yang berlaku di atas bumi, memesongkan ajaran tauhid di dalam al-Quran. Dulu saya tidak benci mereka tetapi bila saya dah baca al-Quran saya dapat tahu mereka pendusta, saya menjadi sangat benci. Jika ulama memain peranan dengan menganjurkan ajaran al-Quran yang sebenar. Musuh dan penjajah tidak boleh masuk ke bumi Malaya.
Mereka bersekongkol dengan liberal-kapitalis. Bersekongkol dengan penindasan dan riba yang menjadi tunjang dalam sistem kapitalis. Mereka lupa kah bahawa Allah mengistiharkan perang terhadap orang yang makan riba ?. Kalau ulama' baca Quran dan faham apa itu riba yang dimaksudkan oleh Allah di dalam al-Quran mereka boleh menolaknya dari awal-awal lagi. Mereka kemudian membelokan pengertian riba dengan mentafsirkannya dengan hadis-hadis. akhirnya riba telah diterima. Mereka mendapat banyak upah dari kaum burjuis. Kerana mereka ulama maka rakyat ikut mereka. Rakyat tidak lagi perlu membaca al-Quran kerana ada orang yang tolong baca bagi pihak mereka. Setiap hari mereka bersila di masjid dan memberi syarahan. Di samping mengambil sedikit habuan. Rakyat juga kononnya tidak boleh faham al-Quran kerana tak tahu bahasa arab pun duduk bersila dan mengangguk kepala terhadap apa yang mereka ucapkan. Mustahil Allah yang bersifat pemurah menghadkan al-Quran untuk golongan elite agama sahaja.
Jerman sudah mentafsir al-Quran pada kurun kedua lagi. Tidak mustahil Karl Marx baca dan faham lebih awal dari bangsa lain. Dari dulu hingga sekarang German maju dan mendahului bangsa Eropah yang lain dalam banyak kepakaran.

salam

Reply

Categories

Pengikut