Sudah menjadi dasar kaum kapitalis menindas klas bawahan untuk mengembungkan sejemput kelas mereka. Lojik mereka ialah "yang aku tetap milik ku, yang kau akan jadi milik ku”. Kisah pahit penduduk Denai Pinggiran iadalah salah satu diantara contoh yang terbaru. Kaum kapitalis birokrat mendirikan mahligai di atas darah, keringat dan air mata golongan miskin.
Sejak zaman pemerintahan penjajah British sehinggalah kemerdekaan dipegang di bawah UMNO, tak terhitung berapa ramai kaum tani, kaum setinggan, penduduk miskin kota dll yang menghadapi nasib malang tersebut. Sebahagian tragedi sebegini mendapat liputan akhbar manakala sebahagian lagi tidak ramai yang mengetahuinya kerana penduduk terlibat takut untuk mempertahankan hak mereka dan tidak berani meminta bantuan masyarakat.
Tidak ada jalan lain bagi kelas miskin untuk melepaskan diri dari penindasan selain dari BANGUN BERJUANG.
Selengkapnya sila ke laman berikut:


2 ulasan:
yang ku tetap milik ku
yang kau akan jadi milik ku
ku beli seberapa murah
ku jual seberapa mahal
SemanTan
Nama je bela bumiputera, tapi sebenarnya untuk kaum pemodal besar dan kroni
Nama je HIDUP MELAYU sebenarnya mematikan Melayu
Nama itimewa Melayu, tapi sebenarnya istimewa Melayu pemodal besar UMNO dan kroni
Tak ada hak istimewa untuk setinggan Melayu, petani Melayu, buruh Melayu dan golongan miskin Melayu
Catat Ulasan