TERIMA KASIH ROMBONGAN KEDAH

Pada 19 Mac, wakil rombongan pelawat dari Kedah telah menyampaikan sejumlah sumbangan untuk menyempurna Masjid Darul Aman yang belum siap kerana kekurangan perbelanjaan. Bapa Abdullah C.D., Imam Masjid Darul Aman dan Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin telah menerima sumbangan yang berupa mata wang dan 10 buah Al-Quran. Sumbangan itu disampaikan selepas solat Jumaat dengan disaksikan oleh para jemaah.

Atas nama seluruh penduduk Kampung Perdamaian Sukhirin, Ketua Kampung Saudara Droman bin Za telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada rombongan pelawat dari Kedah tersebut.

KINI DAN SILAM difahamkan, untuk menyempurnakan masjid ini, mereka memerlukan belanja kira-kira 200,000 Bath atau RM20,000.

Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin menyampaikan
ucapan aluan dan terima kasih

wakil rombongan Kedah memberikan ucapan
terima kasih kepada para jemaah dan seluruh warga kampung


Bapa Abdullah C.D. menerima hadiah berupa 10 buah Al-Quran


Sumbangan mata wang kepada Masjid Darul Aman
dari rombongan Kedah


bergambar beramai-ramai di pintu masjid sebelum berpisah

Categories

Pengikut