SIAPA PKM


Masih ramai yang tak tahu jelas tentang PKM, sejumlah besar masyarakat hari ini memandang PKM adalah organisasi yang “terburuk", "pengganas" dan sebagainya seperti apa yang dipropagandakan oleh penjajah British.

Untuk mengetahui siapa PKM, kami perkenalkan PROGRAM KHUSUS MASA SEKARANG PKM yang dimuatkan dalam PERNYATAAN 28 APRIL 1980 JAWATANKUASA PUSAT PKM yang bertajuk HIDUP PKM. Pernyataan ini dikeluarkan sempena 50 tahun PKM

Program Khusus Parti Komunis Malaya:

1. Rakyat berbagai lapisan semua bangsa di seluruh negara bersatulah, lawan polisi reaksioner yang anti-komunis dan anti-rakyat yang dijalankan Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan PAP, bentuk pemerintahan campuran demokratik yang terdiri daripada wakil-wakil semua parti patriotik dan demokratik serta wakil-wakil kaum patriot yang tak berparti.

2. Semua kekuatan patriotik di seluruh negara bersekutulah, lawan dengan teguh pencerobohan dan subversive hegemonisme, bela keselamatan tanah air kita.

3. Lawan pemerasan kekayaan negara kita dan pencengkaman urat nadi ekonomi negara kita oleh capital monopoli asing.

3.1. Lawan Dasar Ekonomi Baru yang mengembangkan capital birokrat, lawan perompakan sumber kekayaan negara dan monopoli berbagai sector ekonomi nasional oleh lembaga-lembaga birokrat dan kaum kapitalis birokrat besar.

3.2. Lindungi perusahaan-perusahaan capital swasta termasuk industry, perlombongan, perdagangan dan perkebunan milik kaum borjuis nasional dan sedang semua bangsa.

3.3. Naikkan upah, perbaiki layanan, perbaiki syarat-syarat kerja, laksanakan upah yang sama bagi pekerjaan yang sama, lindungi kepentingan kaum buruh, kaki tangan dan pekerja gaji rendah serta guru sekolah.

4. Hapuskan sistem agrarian yang tidak menasabah, laksanakan sistem agrarian tanah untuk penggarap, bagi-bagikan tanah dengan percuma kepada kaum tani yang tidak bertanah atau kekurangan tanah; akui hak kaum tani dan penduduk-penduduk desa lainnya untuk meneroka dan memiliki tanah sebagai tempat kediaman, bercucuk tanam dan mencari nafkah.

4.1. Hapuskan berbagai hutang yang dipaksakan oleh lembaga-lembaga birokrat ke atas kaum tani, hapuskan hutang dan cukai-cukai lain yang tidak menasabah, jamin harga hasil-hasil pertanian yang berpatutan dan kebebasan kaum tani untuk memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.

4.2. Lawan pengusiran yang sewenang-wenang ke atas setinggan-setinggan, perbaiki keadaan penduduk desa; jamin kebebasan orang-orang Asli untuk bertempat tinggal, bercucuk tanam dan bergerak.

5. Lawan rasuah dan penyelewengan, lawan dinaikkannya harga barang-barang .

5.1. Turunkan cukai, sewa dan bunga pinjaman

5.2. Lindungi kepentingan kaum nelayan, penduduk miskin kota, pengusaha pertukangan tangan, penjaja, peniaga kecil, pekebun kecil dan pengusaha kecil.

6. Batalkan semua undang-undang reaksioner yang menindas rakyat, bebaskan semua tahanan politik dengan segera dan tanpa syarat.

6.1. Jamin supaya rakyat menikmati kebebasan diri, kebebasan berfikir, berkepercayaan, pengadakan penerbitan, bertempat tinggal, mencari nafkah, mogok dan berarak, pelihara hak asasi manusia.

7. Hormati adat istiadat, cara hidup dan kepercayaan agama rakyat semua bangsa, lindungi masjid, kuil, gereja dan tempat-tempat ibadat lainnya, tiadakan prasangka dan kerenggangan bangsa-bangsa, galakkan rakyat semua bangsa agar hidup bersama secara rukun damai, rapatkan perpaduan bangsa-bangsa, lawan perpecahan bangsa-bangsa.

7.1. Jamin supaya rakyat semua bangsa memperolehi hak-hak politik dan ekonomi yang sama sepenuhnya, memperolehi peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran dan untuk bekerja, menarima hak-hak untuk menerima pelajaran bahasa ibunda masing-masing, lawan diskriminasi dan penindasan bangsa-bangsa.

7.2. Anjur dan galakkan penggunaan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa umum bagi rakyat semua bangsa.

7.3. Akui kedudukan bahasa Inggeris sewajarnya

7.4. Beri layanan yang sama kepada bangsa-bangsa minority, lindungi kepentingan bangsa-bangsa minority, laksanakan otonomi kawasan di tempat-tempat tumpuan bangsa-bangsa minority.

7.5. Selesaikan perselisihan antara bangsa-bangsa melalui permesyuaratan, pelihara kepentingan semua bangsa, majukan kemakmuran bersama bagi semua bangsa, ciptakan syarat-syarat yang mustahak agar semua bangsa beransur-ansur dapat menikmati persamaan pada hakikatnya di segala bidang.

8. Kembangkan kebudayaan dan pelajaran semua bangsa yang baru, yang patriotik, ilmiah dan untuk rakyat jelata.

8.1. Warisi pusaka kebudayaan semua bangsa yang unggul, galakkan saling belajar sesama bangsa-bangsa, majukan pertukaran kebudayaan antara bangsa-bangsa.

8.2. Jamin kebebasan penyelidikan akademik, anjurkan sastera dan seni berkhidmat untuk rakyat, hormati sumbangan kaum cerdik pandai kepada masyarakat, bersatu dengan semua kaum cerdik pandai yang jujur.

9. Kembangkan dan perbesarkan Tentera Pembebasan Nasional sebagai kekuatan teguh yang melawan hegemonisme dan mempertahankan kepentingan rakyat.

9.1. Lawan dengan teguh perang anti-komunis dan anti-rakyat yang dilanjutkan oleh klik berkuasa.

9.2. Tarik askar-askar dan polis-polis kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan PAP agar menyokong tuntutan menasabah dan perjuangan adil rakyat

10. Sokong usaha adil rakyat semua negeri, kembangkan persahabatan akrab antara rakyat rakyat negeri kita dengan rakyat negeri-negeri lain, adakan hubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain berdasarkan lima prinsip hidup berdampingan secara damai, lawan dengan teguh imperialism, kolonialisme dan hegemonisme.


3 ulasan

saya copy komen dari abu nuqman posting blog saya yang bertajuk "Ulasan antara UMNO dan Komunis" kepada saudara mat amin..

abu nuqman Says:
March 25, 2010 at 11:50 am e

assalamualaikum saudara mat amin, saya ada buat sedikit research dengan org tua-tua, saya dapati memang pandangan kebanyakkan org tentang komunis terutama PKM telah di selewengkan.Malah sejarah negara Malaysia sendiri juga telah di selewengkan dengan begitu jahat sekali…….terima kasih kerana membuka kembali lembaran sejarah Malaysia, saya berazam insyaAllah akan mencari sedikit masa untuk datang menziarahi pejuang sebenar di Perkampungan Sukhirin. Saya hargai perjuangan saudara-saudara sekelian yang tiada tolok banding, kami anak pasca merdeka tak sepatutnya memandang dan melakukan dengan pandangan umum sekarang kepada anda semua………jika saudara senang menerima saya, kita boleh bertemu nanti dengan izin Allah.

Reply

singgah dulu baca dulu komment nanti dulu

Reply
Seorang Bernama kang. mod

Saya rasa Komunis bukanlah "pengganas",tetapi "pahlawan"bagaikan dato'maharajalela dan dato' bahaman.Berpatriotiknya saya lihat PKM dari segi perjuangan mereka!HIDUP PKM!

Maaf ya...bahasa melayu saya tidak bagus...

Reply

Categories

Pengikut