Rombongan Kedah sambut Maulidul Rasul di Kg. Perdamaian Sukhirin..

dipetik dari http://penjualubat.wordpress.com

Saya tidak menyangka posting saya yang bertajuk ‘UMNO dan Komunis, saya pilih Komunis..Mat Sabu’.. akan menjadi perbincangan hangat diruangan komen oleh pengunjung-pengunjung blog ini.

Begitu juga keadaannya dengan posting bertajuk ‘Ulasan diantara UMNO dan Komunis’ yang saya copy dari blog http://matamin02.blogspot.com.

Terima kasih saya ucapkan kepada para pengunjung kerana sudi memberi berbagai pandangan dan kita harapkan selepas ini kita akan lebih mengetahui lagi sejarah sebenar perjuangan rakyat terdahulu.

Sementara itu baru-baru ini satu rombongan dari Negeri Kedah telah membuat lawatan ke Perkampungan Perdamaian Sukhirin, Selatan Thailand. Iaitu sebuah perkampungan dimana bermastautinnya para perajurit Rejimen ke 10 Tentera Rakyat Malaya. Saya sendiri juga pernah kesana satu ketika dahulu. Klik disini..

Seorang sahabat yang turut serta didalam rombongan tersebut telah mengirimkan kepada saya gambar-gambar aktiviti mereka semasa berada disana. Berkebetulan ketika mereka disana penduduk perkampungan tersebut telah mengadakan satu majlis sambutan Maulidul Rasul.

Melihat pada gambar-gambar diatas saya teringat kata-kata saudara Mat Amin yang juga merupakan seorang bekas perajurit Rejimen ke 10 yang mengatakan..

“Pandangan yang menganggap komunis menolak agama adalah salah..”

Veteran Rejimen ke 10..Pak Hatta dan 2 orang Mualaf ..Pak Mamat (Liau Chin Sun) dan Pak Asi (Ramasamy).

“Kami Rejimen Ke-10 dan juga pasukan2 TPNM yang mengamalkan prinsip kebebasan beragama, menghormati adat resam dan agama setiap bangsa. Bahkan di dalam PKM terdapat perintah “setiap anggota parti haruslah mengikuti adat dan agama bangsa masing2″. Ini sudah bererti kepada setiap anggota parti komunis tidak boleh menukar agama..”

“Sungguhpun begitu, kami di Rejimen Ke-10 tegas dengan adatbudaya Melayu dan agama Islam. Sesiapa yang berkahwin dengan anggota kami yang beragama Islam, maka dia haruslah menerima agama Islam. Ini adalah tuntutan Islam dan sudah menjadi budaya Melayu di Malaysia..” (Mat Amin)

Rombongan dari Kedah menyampaikan 10 buah Tafsir Al-Quran dan sumbangan wang untuk penyempurnaan Masjid di Perkampungan tersebut yang masih didalam pembinaan.

Gambar kenangan rombongan Kedah bersama penduduk Kg. Perdamaian Sukhirin dan Bapak Abdullah CD.

Categories

Pengikut