EMEL: SOSIALIS HIJAU AKAN KEMBALI


Subject: SOSIALIS HIJAU AKAN KEMBALI‏
From: SOSIALIS HIJAU

salam buat semua,

Setelah setahun blog sosialis hijau berada di persada siber maka pada 5 hari lalu telah sampailah kekemuncak kejayaannya. Tajuddin dan anjing2nya semakin kepanasan... Mereka merasa tergugat setelah melihat kejayaan blog sosialis hijau berada di kemuncaknya sehingga menjadi blog top 10 di Pulau Pinang. Mereka merasa amat malu dengan kejayaan blog sosialis Hijau meniti ke puncak kerana blog yang mereka bina gagal untuk menarik minat pembaca. Sebagai contoh blog Pemuda Pas batu kawan hanya di lawati seramai 200 orang setelah setahun berada di alam siber. Bahagikanlah dengan 360 hari berapa banyak yang mengunjungi blog mereka sehari... sudah pasti ini amat menyakitkan hati.

Akhirnya untuk merasa bagaimanakan perasaan seorang blogger yang glamer maka mereka telah merampas blog sosialis hijau sebagai tanda kebimbangan mereka yang amat sangat. bukankah ini satu kejayaan yang amat besar bagi saya.

Hari ini saya bukan saja di kenali di seluruh Malaysia malah saya juga mempunyai peminat sehingga luar negara..Lihat sajalah di kaunter Internationale berapa ramaikah peminat Sosialis Hijau. Apakah mereka mampu untuk melakukan sebegitu? Sudah pasti jawapannya tidak kerana mereka tidak punya daya kretif dan hanya mengharapkan kebergantungan kepada orang lain untuk berjaya.

Namun begitu saya kini telah pun membina blog yang baru dan InsyaAllah kan terbit dalam masa yang bersesuaian. Tunggu saja kemunculannya. Biarkanlah mereka menari dengan rentak mereka dulu. Kita lihat sajalah manusia yang bercakap soal dosa pahala, syurga neraka, halal dan haram... Yang pastinya setiap perbuatan di dunia ini sama ada yang betul atau yang salah tidak akan lepas dari persoalan di akhirat nanti. Kita nanti saja pertemuan di sana nanti.

Kepada blogger dan rakan2 FB yang banyak membantu saya ucapkan ribuan terima kasih... Teruskan perjuangan menentang hipokrasi...

Sosialis Hijau

3 ulasan

Tanpa Nama mod

Teruskan perjuangan SH kami sentiasa menyokong mu

Reply

nanti jgn lupa bagi link baru kat Ikhwan pak cik..

Reply

orang yang pengecut sahaja suka menggodam blog.

Reply

Categories

Pengikut