DI ANTARA UMNO DAN KOMUNIS

“UMNO dan Komunis, saya pilih Komunis”..Mat Sabu.
http://penjualubat.wordpress.com

50 tahun lebih UMNO BN memerintah, terlalu banyak kezaliman dan kerosakkan yang telah mereka lakukan. Inilah antara yang mendorong Hj. Mohamad bin Sabu (AJK PAS Pusat) mengeluarkan kenyataan ini..
“Jika diberi 2 pilihan, antara UMNO dengan Komunis, saya pilih Komunis..”

Beliau berkata begitu ketika berceramah dibeberapa tempat diutara tanahair baru-baru ini, ternyata ucapan tersebut telah menimbulkan pro dan kontra. Sebelum ini beliau juga pernah mengeluarkan satu kenyataan yang agak kontroversi. Klik tajuk ini..Terima kasih Chin Peng: Mat Sabu..

Disini saya copy 1 komen posting saya yang bertajuk ‘Kes Mat Sabu di Mahkamah Majistret Jawi II..’

abu nuqman Says:
March 14, 2010 at 4:17 am e

merasakan salah di sudut politik dan akhlak untuk seorang islam mengatakan bahawa jika di hadapkan dengan 2 pilihan antara komunis dan umno, maka ia akan memilih kominis berbanding umno….sepatutnya dibuat perumpamaan lain YANG LEBIH SESUAI berbanding menggunakan komunis sebagai satu perbandingan………fikir2kan

Saya sendiri menerima beberapa pandangan dari kawan-kawan tentang kenyataan tersebut, ada yang amat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan ada juga yang kurang senang..

Saya juga ada bertanyakan kepada Hj. Mohamad Sabu apakah sesuai untuk beliau berkata demikian? Beliau juga berkata ianya tidak sesuai kerana bukan semua orang boleh memahaminya walaupun maksud sebenar beliau adalah bagi menggambarkan betapa buruknya UMNO dan betapa bencinya beliau kepada UMNO.

Beliau turut memberitahu seorang pegawai polis yang merupakan sahabat beliau telah menghubungi beliau dan menasihatkan agar tidak lagi mengulangi kata-kata itu, malah ketika disoal siasat oleh pihak polis baru-baru ini, beliau juga ditanya apakah maksud beliau tentang ucapan tersebut.

Bagi saya pula, tiada apa yang kontroversinya kata-kata tersebut, beliau telah mengatakan jika beliau diberi 2 pilihan.

Kita sendiri boleh pergi keperkampungan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Rashid Mydin ataupun Abdullah CD di Thailand, tidak ada seorang Melayu Islam pun yang murtad dikalangan mereka, malah yang bukan Islam apabila memeluk Islam tidak ada seorang pun yang kembali murtad kepada agama asal mereka.

UMNO BN yang memerintah negara sudah lebih 50 tahun, gejala murtad sudah sekian lama berlaku. Kita juga jika diberi 2 pilihan ini, fikirlah yang mana patut kita pilih?


Mak Yam dan suaminya Pak Mamat atau nama asalnya Liau Chin Sun, seorang mualaf di Perkampungan Sukhirin, Selatan Thailand. (Klik tajuk ini..Mualaf Rejimen 10 menyambut Maulud Nabi). Perkampungan Sukhirin didiami oleh bekas-bekas anggota PKM dan diketuai oleh Bapak Abdullah CD.
---
dipetik dari http://penjualubat.wordpress.com:“UMNO dan Komunis, saya pilih Komunis”..Mat Sabu.

4 ulasan

Tanpa Nama mod

Warga Miskin Kota

saya teringatkan usrah terakhir saya dengan pemuda Pas kawasan. Saya katakan di dalam usrah tersebut." jika bukan kerana Pas perjuangkan islam saya tidak akan bersama Pas, Jika Parti komunis masih wjud saya akan bersama dengan parti komunis malaya. Tetapi oleh kerana Pas perjuangkan Islam dan parti komunis malaya sudah tidak ada maka saya pilih Pas... Lihat seterusnya..." saya katakan juga bahawa parti pilihan saya jika Pas tidak perjuangkan Islam ialah DAP. Tapi kini Allah telah tunjukan jalan dan apa yang saya pendamkan, saya hanya menyokong Pas kerana Pas menentan UMNO. Saya akan sokong apa saja parti yang menentang UMNO tetapi hati saya kini begitu rindu sekali dengan perjuangan rakyat yang sebenar

Reply

assalamualaikum, saya ingin berkongsi dan menyumbang fikiran di dlm tajuk yang di ajukan di dalam blog ini, mengikut apa yang saya faham agama islam adalah agama dari Allah, agama yang punya nilai di sisi Allah hanya dengan ilmu, faham, yakin dan ikhlas seperti yang ditetapkan oleh Allah dan diamalkan oleh Rasulullah.semua ini bole didapati dari Al-Quran dan Al-hadis.ulama pula menerangkan makna sekiranya terdapat kesamaran dari kedua sumber di atas.Banyak lagi cabang agama Islam yang mana saya tak bercadang untuk memanjangkan komen saya ini.Saya kira org Islam memahaminya seadanya.maka jelas sekarang Islam adalah dari Allah, umat Muhammad terpecah kepada 73 golongan, hanya 1 yang ke syurga, yang lain ke neraka.jadi amat penting untuk umat Muhammad memastikan dirinya berada di dlm golongan yang ke syurga ini tanpa menafikan wujudnya 72 golongan yang masih diiktiraf sebagai umat Muhammad yang akan ke neraka.jadi macam mana nak pastikan diri kita termasuk dalam golongan yang ke syurga?beberapa ayat al-quran dan beberapa hadis sahih nabi menerangkan bagaimanakah caranya, iaitu mesti mengikut al-Quran dan al-Hadis seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad.tak ada cara lain, tak ada isme lain, tak ada ideologi lain.hanya senya itu sahaja.di dalam mengamalkan agama ini, sepanjang zaman sehingga kini, umat islam di seluruh tempat menghadapi berbagai2 rintangan, berbagai halangan, berbagai masalah dari pelbagai jenis dan asal tempat dari berbagai pihak musuh Islam.jadi di dalam menghadapi pelbagai masalah inilah umat islam menggunakan pelbagai cara, method, pemikiran dan penyelesaian dari petunjuk 2 sumber Islam tadi dan juga dari lain2 cara, method dan pemikiran.ada yang mengunakan hanya dari 2 sumber Islam, ada yang menggabung dengan di buat penyesuaian agar tak lari dari apa yang telah digariskan oleh islam, ada yang tak tetap pendirian, sekejap beramal seperti tuntutan Islam, sekejap lagi menggunakan cara, method dan pemikiran yang tak selari dengan Islam, dan ada juga yang terus menggunakan cara, method dan pemikiran yang asalnya bukan dari islam.Jadi penting untuk kita mengenalpasti di dalam golongan mana kita berada, kerana dengannya kita akan insyaAllah akan kenal di dalam golongan mana dari 73 golongan umat Muhammad kita berada!setelah kita yakin, kita amalkan lah apa yang kita yakini, diatas keyakinan inilah kita akan bertemu dengan Allah dan Rasulullah.saya tak mengatakan kepada mana2 golongan dari umat Muhammad, samada dia pejuang demokrasi, secular, komunis, wahabi, syiah dan banyak lagi.Saya nyatakan ini untuk sama-sama kita renungi kerana agama Islam adalah agama Nasihat dan tiada paksaan di dalam agama!

Reply

Saya nak cari abu nuqman, Insyaallah, saya nak bawa dia keperkampungan Sukhirin..

Reply

Alaikumussalam,
Saudara Abu Nuqman, terima kasih kerana sudi meninggalkan ulasan di sini.
Yang menjadi masalah di sini ialah komunis tak pernah mencerca mana-mana agama pun. Akan tetapi mengapa kita yang beriya-iya benar mencerca mereka sehingga dilabelkan sebagai buruk, bencikan agama dlsbg.
Yang peliknya mengapa kita mengambil alasan dari pihak penjajah atau kaum kapitalis untuk memburukkan komunis?
Kaum penjajah tak akan membiarkan fikiran komunis berkembang kerana membahayakan sistem mereka.
Kita lihat betapa buruk kaum kapitalis / imperialis. Contoh serangan ke atas Iraq oleh penjajah USA dan sekutunya sudah cukup jelas membuktikan hal ini. Di mana mereka letanya PBB? Di mana senjata nuclear yang di war-warkan? … semuanya propaganda bohong untuk menghalalkan pencerobohannya.
Begitulah juga yang berlaku ke atas kaum komunis.

Reply

Categories

Pengikut