ULANGTAHUN RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT


PSM STATEMENT : 3 FEBRUARY 2010 ULANGTAHUN RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT



Esok genap setahun Pakatan Rakyat(PR) di gulingkan di Negeri Perak dan Barisan Nasional (BN) diketuai Najib Razak merampas kuasa dengan cara yang tidak sah dan yang bertentangan dengan aspirasi rakyat dan prinsip demokrasi.


Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekali lagi mendesak Menteri Besar BN Dr. Zambry Abdul Kadir membubarkan DUN Perak untuk membolehkan rakyat menentukan kerajaan keinginan mereka melalui pilihanraya.


Semua pihak menantikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan memberikan penghakiman dalam kes keesahan Menteri Besar Perak.. Keputusan Mahkamah samada berpihak kepada Zambry ataupun Nizar itu tidak akan menyelesaikan masalah ini. Pihak yang menang di Mahkamah nanti tidak akan mendapat legitimasi Rakyat selagi rakyat Negeri Perak tidak iberi Pilihan untuk mengundi Kerajaan.


Kenyataan Zambry yang mencabar Pakatan Rakyat supaya menggosongkan kerusi masing-masing sekiranya mereka mempunyai sokongan rakyat adalah suatu kenyataan yang tidak cukup matang dan berat sebelah. Jika Zambry mencabar PR menggosongkan kerusi mereka, adakah sanggup BN juga berbuat demikian. Tanpa kedua-dua pihak tampil kehadapan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah hanya satu tindakan sia-sia belaka.


Calon Pilihanraya Berikrar di hadapan rakyat


Pada masa yang sama PSM juga mengkritik amalan dan sikap parti-parti politik di Negara kita pancing-memancing calon yang menang dari parti lain untuk bersaing kuasa pentadbiran. Budaya politik melompat akan menghancurkan demokrasi rakyat negara kita ini dan membuka ruang kepada rasuah digunakan secara berleluasa.


Pada masa yang sama, PSM mendesak satu Undang-undang Anti-lompat digubal supaya calon parti yang melompat dikehendakai mengosongkan Kerusinya untuk membolehkan pilihanraya diadakan. Pada masa yang sama, proses undang-undang ini juga harus memberi peluang kepada calon yang mengosongkan kerusi bertanding semula untuk melihat samada rakyat menyokong calon tersebut. Sehingga undang-undang ini masih belum digubal, semua parti politik dan calon bertanding dari mana-mana parti politik wajib mengambil surat akuan bersumpah dan berikrar di hadapan rakyat bahawa mereka akan meletak jawatan seandainya keluar daripada parti asal mereka.


Tindakan sedemikian bukan sahaja akan menghalang mana-mana calon opotunis yang cuba mengkianati hak dan kepercayaan rakyat dengan sewenang-wenangnya selepas menang dalam pilihanraya. Malah rakyat juga akan dapat menilai kredibiliti calon itu dan parti politik yang memperdagangkan hak rakyat untuk kepentingan kuasa politik semata-mata


Isu kos yang tinggi sebagai alasan untuk Pilihanraya tidak diadakan adalah satu alasan yang yang meleset kerana hara demokrasi jauh lebih tinggi nilainya.


Kenyataan Dikeluarkan Oleh


Segar @ Kunasekaran

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM dan Ketua Biro Jaringan Nasional Parti

016-5582644

--
visit our website at
http://parti-sosialis.org

Categories

Pengikut