TAHUN BARU CINA: MENZIARAHI RAKAN SEPERJUANGAN DI SUKHIRIN

Masyarakat Cina atau Tionghua negara kita telah merayakan TAHUN BARU CINA secara meriah. Bagi bekas perajurit TRM Cina bukan saja merayakan dengan kaum keluarga, tetapi juga dengan rakan seperjuangan yang menetap di kampung-kampung perdamaian di kawasan Selatan Thai.

Pada 17 Februari, serombongan rakan seperjuangan Cina telah berkunjung ke Kampung Perdamaian Sukhirin untuk memberikan kehangatan TAHUN BARU CINA kepada rakan seperjuangan Melayu/ Islam Rejimen Ke-10. Mereka ialah bekas perajurit dari Pasukan Penggempur Ke-6 Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang bergerak cergas di Selangor, Perak dan Pahang dalam tahun-tahun 1970an.

Dalam kunjungan yang amat singkat ini, mereka menziarahi Abdullah C.D., Ibu Suriani dan rakan seperjuangan lainnya. Di samping itu mereka juga mengambil peluang merakam gambar-gambar kenangan dan bertukar fikiran untuk membangun ekonomi masa depan setiap bekas perajurit.

Semasa api perjuangan bersenjata sedang marak berkobar dalam tahun-tahun 60-an – 1980-an berbagai pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya / Tentera Rakyat Malaya yang terdiri dari berbagai kaum saling menyampaikan ucapan selamat dan tahniah sempena perayaan tradisional kaum masing-masing. di atas dasar saling hormat menghormati adat resam dan kepercayaan agama masing-masing. Ini bukan saja mencerminkan sebuah masyarakat harmoni di mana berbagai kaum saling bekerjasama dan bantu membantu, tetapi juga mencerminkan perpaduan raksasa kelas pekerja berbagai kaum negara kita.

Sepanjang sejarah masyarakat berbilang kaum negara kita, sentiment kaum dan agama sentiasa dimainkan oleh kaum imperialis dan kaum reaksioner untuk melemahkan perpaduan rakyat berbilang kaum. Semakin meruncingnya hubungan kaum, maka akan semakin kukuhlah kedudukan pihak berkuasa. Inilah logic kaum imperialis dan kaum reaksioner. Akan tetapi siasat licik kaum imperialis ini telah dipecahkan oleh perajurit-perajurit TPNM.

1 ulasan:

Salam, sdr Mat Amin. Kalau boleh tolong link kan sekali blog yang baru bernafas ini.


http://reformis-sosialis.blogspot.com/


terima kasih.

"Sosialisme ialah perjuangan rakyat tertindas. Hidup Rakyat!"


- REFORMIS JALANAN -

Reply

Categories

Pengikut