DEB DAN KELAS KAPITALIS BIROKRAT MELAYU

DEB telah mencapai matlamat dengan penuh kejayaan. Kejayaan terpentingnya ialah melahirkan kelas kapitalis birokrat Melayu yang menindas dan memeras rakyat pekerja Melayu khasnya dan rakyat pekerja semua kaum amnya. Kalau dulu kita lihat syarikat-syarikat British dan syarikat monopoli asing lainnya menjuarai ekonomi negara kita, tetpi sekarang kita dapat lihat syarikat-syarikat milik kapitalis birokrat Melayu yang bekerjasama dengan kapitalis birokrat bukan Melayu mendominasi ekonomi negara. Dengan itu lahirlah jutawan-jutawan Melayu yang terdiri dari kaum kerabat pemimpin-pemimpin UMNO atau Barisan Nasional.

Sama seperti penjajah British, kelas kapitalis birokrat telah membolot kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada kroni-kroninya sedangkan rakyat pekerja semua kaum tetaplah di jurang kemiskinan.

Untuk mengetahui lebih jelas bagaimana pihak berkuasa UMNO mengeruk kekayaan negara untuk kroni-kroninya dengan lebih jelas, sila baca http://chegubard.blogspot.com/

Jawatan PM Najib Lonjak Nazir Antara Individu Terkaya Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Feb - Tindakan Umno-BN bersama kroni mengumpul kekayaan melalui penyalahgunaan kuasa bukan sahaja melambangkan 'kerakusan' untuk terus mempertahankan kuasa serta kedudukan tetapi sebaliknya bertujuan menambah beban rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shahrin atau CheGuBard menyelar demikian ketika mengulas pendedahan senarai Malaysian Business yang melaporkan adik Perdana Menteri Datuk Seri Nazir Razak tersenarai antara 40 individu terkaya di Malaysia.

Nazir yang menguasai CIMB Group muncul dalam senarai itu kurang setahun abangnya Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham individu di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari tahun ini.

"Ketika zaman Dr Mahathir dahulu berapa banyak kekayaan yang disonglap beliau bersama kroni-kroninya termasuk anak beliau Mokhzani. Begitu juga Pak Lah yang begitu rakus membenarkan kaedah yang sama digunapakai untuk kepentingan anaknya, Kamaruddin sehingga pernah tersenarai antara yang terkaya di Malaysia. Sekarang, Najib pula berjaya memasuki dalam kategori sama mengaut harta secara gelap untuk diberikan kepada adiknya, Nazir, bersama ribuan kroni-kroni mereka," kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.

Beliau juga membidas kepimpinan rejim Umno-BN yang mementingkan kekayaan namun tegar mengenepikan kepentingan rakyat termasuk menghancurkan masa depan orang Melayu walaupun memerintah negara selama 50 tahun.

"Kita lihat sendiri bagaimana mereka sanggup meminggirkan bangsa sendiri menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada mulanya diwujudkan untuk membela orang-orang Melayu, tetapi gagal.

"Bukan itu sahaja, kekayaan mereka terus bertambah tetapi rakyat yang miskin semakin dihimpit beban yang tidak mampu lagi ditanggung berikutan kenaikan harga barangan termasuk harga minyak akan turut dinaikkan," jelas Badrul lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa rakyat untuk merubah lanskap kehidupan mereka bersama Pakatan Rakyat supaya jauh lebih baik berbanding di bawah pemerintahan BN.

Sementara itu Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkota “Raja Gula” tahun lepas masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion setahun lalu. - petikan suara keadilan

1 ulasan:

mat amin..tlb baca ni

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25119:-pakatan-akan-sedia-lebih-platform-untuk-suarakan-pandangan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125

Kalau kita boleh panggil kawan kita (dalam Pakatan Rakyat) sebagai komunis, itu adalah sesuatu yang di luar batas susila sebagai Ahli Parlimen atau Adun,” jelasnya.

umno=bn=pr
same je sume

Reply

Categories

Pengikut