TERIMA KASIH MAT SABU


Pada 14 Disember lalu, Tuan Haji Mat Sabu bersama satu rombongan telah melawat Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Teritimewa dalam kunjungan itu, beliau telah menghadiah 4 buah Al-Quran yang dilampirkan terjemahan. Al-Quran terjemahan tersebut menjadi perhatian ramai warga, mereka datang ke rumah Pak Abdullah C.D. untuk melihat dan tak kurang juga yang berhasrat ingin memilikinya. Rata-rata mereka berpendapat, Al-Quran bukan setakat dibacakan, tetapi yang teramat penting adalah pembimbing bagi kita. Menggunakan bahasa yang kita fahami, sudah pasti kandungan kitab suci tersebut dapat dihayati dengan lebih mudah.

Selain itu, ketika melawat Kampung Perdamaian Sukhirin, beliau telah berniat untuk menyembelih 2 ekor kambing untuk dijamu bersama para warga. Akan tetapi, niat beliau tidak kesampaian kerana masa yang terlalu suntuk. Bagaimanapun, sebelum meninggalkan kampung perdamaian, beliau telah menghulurkan sejumlah derma, berharap warga sini menunaikan niat beliau.

1 ulasan:

cerita ziarah ke kampung perdamaian juga telah disiarkanoleh akhbar SIASAH edisi terkini

Reply

Categories

Pengikut