SIAPA PETUALANG YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PERANG DALAM NEGERI


1. "Adakah Tunku menyesal dengan kegagalan rundingan ini?" Tanpa diduga, Said Zahari dibalas dengan jawapan, "No, I am not. I never wanted it to be a success." (Tidak, saya tidak (menyesal). Saya tidak pernah mahukan ia berjaya.)" ( Said Zahari: Tunku Tidak Berniat Selesaikan Dengan Chin Peng http://www.merdekareview.com)

2. "Padahal Chin Peng mahu tamatkan peperangan di situ," kata Said Zahari, "Apa yang terdapat dalam perjanjian 1989 sebenarnya could have been achieved in 1955. (Rundingan Baling?) Yes! The same thing, tapi Tunku tak mahu..sebab tu dia kata, 'memang aku tak mahu selesaikan'. This is the proof (Ini buktinya)." ( Said Zahari: Tunku Tidak Berniat Selesaikan Dengan Chin Peng http://www.merdekareview.com)

3. Tanggal 9 Disember, Saudara Chen Ping telah sekali lagi mengirim surat kepada Perdana Menteri dalam mana dimaklumkan kepada kerajaan bahawa pihak kami bersedia mengutus Saudara Rashid Maidin dan Saudara Chen Tien sebagai wakil pihak kami untuk mengadakan rundingan pendahuluan dengan wakil kerajaan. Dalam surat itu, Saudara Chen Ping menegaskan bahawa perundingan yang hendak kami adakan dengan pihak kerajaan itu langsung tidak kena mengena dengan apa yang disebut penyerahan diri itu, dan menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan pun telah berjanji kepada rakyat hendak menamatkan Darurat, maka Kerajaan Perikatan patutlah ikhlas menamatkan peperangan sebagai mana parti kami, patutlah mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami bersendikan prinsip penghentian perang dengan tidak bersyarat. Mengeluarkan omong-omongan menyerah diri yang langsung tidak berpatutan itu sama sekali tidak beralasan. Ini semata-mata menunjukkan ketidak ikhlasan bagi menamatkan peperangan dan bagi mencapai persetujuan yang adil dan menasabah. Sekiranya pihak kerajaan benar-benar ikhlas mahu menamatkan peperangan serta ingin mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami, maka Saudara Chen Ping meminta kepada Tunku supaya mengatur tempat dan haribulannya supaya wakil pihak kami dapat menghadiri rundingan pendahuluan itu. Demikianlah surat Chen Ping itu. (Abdullah C.D. – Sikap PKM Terhadap Perundingan Baling)

4. Dalam Perundingan Baling pada tahun 1955, pihak kami telah berusaha untuk menamatkan perjuangan bersenjata dan mewujudkan perdamaian demi sama-sama mengisi kemerdekaan yang tercapai tak lama kemudian. Akan tetapi, kerana berbagai sebab, perundingan itu gagal. Maka konflik bersenjata pun berterusan. (Abdullah C.D. : KENYATAAN AKHBAR ABDULLAH C.D.)

5. Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Drurat, Memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak menasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut. (Manifesto PKM 5 Mac 1956: MENGAPA PERANG DALAM NEGERI MASIH BERLANGSUNG SELEPAS MERDEKA)

Nah, sekarang fikirlah sendiri siapa petualang sebenarnya yang mengakibatkan berlakunya perang dalam negeri.

1 ulasan:

Tanpa Nama mod

Mana zulkifli nordin tak nak ulas ke??

Reply

Categories

Pengikut