PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH PADA MASYARAKAT BUKAN ISLAM

- Pandangan Dr. Nasir Hashim -
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia

Pertikaian terhadap penggunaan perkataan Allah sudah merebak dan berpanjangan apabila Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KDN) tidak membenarkan penggunaan istilah tersebut. Kes ini telah di bawa ke Mahkamah. Mahkamah telah membenarkannya dan KDN pula telah membuat rayuan.

Walhal sejak zaman Nabi Adam istilah Allah sentiasa di gunakan termasuklah zaman Nabi Musa dan Nabi Isa. Zaman Nabi Muhammad SAW membenarkan agama kaum Yahudi dan Nasrani menggunakan perkataan Allah di mana-mana sahaja.

Di Sabah dan Sarawak pula, padri-padri sudah berpuluh tahun menjalankan upacara ibadah dalam Bahasa Malaysia dan menggunakan perkataan Allah di dalam gereja masing-masing.

Malangnya sebahagian dari masyarakat Islam berpandangan bahawa perkataan Allah adalah untuk orang Islam sahaja. Mereka mensyaki bahawa perkataan Allah sengaja disalahgunakan untuk mengkritiankan orang Islam; menggelirukan penganut Islam dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Islam.

Sepatutnya penganut Islam yang curiga ini patut bersyukur kerana orang Bukan Islam juga mahu menggunakan perkataan Allah di dalam kehidupan harian mereka.

Kerana perkataan Allah memberi makna bahawa tuhan itu Satu. Yang tauhid. Yang tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya. Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Memberi pengakuan sepenuhnya terhap syuhadah ‘La Illah Ha Illallah’ iaitu ‘ Tiada nyata hanya Allah’ atau ‘Tiada tuhan yang ku sembah melainkan Allah’

Pengakuan ‘Ya Rabbil Alamin’ di dalam Surah Al-Fatiha juga memberi peringatan kepada kita bahawa Allahlah yang memiliki dan menguasai seluruh alam’

Al Quran juga menyebut bahawa Allah sendiri akan melindungi rumah ibadah bagi orang-orang Bukan Islam. Betapa sayangNya Allah kepada makhluk-makhlukNya yang terdiri dari berbilang kaum, agama dan warna. Dan barang sesiapa yang mengingkari perintah ini telah pun menderhaka kepada Allah SWT.

Allah bersumpah bahawasanya Allah sendiri memastikan Islam dan Al Quran dipeliharaiNya untuk selama-lamanya. Terdapat orang-orang Bukan Islam di negera Jepun, Eropah dan Negara-negara lain sungguh tertarik dengan lukisan khat yang menyebut nama Allah dan kalimat-malimatNya.

Mereka yang Bukan Islam ini sanggup mempamerkan nama dan ayat-ayat Allah di ruang tetamu mereka kerana nama dan ayat-ayat ini sudah menyentuhi jiwa dan hati sanubari mereka.

Maka salahkah mereka yang Bukan Islam ini menggunakan perkataan Allah di dalam berbicaraan dan penulisan mereka. Mungkin ada mukjizat yang paling besar dan amat bermakna. Mungkin kita tidak mengetahui dan memahami tentang mukjizat ini. Wallahualam.

Pada hakikatnya, bukankah agama Islam ini agama sejagat, untuk semua manusia termasuklah makhluk haiwan, tamanam dan juga yang nyata dan yang luar jangkauan kita.

Soalnya mengapakan orang Islam sendiri sanggup menyempitkan kegunaan perkataan Allah yang seharusnya menjadi milikan sejagat.

Soalnya lagi, adakah kita takut pada bayangan sendiri, kelemahan sendiri lalu mudah sangat melatah, seolah-olah akidah dan iman akan tergugat serta pupus apabila penganut Bukan Islam menggunakan perkataan dan ayat-ayat Allah.

Janganlah perlekehkan agama sendiri. Islam adalah agama yang terbuka dan progresif. Maka itulah Al Quran tidak luntur, tidak kekang dan tidak akan di telan zaman. Sepatutnya cendikaiwan Islam mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang Bukan Islam kerana sudi menggunakan perkataan Allah kepada penganut-penganut mereka.

Walaupun tidak disenangi oleh sebilangan penggnut Islam, namun mereka yang mahu menggunkan nama Allah ini sanggup dicerca dari semua pihak dan masih mahu memasuki mahkamah kerana ingin sangat menggunakan perkataan Allah kepada pengikut-pengikutnya..

Kami percaya Cendiakawan Islam dan agensi-agensi Islam sudah mencukupi dan berkebolehan untuk memantau dan menegur mana-mana pihak yang telah menggunakan nama dan kalimah Allah dengan secara yang tidak tepat. Dan teguran boleh dilakukan bukan dalam keadaan bermusuhan tetapi dalam keadaan saling hormat menghormati.

Isunya mengapa sensitive sangat, seolah-olah dunia ini akan kiamat sekiranya penganut agama lain menggunakan nama Allah. Kalau kita tidak mengizinkan mereka menggunakannyanya maka kita akan didakwa menyempitkan agama sendiri dan benar-benar tidak memahami ayat ‘rabbil alamin’.

Yang dikhuatiri dan menyedihkan adalah, kemungkinan besar kesemuanya ini tidak berkaitan langsung dengan penggunaan perkataan Allah tetapi sudah ada agenda sendiri, agenda politik yang cuba melaga-laga dan memecah-belahkan rakyat berbilang kaum, fahaman politik dan agama . Maka seperti yang disebut di dalam Al Quran bahawa kita telah menjual (mengorbankan) agama kita dengan harga yang murah. Lagi pun kita sudah lama memperduakan Allah dengan mempertuhankan kepada nafsu, politik, keuntungan, kuasa dan kedudukan.

Semoga kewarasan dan keimanan mendahului segala-galanya.

Dr. Nasir Hashim

--
visit our website at
http://parti-sosialis.org

3 ulasan

LebaiKampong mod

ISLAM FOR ALL
ALLAH FOR ALL

Reply

Allah mahu semua manusia patuh kepada ajaran agama Islam..
Agama yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW..
agama kaum yahudi dan nasrani tu dah terpesong dari ajaran sebenar nabi / rasul sewaktu zaman mereka..
sesunggunya Allah dah melaknat kaum-kaum ini..
kaum-kaum ini tidak pernah putus asa untuk menjatuhkan Islam..

Reply

Dari Allah kita datang
Kepada Allah juga kita kembali

Seluruh alam menyebut Allah
(berZikir dlm bahasa masing masing)tiada hentinya siang dan malam

maka apakah kita
mahu jadi penghalangNya ??

LebaiKampong

Reply

Categories

Pengikut