PELANCARAN BUKU THE FAJAR GENERATION


PELANCARAN BUKU THE FAJAR GENERATION
THE UNIVERSITY SOCIALIST CLUB AND THE POLITICS OF POSTWAR MALAYA AND SINGAPORE

Disunting oleh Poh Soo Kai, Tan Jing Quee and Koh Kay Yew

361 mukasurat (termasuk indeks dan gambar) (English)
282 mukasurat (termasuk gambar) (Chinese)

ISBN 978-983-3782-86-4 (Pb) (English) RM50
ISBN 978-983-3782-87-1 (Hb) (English) RM100
ISBN 978-983-3782-88-8 (Pb) (Chinese) RM38

The Fajar Generation mencerita kisah-kisah luar biasa yang sehingga kini masih diabaikan atau sengaja di bubarkan dari sekumpulan lelaki dan wanita yang mengemukakan agenda radikal -- anti-kolonialisme, demokrasi, multi-culturalisme dan keadilan sosial melalui kelab Sosialis Universiti Malaya. Melalui memoir-memoir peribadi dan artikel-artikel analisa, buku ini telah menyatakan peranan mereka masing-masing dalam perjuangan zaman itu – harapan dan kekecewaan, kejayaan dan kekalahan. Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita bahawa masih banyak agenda politik yang progresif dalam kontemporari Malaysia dan Singapura yang perlu dijanakan oleh kita.

“Buku ini mencatitkan pengalaman dan sifat peribadi tokoh-tokoh yang pernah menyumbangkan akal dan tenaga untuk kebebasan dan kemerdekaan Malaya dan Singapura”.

Pengasas MDU Lim Kean Chye memberi penghargaan kepada kumpulan intelektual yang berpendidikan English dalam buku ini melalui pra-katanya. Mereka bukan sahaja mengecimpungkan diri dalam perjuangan, malah mengorbankan kebebasan peribadi untuk satu cita-cita iaitu menuntut kemerdekaan negara dan terus berjuang untuk masyarakat yang lebih adil.

-Dr Lim Hock Siew

Pelancaran Buku

Tarikh: Sabtu 9 Januari 2010, 2.00-5.00 Petang

Tempat: Kompleks Penyayang, Jalan Utama, Penang
(Bersebelahan kediaman Gabenor)

Program:
  • Kata alu-aluan oleh Organizer
  • Persembahan video
  • Perasmian pelancaran buku

Sila hubungi Chong Ton Sin 136 379 7231

Co-organisers

Strategic Information and Research Development Centre

11 Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Tel: +603-7957 8342/8343 Fax: +603-7954 9202

Email: sird@streamyx.com or gerakbudaya@pd.jaring.my

Website: www.gerakbudaya.com


Categories

Pengikut