INI SEMUA KERJA ORANG GILA LAH...

penjualubat

http://penjualubat.wordpress.com/

Kerja gila yang berlaku akhir-akhir ini..

1. Orang UMNO gila..

UMNO menjadi gila bila begitu lantang membantah penggunaan nama ‘Allah’ oleh Majalah Herald sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah kisah pun tentang Islam.


2. Orang PAS gila..

Terdapat ahli-ahli PAS turut sama jadi gila apabila sanggup bersatu dengan UMNO mengadakan demontrasi, UMNO gila..mereka pun ikut sama jadi gila..

3. Gila babi..

Seorang individu melaungkan “bakar gereja” semasa protes anjuran AMIS (Angkatan Muda Islam Selangor) di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam jumaat lalu. Pernah tengok orang ‘gila babi’? Macam tulah perangainya..

4. Gila cari penyakit..

Terdapat beberapa pihak tertentu membuat percubaan untuk membakar beberapa buah gereja sebagai tanda membantah penggunaan nama ‘Allah’, yang ini gila cari penyakit..

5. Tiba-tiba gila..

Ada NGO begitu lantang berdemontrasi tempohari, tiba-tiba pergi jadi pengawal digereja pula sekarang ini. Kasihan..tiba-tiba jadi gila..

6. Yang ini sah gila..tengoklah buktinya..

Perdana Menteri berkata keadaan adalah terkawal tetapi Menteri Dalam Negeri pula berkata mahu menggunakan ISA bagi menyelesaikan segala masalah yang berlaku. Yang ini sah kedua-duanya gila..

---
posting asal: Ini semua kerja orang gilalah.. (http://penjualubat.wordpress.com/2010/01/13/ini-semua-kerja-orang-gilalah/)

Categories

Pengikut