DATOK ONN DAN KIAI SALLEH DALANGI PERISTIWA PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI JOHOR


Sekarang marilah kita melihat sejumlah fakta tentang peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa di beberapa negeri yang didalangi dan dirancang oleh fasis Jepun dan imperialis British menjelang dan selepas kekalahan Jepun di Malaya.

Pada tahun 1945, dalam masa sebelum dan sesudah fasis Jepun menyerah diri di Johor telah berlaku peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang didalangi fasis Jepun. Mereka menggunakan Onn bin Jaafar yang ketika itu merupakan Pegawai Daerah Batu Pahat dan Kiai Salleh yang ketika itu menjadi panglima kumpulan parang panjang untuk merancang dan mencetuskan peristiwa itu. Salleh menggembar-gemburkan konon orang boleh menjadi kebal dengan memakai azimat yang dijualnya. Orang Jepun melalui dua orang bangsat telah mempersenjatai anggota-anggota parang panjang di Batu Pahat dan Muar supaya membunuh orang Tioanghua. Fasis Jepun secara mencuri-curi telah menyembelih babi dan mencampakkannya ke dalam masjid Kampung Bagan Serai, Batu Pahat dan memfitnah orang Tionghua di situ bertanggungjawab melakukannya. Kerana tertipu oleh hasutan dan fitnahan musuh, orang Melayu menjadi sangat kepada orang Tionghua. Kemudian atas arahan Jepun dan dengan bantuan 1 platun tentera Jepun, Onn bin Jaafar dan Kiai Salleh telah mengerahkan kumpulan parang panjang melancarkan pembunuhan ke atas orang Tionghua secara besar-besaran. Mereka telah membunuh ratusan orang dan mencederakan ribuan orang Tionghua di kawasan Batu Pahat, Senggarang, Rengit dan Benut dan telah membakar banyak kampung orang Tionghua. Massa rakyat Tionghua itu terpaksa berundur ke dalam hutan meminta perlindungan tentera kita. Mereka meminta senjata untuk melawan. Akan tetapi, kawan-kawan kita dengan sabar menjelaskan polisi parti bahawa, kita hanya boleh ambil sikap membela diri, dan sekali-kali tidak boleh pergi menyerang.

Beberapa hari kemudian, ketika tentera Jepun dan kumpulan parang panjang mara ke Pontian, TAJRM terpaksa bertindak. Satu pagi, tentera fasis Jepun telah datang menyerang kampung Tionghua dengan membawa bersama meraka ribuan anggota parang panjang. Mula-mula TAJRM berseru kepada massa yang tertipu dan diugut, mendedahkan komplotan jahat imperialis Jepun. TAJRM menerangkan bahawa orang Melayu dan Tionghua bukan musuh, tetapi adalah saudara yang sama-sama ditindas oleh fasis Jepun, bahawa musuh bersama kita ialah fasis Jepun dan menasihati orang Melayu yang tertipu itu supaya meletakkan parang mereka. Akan tetapi, tentera Jepun yang amat ganas mengugut mereka dengan senjata dan memaksa mereka menyerbu TAJRM. Untuk membela diri dan menghancurkan komplotan imperialis Jepun, TAJRM terpaksa menyerang balas. Seluruh platun tentera Jepun itu telah dibasmi dan senjata mereka semuanya dirampas oleh tentera kita. Bersamaan dengan itu, sejumlah anggota parang panjang telah terbunuh dalam pertepuran. Di bawah keadaan demikian, massa yang tertipu dan diugut telah beramai-ramai meletakkan parang mereka. TAJRM telah menangkap beberapa orang yang didedahkan sebagai benggolan parang panjang di situ juga. Seterusnya TAJRM segera dihantar ke beberapa buah kampung untuk menghimpunkan massa dan mempropagandakan polisi parti komunis dan TAJRM. Massa telah memahami lebih lanjut pendirian parti komunis. Ramai orang telah menggugat jenayah fasis Jepun dan membongkarkan semua orang yang menjadi benggolan parang panjang. TAJRM menyatakan bahawa para benggolan itu boleh dilepaskan kalau ada massa yang mahu menjamin bahawa mereka tidak melakukan kejahatan lagi. Akibatnya kebanyakan benggolan tersebut telah dilepaskan kerana adanya jaminan daripada massa. Hanya beberapa kerat saja yang tidak ada seorang pun yang mahu menjamin telah dijatuhi hukuman yang setimpal. Setelah perhimpunan itu, kesedaran massa telah ditingkatkan lebih lanjut. Ramai di antara mereka telah menyertai gerakan revolusioner yang dipimpin parti komunis dan sesetengahnya telah menyertai perjuangan bersenjata anti-British pada bulan Jun 1948.

Dengan pembongkaran dan bantuan massa rakyat, TAJRM telah masuk ke Batu Pahat dan telah menangkap biang keladi peristiwa pembunuhan besar-besaran itu, iaitu Onn bin Jaafar dan seorang benggolan polis wargengara Jepun. Sungguhpun Onn bin Jaafar telah terbukti kejahatannya, tapi TAJRM tetap melaksanakan polisi bermurah hati terhadapnya dan telah melepaskannya setelah dia menyatakan kesediaan hendak bertaubat. Sedangkan benggolan polis warganegara Jepun itu telah dikenakan hukuman mati dengan segera.

Di Muar, Onn bin Jaafar juga telah menghasu orang Melayu supaya menyerang dan membunuh orang Tionghua. Satu malam, kira-kira 3,000 anggota penyokong kumpulan parang panjang telah mara beramai-ramai dari seberang Sungai Muar dengan bersenjata lengkap sambil membawa obor untuk menyerang orang Tionghua di sebelah sini. Di sebelah sini terdapat 1 platun tentera kita member perlindungan kepada orang ramai. Mereka bertalu-talu member amaran supaya orang parang panjang jangan menyerang dan mengamuk membunuh orang yang tidak berdosa. Akan tetapi, kerana penyerang-penyerang itu tetap berdegil mahu menyeberang juga, kawan-kawan kita terpaksa melepaskan tembakan yang mengakibatkan semua anggota parang panjang itu berpatah balik dan tidak jadi menyerang pada malam itu.

Dalam pada itu, akibat peristiwa di Batu Pahat, massa rakyat Tionghua telah melarikan diri ke Parit Jawa dan meminta perlindungan daripada 1 kompeni TAJRM yang bergerak di situ. Akan tetapi mereka terus diburu oleh orang-orang parang panjang. Bertolak dari prinsip membela diri dan melindungi nyawa orang ramai, kawan-kawan kita telah bertahan di tepi sebatang anak sungai dan berseru kepada anggota-anggota parang panjang supaya jangan menyerbu. Beberapa orang kawan Melayu telah tampil ke depan member nasihat kepada mereka supaya jangan berbunuhan sesama sendiri, serta menunjukkan bahawa massa rakyat Melayu dan Tionghua tidak bermusuhan; baik orang Melayu mahupun orang Tionghua kedua-duanya sama ditindas dan menghadapi musuh yang sama iaitu fasis Jepun. Malangnya, anggota-anggota parang panjang enggan mendengar penjelasan dan amaran itu, bahkan mereka terus mara dengan menghayun parang mereka. Akhirnya, di bawah keadaan terpaksa, kawan-kawan kita pun melepaskan tembakan dan berjaya mengundurkan penyerang-penyerang itu.

bersambung dengan: Pembunuhan Bangsa-Bangsa Di Sungai Manik

35 ulasan

gen2 selempang merah mod

wei...tu kg aku la..
ko jangan jual temberang..
aku dah berpuluh tahun kat kg ni..
tau la cerita yg sebenar..

Reply

agak2 ler nk buat crite,, nk menjatohkn bngse melayu je kejenye,,

Reply
cucu-cicit KIYAI mod

Anda yang sewajarnya bertaubat...

Reply

bodoh la kau ni...
ape yg keu cerita ni karut la setan....
buta sejarah punya orang!!!!

Reply

Saudara, motif tulisan saudara tak lebih kepada menjadi talibarut org2 asing yg ingin memerintah tanahair ini dari genggaman melayu. Tiada langsung perasaan kasih dan sayang terhadap bangsa sendiri yg disiksa terlebih awal oleh komunis cina bintang 3. Jgn jadik PELACUR bangsa asing...Saya berharap sangat utk bersua muka dgn saudara jika saudara anak jantan...sila....saya 'menjual" pd saudara. Sila beli...harap sedia

Reply

jangan putar belitkan sejarah la bangsat...!!Datok Onn dan Kiai Salleh bukan sehina macam yang ko ceritakan bangsat...!!!

Reply

AKU GENERASI KEDUA ANAK PENGIKUT SELEMPANG...PKM MEMANG PATUT DITENTENG HABIS-HABISAN

Reply
Tanpa Nama mod

kenape mesti bangga dgn pkm?
terang2 nk menjatuhkan MELAYU!
memfitnah MELAYU!
komunis mane ade agama, jgn ckp ISLAM la!

Reply

Toksah cuba-cuba menjadi bara dalam sekam..... pikir dulu sebelum berkata-kata. Baca, dengar dan analisis... jangan main cedok jer...

Reply
Tanpa Nama mod

history is written by the winners
korg semua bangga sangat ngan taraf melayu tu, bukak sikit hati dan minda dan doa ngan tuhan mintak d tunjukkan jln yg benar
aku pun tatau betul ke tak tp yg konfom pemimpin la ni mmg fasik dan jahil, cam korg gak ar, nak kondem buat la elok2 sikit, sikit2 mencarut, yg kata komunis bukan islam tu mmg sah2 pro bn hahaha, xpe2, semua ni takdir, kita tunggu nabi isa turun tgk sapa yg betul
wallahua'lam

Reply
Tanpa Nama mod

rilek.. ni blog komunis... smestinya la x sama dgn knyataan sbnar pasal pemerintahan 14 hari PKM tu... baca je tulisan dongeng hamba Marx dan Engles ni.. nk harap diorg nk puji kiai salleh, dato onn ?.. puiii

Reply

anon 29 Julai 2011 12:02 PM,

history is written by the winners, opinion yg betul.

tgk cam singapura punye history ade ke dibuka oleh stamford hak tuih... ko ade tgk ke history chanel a history of singapore docu ke tgk star world aje. docu paling hak tuih pernah aku tgk.

kalo geng2 pakatan memerintah tentu selempang merah yg jd org jahat dlm docu yg korang buat pastu tyg kat history chanel hak tuih.

langkah mayat aku dulu atuk aku dulu selempang merah

cam sial geng2 ni semua geng2 dajal

Reply
Ambok Ibrahim mod

apa yg aku baca semuanya p'bohongan belaka.. sesiapa yg nk sebarkn ideologi komunis, LANGKAH MAYAT AKU DULU!!!

Reply

kia salleh tu silap hari bulan mamak kan mengamal ilmu hitam kalau tak caya camna dia menuntut ilmu al kisah cerita dia pasang benang untuk masuk kerumah gurunya belah malam kerana gurunya sendiri dah pasong rumah dia utk mengelak kecurian

Reply

Saya mohon anda kemukakan sumber maklumat supaya penulisan anda dapat dipertanggungjawabkan, terutama untuk entry ini.

Reply

Kepada Tanpa Nama:

Catatan ini adalah pengalaman yang dialami sendiri oleh Jabatan Kerja Melayu PKM bahagian Johor yang dipimpin Jasman dan bagagian PKM Johor. Jasman sendiri pernah dikepung dan dikejar oleh kumpulan parang panjang. Kawan2 Melayu Johor grup Jasman dan Grup Mat Indra tahu hal ini.

Reply

Gen2,kalau kg.ko..masa peristiwa nie ko Ada?
Korang semua xyah mcm yeye laa..
Kalau dah bangsat,bangsat juga..
Sape pejuang sebenar?mesti korang kata tu ku Abdul razak spun Abdul Rahman..walhal,diaorg xpernah anglat senjata pun..
Diaorg,British yg kawal...
Dan knp nak bangga ngan selempang Merah?bekerjasama ngan jin..kita xperlu kan kadam2 spt 'jin'..
Itu pun xbole fikir..

Reply
Tanpa Nama mod

Arwah bapa saya (bekas saorang anggota polis-mata2) pernah menceritakn peristiwa ini yang memang berlaku pada zaman dia .Dan dia kata Kiai Salleh dan pengikunya memang disokong olih ramai orang Melayu .Akibat mainan Komunis-bangsa Cina ketika itu sudah melampau batas sehingga sanggup meletakn darah dan bangkai babi dalam mesjid.
Akibat dari sinilah bangkit kiai Salleh dgn pengikutnya mengajar bangsa Cina.Arwah ayah saya kata ketika peristiwa itu hanya orang Cina saja yg dibunuh bukan Melayu dan ini menjadi pantang dalam peristiwa amukan itu.

Reply
Tanpa Nama mod

berkata jangan sebarang kata. silap kata bawa padah.

aku merupakan keturunan ke-5 Hj. Kiai Salleh. Sejak kecil lagi aku sering dengar cerita ni dari arwah atuk aku, serta dari beberapa generasi pakcik aku. sememangnya kenyataan yg ditulis si bangsat ini salah.

nak gaduh? lu angkat telo lu dtg sini parit simen kalau ade telo! banyak keturunan Kiai Salleh benci penyokong komunis kat sini!

Arwah atuk aku juga merupakan pengamal ayat 4 sehingga 3tahun lepas.

mengenai seorang lahanat yg mengatakan pejuang sebenar adalah komunis, lu mmg nak kene pijak der. lu besar mana pun gwa tak longgar. kau, aku, kita sama saja. apa yg kau junjung, apa yang kau pikul, apa yang kau lafaz, kau, aku, kita sama saja! dulu british MENOLONG, bukan mengarah! dah buta sejarah nak buat2 celik.

atau atuk moyang kau tu komunis yang kene penggal dgn parang terbang?

Reply
Tanpa Nama mod

kahkahkah haktuihh...kiyai saleh n anak cucu haktuihhh....

Reply
Tanpa Nama mod

macamana nak buktikan kebenaran kat sini? tanya najib? tanya tuhan? tanya hud-hud?

Reply

ape la bodoh sejarah ko ni...ko datang batu pahat sini...meh ko dgr cite atok ak yg masih hidup n pnah bjuang sme2 ngan kiai salleh 2 dulu...meh dtg semerah,ade rmai lg pengikut kiai yg hidup kt c2...

Reply

Kiai salleh penipu mana ade parang terbang kalo parang boleh terbang x lah malaysia di jajah Bodoh betul aku sekampung ngan kiai salleh gak tp bukan saudara lah. Kalo parang boleh terbang x Yah dok beli kapal selam ke kete kebal mahal2 buat abih duit rakyat jer hahaha

Reply

Pndai la awk.. Just nk tanyer.. ko islam x.. Kalo islam cube bace sejarah perang badar ngan perang uhud.. lepas tu kaitkan ngan kiyai salleh blk.. Ak rase blh jawab ko persoalan ko pasal nk beli kapal selam kete kebal bagai..

Reply

kisah parang terbang yang bunyi macam tak masuk akal tu datang dari mulut orang2 biasa... bukannya dari tentera selempang merah yang claim benda2 tu. biasa la kalau cerita2 pahlawan ni, orang melayu suka tokok tambah, sejengkal jadi sehasta etc.

tapi jangan la jadi bodoh, disebabkan perkara picisan tu sampai nak maki hamun kiyai salleh. tenangkan sikit kepala otak tu, perjuangan tentera selempang merah memang benar2 berlaku, tak kira la parang terbang atau tidak tapi yang nyata kekejaman komunis bangsat berjaya dikekang.

Reply
Tanpa Nama mod

Dah baca sejarah dua2 perang tu. Tp maybe ada yg miss but the point Nak bagi tau bangsa Melayu terlampau taksub dgn pekara tahyul sometime merosakkan akidah parang terbang selempang merah azimat or whatever. Mmg ada yg bertaraf wali. Tp pikir balik dpt selempang or air jampi boleh kebal kalo x sembahyang pon x pe asal dpt air jampi tuhan bagi kekebalan. Nabi Muhammad, Nabi isa pon berjuang tp x semudah tu yg penting pengikut beriman. Kat batu pahat org sanggup cari selendang tersebut dan taksub dgn ayat 4 utk jd kebal tp sembahyang pon x betul ke macam tu. Terlalu taksub dgn tahyul menjadi khurafat. Ps aku pun ada ilmu parang terbang kalo Nak belajar free jer...... Caranya ko baling jer parang tu terbang lah ia..... And tq kepada penulis blog menyebabkan aku banyak berfikir dan membaca

Reply
Tanpa Nama mod

Aku x paham la komunis kejam zalim. Penjajah British hero. Gadai nyawa tuntut kemerdekaan pengganas. Jadi anjing atau polis British wira. Malaysia merdeka tahun 1957 sebelum tu dijajahkan British rompak dan perkosa hasil negara. Agaknya orang bongok Ni kalau orang rompak rumah dia rogol mak adik or kakak dia dia ucap terima kasih and datang lagi kot, kalo orang tolong dia tetak dgn parang......fikir2 kan lahhh

Reply
cempaka sari mod

Salamm...betolkah kamu keturunan ke 5 kiai salleh...mohon pencerahan disini....sbb ingin mengetahui lebh lanjut..bkenaan atoq kiai....

Reply

Nilah dikatakan penyokong Komunis atau bintang tiga laknatullaah.Hi tak tahu ke Kumpulan Silat parang panjang adalah pejuang Islam.Tanpa mereka habis kita Melayu Islam di lanyak dan di bunuh oleh komunis bangkai.Barangkali penulis ni penyokong parti pembangkang yg najis dan barua DAP,senang cakap tukang jilat dubur dubur komunis.

Reply

KAMU CUBA MEMUTAR BELITKAN SEJARAH,APA KAMU INGAT ORANG-ORANG MELAYU JOHOR TIADA AKAL FIKIRAN UNTUK MEMEBUNUH ORANG-ORANG TIONGHUA/CINA SESUKA HATI.KAMU MENULIS BLOG YANG BUKAN DI ATAS JALAN KEBENARAN.NAMPAK SANGAT KAMU NI TERLALU BODOH.SEANDAI SAUDARA MELAYU BERTAUBATLAH......

Reply

MEMANG KAMU NI PERLU DI PENAMPOR KAN
PENIPU SEJARAH!!!!

Reply

Penulis web tu bukan melayu dan islam...tetapi pandai berbahasa melayu...ingat byk musang berbulu ayam...

Reply

Saudara, apa juga yg saudara coretkan sememangnya menjadi sejarah tanah air. Yg menghakimnya tentu jenerasi terkini yg tidak mengalami peristiwa bkn. hanya berpandu dengar crite2 saje.

Sesungguhnya yg bersenjata itu tidak semestinya penganas tetapi dalam keadaan perang, kedua2 pihak tetap digelar penganas. Dan kemudiannya, hanya yg berkuasa saje yg akan mengelarkan penentangnya sebagai PENGANAS.

Terukan mencoret utk tatapan jenerasi kini n mendatang.

Reply
Tanpa Nama mod

sejarah sememangnya ditulis oleh pihak yang menang.
jika kebohongan demi kebohongan diwarisi oleh generasi hari ini. maka generasi hari ini akan mewarisi kebohongan dan akhirnya kebohongan itu dianggap kebenaran...

saya menyokong penuh tulisan saudara kerana tidak semestinya catitan sejarah yang ditulis dalam buku teks sekolah semuanya betul
hanya saudara yang berjuang pada masa itu. saudara tau situasi sebenar.
mereka yang memberi komen ini sememangnya generasi yang tak pernah melaui erti perjuangan sebenar. yang mereka tau menyalak dalam blog.
teruskan tulisan anda untuk tatapan generasi baru tentang sumbangan dan jasa pejuang haluan kiri keatas Malaya

Reply

Ini adalah contoh tipikal dakyah KOMUNIS, membelitkan fakta dan mengada-adakan benda yg tiada. Awas muslihat ini pernah menjatuhkan sebuah negara yg aman damai. KOMUNIS ini tidak akan pernah insaf walaupun kalah perang tapi tetap akan menegakkan ideolagi mereka yg amat tidak sesuai untuk umat Islam dan bangsa Melayu.

Reply

Categories

Pengikut