BAKAR GEREJA.. KEBANYAKAN ORANG ISLAM TUDUH UMNO..


http://penjualubat.wordpress.com

Bagi masyarakat Melayu di Malaysia nama ‘Allah’ hanyalah boleh dipakai oleh orang-orang Islam, percubaan menggunakan nama ‘Allah’ oleh orang-orang yang bukan Islam dilihat memungkinkan timbulnya kekacauan dan berlakunya kekeliruan didalam masyarakat Islam.

Perkara utama yang harus dilakukan bagi menangani masalah ini ialah dengan diadakan perbincangan ataupun dailog dengan pengeluar majalah “Herald” (yang dibenarkan mengguna nama Allah untuk penerbitan mereka) bagi mengatasi segala kemelut yang berlaku.

Kita juga harus menerangkan kepada mereka sensitiviti orang Melayu ataupun orang Islam terhadap kekeliruan yang akan berlaku sekiranya mereka tetap meneruskan hasrat mereka tersebut kerana apabila berlaku kekeliruan ternyata ianya ia tidak akan menguntungkan sesiapa.

Mana-mana pihak pula tidak seharusnya cuba menjadi juara kononnya untuk mempertahankan nama ‘Allah” dengan mereka mengambil tindakan membakar gereja-gereja, itu bukanlah caranya untuk mengatasi kemelut yang berlaku dan didalam ajaran Islam sendiri tindakan seperti itu tidak ada.

Sementara itu, Perdana Menteri Najib Tun A. Razak mahu segelintir pihak berhenti menuding jari dan menuduh kononnya Umno terbabit dalam insiden percubaan membakar gereja-gereja.


Apa yang boleh kita beritahu kepada Perdana Menteri, tanyalah kepada kebanyakkan rakyat bukan Melayu atau yang bukan Islam dinegara ini, siapakah yang bertanggungjawab cuba membakar gereja-gereja tersebut? Mereka akan mengatakan UMNOlah yang bertanggungjawab.

Memang sudah nasib penjahat..bila berlakunya perbuatan jahat, mereka orang pertama yang akan dituduh..

posting asal:

Bakar Gereja..Kebanyakkan orang bukan Islam tuduh UMNO..

1 ulasan:

Lima Mesjid ditebing Sungai Pahang pernah dibakar pada malam 31 ogos.
Perkampongan Kerajaan Langit juga dibakar waktu subuh. dan sekarang
gereja pula jadi sasaran.

Ini namanya "PROJEK" !

Reply

Categories

Pengikut