AHMAD TAHA, PUTERA TERBAIK SUNGAI PAHANG PULANG KE RAHMATULLAH

KINI DAN SILAM telah menerima massage dan emel dari sahabat-sahabat bahawa Saudara Ahmad Taha telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira pukul 7pm 22 Januari 2010 di Hospital Temerloh. Jenazah allahyarham akan disemadikan di tanah tumpah darahnya Kampung Buntut Pulau. Alfatihah…..

Allahyarham Ahmad Taha dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang, menerima pelajaran sehingga darjah 6 sekolah Melayu. Di dalam Rejimen Ke-10 beliau pernah menggunakan beberapa nama perjuangan seperti Remaja, PWD dan Pakwa. Di kalangan rakan seperjuangannya, beliau lebih dikenali sebagai Pakwa.

Beliau adalah antara putera terpuji Sungai Pahang yang tidak rela melihat tanah air diinjak-injak semahunya oleh penjajah British. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyertai API, kemudian PETA yang gigih menyebarkan propaganda membangkitkan kesedaran masyarakat menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air. Sesuai dengan jiwanya sebagai seorang seniman, Ahmad Taha berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau pernah ikut serta dalam rombongan mendamaikan pergaduhan bangsa-bangsa di Bentong.

Kerana aktif dalam gerakan untuk kemerdekaan, beliau menjadi perhatian penjajah British. Apabila Undang-undang Darurat diisytiharkan pada bulan Jun 1948, rumahnya diserbu polis, tapi beliau telah berundur ke hutan belukar. Pada bulan Oktober 1948, barulah beliau dapat berhubung dan menyertai Rejimen Ke-10.

Sebagai seorang gerilawan, dalam tahun-tahun 1948 - 1953 beliau pernah bertempur belasan kali dengan askar komanwel British.

Pada tahun 1953 – 1954, beliau ikut serta dalam perpindahan strategik Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ditugaskan menyusun massa. Pada tahun 1977 beliau berkhidmat di Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 dan pada tahun 1984 berkhidmat di Platun Ke-12.

Selepas penandatanganan perjanjian damai Haadyai, beliau pulang ke kampung halamannya di Buntut Pulau.

Ahmad bin Taha…..
Kau adalah pahlawan rakyat yang sejati!
Hidupmu berjasa, matimu mulia!

2 ulasan

Innalillah..
org Kg Buntut Pulau ni..
jiran ngn sedara koi..

Reply

saya menghadiri Bengkel Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di Kuantan sewaktu mendapat berita duka pemergian Pak We.Tidak sempat untuk mengziarahi dan memberikan penghormatan terakhir.semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan diterima segala amalan baiknya serta di ampunkan segala dosanya,amin.alFatihah.

Reply

Categories

Pengikut