GERAKBUDAYA: JUALAN BUKU TAHUN BARU

Kepada teman-teman; pelanggan yang dihormati,

GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd menjemput anda ke JUALAN BUKU TAHUN BARU 2011

  • Tarikh: 7 Januari (Jumaat) hingga 9 Januari (Ahad) 2011
  • Masa: 10:00 pagi - 7:00 malam
  • Tempat: No.11, Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor. 
  • Tel: 03-7957 8342/43 
  • Web: http://bookshop.gbgerakbudaya.com/

Kami berdekatan dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berdepan dengan Restoran Grand City dan Restoran Sri Paandi (PJ). Hubungi: SK 019-352 3864 atau Chong 016-379 7231.

SELAMAT TAHUN BARU

KINI DAN SILAM mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada kawan seperjuangan berbagai kaum baik yang pulang ke Malaysia atau menetap di Selatan Thai, kepada segenap aktivis politik pembangkang yang patriotik demokratik yang sedang berjuang  untuk membangun sebuah kerajaan bercorak rakyat yang demokratik, adil dan saksama, juga kepada rakan bloger berbagai aliran yang sedang dengan gigih berjuang membangkitkan kesedaran masyarakat, membongkar ketidakadilan dan menjernihkan kebenaran yang telah diselewengkan pihak berkuasa.

Kami berharap setiap kita dengan sungguh-sungguh membuat ulang kaji, mengenal kekurangan dan kelemahan kita, mengobarkan kelebihan dan mengatasi segala kekurangan. Dengan azam baru, marilah kita  menyongsong tahun baru dengan langkah yang lebih gagah perkasa.

Kami juga berharap setiap kita lebih memperat perpaduan dan kerjasama. Hanya dengan bersatu barulah kita dapat mengumpul kekuatan perkasa demi menempuhi segala rintangan di jalan kemajuan.

SELAMAT TAHUN BARU! 


BAGAIMANA KAUM KAPITALIS BIROKRAT MEROMPAK HARTA RAKYAT

Di bawah rangka strategi penjajah British, satu kelas baru - kelas kapitalis birokrat Melayu telah dilahirkan. Selepas merdeka kelas ini telah mengambil alih peranan yang dimainkan penjajah British mengaut kekayaan negara. Dasar Ekonomi Baru ditelurkan untuk memberi peluang kepada kelas ini mengembung secara mendadak. Dengan menggunakan kekuasaan yang diamanahkan kaum penjajah British dan dengan topeng  MELAYU atau BUMIPUTERA atau KETUANAN MELAYU kelas ini telah melakukan perompakan besar-besaran ke atas sumber alam negara dan wang rakyat. 

Di bawah  sedikit pendedahan yang dibuat oleh Hishamuddian Rais yang muatkan dalam Malaysiakini.com.
 
Mengfaraidkan harta awam
Hishamuddin Rais
Dis 3, 10 - 10:58am
(http://www.malaysiakini.com/columns/149869)

MENGHARGAI PERDAMAIAN (3)

Apabila membaca keratan akhbar Utusan Malaysia di bawah, kita dapat rasakan bentuknya sama dengan propaganda yang pernah dilancarkan sebelum merdeka.

Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya yang ikut menandatangani perjanjian tersebut amat menghargainya dan menganggap sebagai satu catatan sejarah perdamaian di rantau Asia Tenggara bahkan dunia dan melaksanakan perjanjian itu sebaik mungkin. Akan tetapi malangnya 1 pihak lagi iaitu Kerajaan Malaysia tidak menghargainya. Bahkan propaganda anti-komunis terus menerus diasak dalam media mereka. Mereka masih meneruskan apa yang diinginkan kaum penjajah.

MENGHARGAI PERDAMAIAN (2)

Ucapan Indradjaja

MENGHARGAI PERDAMAIAN (1)

2 Disember 1989, suatu perjanjian perdamaian telah ditandatangani antara 3 pihak - Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya. Perdamaian itu dicapai berkat doa dan usaha rakyat berbagai kaum negara kita yang inginkan perdamaian terwujud dan juga berkat toleransi ketiga-tiga pihak. 

Berdasarkan logik di atas, Chin Peng telah merumuskan dalam ucapannya ketika melawat perkhemahan Rejimen Ke-10 pada tahun 1989 bahawa: "Siapa yang menang dalam dalam perundingan kali ini? Ketiga-tiga pihak menang, polisi ketiga-tiga pihak yang menang, rakyat yang menang!"

Berikut adalah ucapan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng dalam perayaan menyambut 20 tahun perdamaian di Hotel Lee Gardens pada tahun 2009.


ucapan Chin Peng 1



Ucapan Chin Peng 2

MENGAPA CLIFFORD MEMECAT DATOK BAHAMAN DARI JAWATANNYA

Hugh Clifford
Penjajah British telah mengambil sederaten langkah untuk menguasai Negeri Pahang. Jauh pada tahun 1880-1881, melalui Frederick Weld ia telah memainkan taktik lunaknya untuk memujuk sultan dan pembesar-pembesar Pahang. Pada tahun 1885, Gabenor Chechil Clemente Smith pula telah mengirim rombongan yang diketuai Swettentam ke Pahang. Pada tahun 1887, Frederick Weld menghantar pegawai tingginya bernama Hugh Clifford bersama-sama  Wan Mansor, adik Sultan Pahang yang lari ke Singapura. Clifford telah menjalankan dasar pecah belah, mempergunakan pertentangan di kalangan pembesar-pembesar, mencampurtangani perselisihan antara saudagar-saudagar dengan orang-orang besar di daerah-daerah serta menghantar ramai orang British dari Singapura ke Ulu Pahang. Pada bulan Julai 1887, Gabenor sendiri datang ke Pekan, menuduh Sultan melanggar perjanjian. Dengan demikian dia telah mengajukan beberapa syarat kepada Sultan antaranya mendesak Sultan meminta maaf, mengakui kekuasaan British ke atas Pahang serta menghantar Bahaman ke Singapura untuk berunding dan lain-lain.

JOMO K.S.: WARISAN EKONOMI MAHATHIR




sila klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih jelas

AIDILADHA DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

16 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah, umat Islam di Selatan Thailand menyambut ketibaan Aidiladha dengan penuh kesyukuran. Kampung Perdamaian Sukhirin yang terletak di wilayah Narathiwat digenanangi suasana mulia dan gembira menyambut hari lebaran dengan sembahyang sunat Aidiladha dan berkorban.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar sambutan Aidiladha di Kampung Perdamaian Sukhirin yang dirakam oleh anggota KINI DAN SILAM.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


سلامت هاري راي عيدالاضحى


کيني دان سيلم مڠوچڤکن سلامت هاري راي عيدالاضحى کڤد سلوروه اومت اسلام تراوتما کڤد ڤارا ڤمباچ کامي.

سموݢ عبادت کوربن کيت دتريما الله تعالى

BIAR MATI DIPANGKAL BANIR:SITI MARIAM IDRIS DALAM KENANGAN


BIAR MATI DIPANGKAL BANIR:SITI MARIAM IDRIS DALAM KENANGAN

 oleh Ahmad Nizam Hamid (http://lanailestari.blogspot.com/2010/11/biar-mati-dipangkal-banirsiti-mariam.html)

"Janganlah balik lagi,kita berador* di rumah Wan dulu",begitulah ulas kata sayu yang keluar dari mulut wanita kecil molek itu.Saya hanya mampu tersenyum dalam sayu juga.


"Belum puas lepas rindu dah nak balik",dengan mata sayu dan dalam nada memujuk wanita itu menujukan kata-katanya kepada saya.
Mariam Binti Idris,15 Disember 1927-5 November 2010


SITI MARIAM IDRIS SERIKANDI REVOLUSIONER LUBUK KAWAH



SITI MARIAM IDRIS SERIKANDI REVOLUSIONER LUBUK KAWAH


Siti Mariam Idris mempunyai beberapa nama perjuangan, antaranya Atom, Tabah, Sitah, tapi setiap perajurit menyapanya dengan panggilan Tun. Beliau adalah salah seorang komander kompeni Rejimen Ke-10 dan ahli Jawatankuasa Kawasan PKM. Di dalam pasukan, beliau juga merupakan ibu yang pengasih bagi para perajurit baru baik lelaki mahupun wanita.


Beliau dilahirkan di Kampung Balik Gantang, Mukim Sanggang, Daerah Temerloh, Pahang pada 15 Disember 1927,  akan tetapi membesar di Lubuk Kawah.

Ayahnya Idris seorang petani miskin dan juga seorang guru silat, meninggal dunia ketika Siti Mariam berumur 11 tahun. Ibunya bernama Saadiah,  bekerja sebagai petani.

ALFATIHAH UNTUK MAK YAM OLEH PENJUAL UBAT

 (http://penjualubat.wordpress.com/)

Penghujung tahun 2009..saya dan rakan-rakan telah berkunjung ke Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwath, Selatan Thailand (sebuah perkampungan tempat bermastautinnya bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya yang dibangunkan selepas Perjanjian Damai 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989). Klik disini..


BELASUNGKAWA OLEH AHMAD NIZAM HAMID


al-Fatihah.
saya mendapat khabar duka,Siti Mariam Binti Idris,83 tahun telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.Allahyarhammah dilahirkan di Kg Lubuk Kawah,Temerloh dan tuntutan zaman ketika itu telah membawa beliau menyertai Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya di bawah PKM.Beliau sanggup meninggalkan keluarga dan memanggul senjata menjadi gerila bagi melawan penjajah Inggeris.Allahyarhammah meninggal dunia di Kg.Perdamaian Sukhirin Chulaborn Pattana Sukhirin Thailand.InsyaAllah saya akan menulis kenang-kenangan bersama Allahyarhammah di blog saya.kepada saya beliau adalah manifestasi semangat anak Pahang dan Temerloh yang bersedia berkorban bagi mengejar cita-cita kemerdekaan dan beliau adalah produk sejarah zamannya.Al-Fatihah

BERDOA DAN BERTAHLIL UNTUK ARWAH SERIKANDI

Selepas solat Isa, rakan seperjuangan di Sukhirin mengadakan majlis berdoa dan bertahlil semoga roh Allahyarhammah Siti Mariam di tempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PEMAKAMAN SERIKANDI SITI MARIAM IDRIS



Jenazah dibawa keluar dari kediamannya diiringi azan
Jenazah disembahyangkan di Masjid Darul Aman

PUTERI LUBUK KAWAH PULANG KE RAHMATULLAH

Pada pukul 9.05 (waktu tempatan) pagi Jumaat, 5 November 2010, seorang puteri terpuji Lubuk Kawah telah pulang mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwath, Selatan Thailand. Beliau adalah Siti Mariam binti Idris, 83 tahun, seorang pejuang kemerdekaan, bekas kader Rejimen Ke-10 TRM. Jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin selepas solat Jumaat.

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI






SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI .



Cahaya keadilan pasti menembusi kegelapan,


membawa kebahagiaan dan kemakmuran untuk semua!

dari warga Kampung Perdamaian Sukhirin










SEDIKIT PERKENALAN TENTANG DATOK BAHAMAN

(Catatan ini adalah tulisan Allahyarham Abu Samah Mohammad Kassim dan pernah dimuatkan dalam buku Sejarah Dan Perjuangan Kemerdekaan)

Nama lengkap beliau adalah Datok Bahaman bin Tok Noh, berasal dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia.

Datok Bahaman adalah anak yang ketiga daripda 6 orang adik beradik . Yang tua bernama Tok Muda Ishak, yang kedua bernama Tok Musa Usoh, yang keempat bernama Mah, yang kelima bernama Syaayah dan yang keenam bernama Juriah.

Datok Bahaman mempunyai 13 orang anak daripada 5 orang isteri, 8 lelaki dan 5 perempuan. Antara anak lelakinya ialah Tok Muda Darus, Tok Mat Lela (yang ikut serta bersama Datok Bahaman dari mula tercetusnya perang; luka di bahagian lutut terkena tembakan askar penjajah British di Batu Hampar, sebelah hulu Mentakab, kemudian terusir ke Chiangmai, Utara Thailand dan balik ke Semantan pada tahun 1913 sebagai menunaikan amanat bapanya yang berbunyi: Apabila kon (aku) meninggal dunia, awak baliklah ke Semantan, Pahang. Datok Mat Lela meninggal dunia di Semantan sewaktu pendudukan Jepun 1944.

Anak lelakinya yang ketiga bernama Datok Muhamad yang dilantik oleh British menjadi Penghulu Semantan dalam lengkongan tahun 1920. Kemudiannya dibuang negeri ke Selangor oleh British atas kesalahan memelihara grup bersenjata seramai belasan orang yang melakukan berbagai aktiviti anti-British termasuk menyerang balai polis Mempatih dan merampas senjatanya, menampalkan surat-surat anti-British, merampas gudang garam dan dibahagi-bahagikan kepada orang ramai dan lain-lain. Rakannya yang sama-sama memelihara dan merancangkan tindakan grup bersenjata itu ialah Mohammad Kassim bin Haji Osman (ayah Abu Samah). Akhirnya pada penghujung tahun 1931, penjajah British menggunakan tali barutnya meracuni Mohammad Kassim dan meninggal dunia pada awal 1932.

MERDEKA TANPA TUMPAH DARAH: APA KOMEN KOMANDER REJIMEN KE-10

TENTERA RAKYAT TAK TERKALAHKAN

Rejimen Ke-10 sebuah pasukan tentera rakyat yang berjuang untuk menghalau penjajah British dari bumi persada. Walau apapun yang digambarkan oleh kaum penjajah dan konco-konconya, kenyataan sejarah membuktikan bahawa Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan yang tak terkalahkan. Bayangkan kekuatan penjajah British yang dikerah untuk menentangnya berjumlah hampir setengah juta.

Dengan berasaskan anggota seramai 17 orang, ia berkembang menjadi 3 kompeni. Melalui perjuangan yang sengit dalam tahun-tahun 1950-an, kekuatannya menyusut kepada 1 kompeni sahaja. Akan tetapi kemudian ia berkembang semula menjadi 3 kompeni lebih. 

Berikut adalah sebuah tarian bertajuk TENTERA RAKYAT TAK TERKALAHKAN yang  dipersembahkan oleh team kesenian pasukan, dirakam oleh Studio TV Rejimen Ke-10. . Lagu TENTERA RAKYAT TAK TERKALAHKAH  yang mengiringi tarian ini digubah  sempena menyambut ulang tahun ke-30 berdirinya Rejimen Ke-10.



Tarian: Tentera Rakyat Tak Terkalahkah
Uploaded by hmn07. - Independent web videos.

SELAMAT HARI HARTAL

http://farm5.static.flickr.com/4089/5096520845_3924f7ee14_z.jpg63 tahun yang lalu, golongan kiri terdiri dari parti-parti dan pertubuhan patriotik-demokratik telah melancarkan hartal di seluruh negara menuntut kemerdekaan penuh tanah air. Penjajah British dan tali barutnya bagaikan cacing kepanasan berhadapan dengan perjuangan rakyat tersebut. Beberapa bulan selepas itu, kaum penjajah telah mengisytiharkan undang-undang darurat mengharamkan semua parti-parti tersebut dan menyumbat para aktivis dan pemimpinnya ke penjara.

Walaupun hartal itu telah berlalu, tapi semangatnya tak pernah padam. Ia terus menyala memberikan kekuatan kepada kita untuk terus berjuang demi sebuah negara yang benar-benar merdeka, adil dan demokratik.


Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.

Video oleh Fahmi Reza, dipetik dari http://10tahun.blogspot.com/

CERPEN: SAINGAN YANG MELUMPUHKAN

SAINGAN YANG MELUMPUHKAN.....sebuah cerpen Dr. Nasir Hashim
‘Assallammu’alaikum, silalah masuk. ’
Nada salam bersama jemputan dihembuskan dalam satu nafas.
‘ Wa’laikumsalam …. tak apalah. Saya jenguk-jenguk aje. ’
Serba salah dibuatnya. Aku melepaskan senyuman plastik. Aku bukan nak masuk. Bukan nak jenguk-jenguk. Aku nak berteduh untuk seketika aje. Tidak lebih dari itu. Lepas itu nak belah.
‘Tak mengapa. Silalah ... mana tahu ada yang suka. ’
Sebenarnya aku baru saja melintasi jalan raya. Singgah ke kedai ini kerana ingin mengelak serangan matahari. Panas terik tanpa kesudahan. Tanpa belas kasihan. Mata ku berair cuba menangkis debu-debu dan silauan matahari. Tidak payahlah bercerita tentang titisan peluh, meletup-letup membasahi bumi dan bagaimana aku berdoa panjang agar ditimpa hujan lebat. Debu-debu pula berputar ligat kerana disambar kereta-kereta yang tak sabar menguji kepantasan kudrat horse-power. Semoga mereka selamat sampai dan tidaklah menjadi tetamu-tetamu istimewa di dalam Wad Kecemasan Hospital nanti. Amin.
Aku pun masuk ke dalam. Bukan kerana jemputannya tetapi kerana inginkan deruan angin air-con yang pasti mendinginkan tubuh ku yang setengah masak ini. Tempat ini memanglah cantik dan molek. Hiasannya juga sungguh menarik, membawa gaya ala moden. Tidak nampak pembantu-pembantu wanita dan lelaki.
Mata ku terdorong kepada satu ukiran besar yang tersergam indah di pertengahan pentas pameran ini. Seekor naga yang garang dengan kedua-dua matanya yang terkeluar, memerhati setiap gerak-langkah ku. Sungguh menggerunkan. Badannya gempal dan kental, membelit-belit sisa tunggul mati. Bebola yang bercahaya terdampar pada lidah mulutnya yang merah. Kulitnya pula berkilat-kilat dan bersisik emas. Sekilas pandang, macam naga raksasa ini sedang menghembuskan api dan asap panas. Aku dalam keadaan terpukau. Terus menuju ke lembaga yang makin membesar itu. Tuan punya kedai setia mengekori jejak langkah ku.

Sajak: BERSORAK ATAS LAHIRNYA PASUKAN PAHLAWAN

HIDUP PERJUANGAN PEKERJA

Rang undang-undang ditarik balik, piket diteruskan (Mkini)      
       
                          Abdul Rahim Sabri
Okt 12, 10
8:06pm
            
          
      

Walaupun kerajaan telah menarik balik rang undang-undang bagi meminda Akta Kerja 1955 yang dibidas oleh pelbagai kumpulan, piket yang dirancang lebih awal sebelum ini tetap diteruskan.

Piket itu diteruskan petang ini di dua tempat berasingan Bangi dan Balakong, Selangor dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di Bangi, piket oleh 15 peserta berlangsung di hadapan Pasar Raya Warta selama 30 minit diketuai oleh koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini.

Menurut Nalini, mereka tetap meneruskan bantahan walaupun pindaannya telah ditarik balik oleh parlimen hari ini "sebagai simbol kemenangan" mereka.

"Kita buat hari ini sebagai simbol penentangan walaupun kita tahu akta ini dipinda. Kita mengumumkan kemenangan kita, sebab itu kita berkumpul hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

PERISYTIHARAN PENUBUHAN REJIMEN KE-10



klip video ini sedutan dari filem PAHLAWAN KEMERDEKAAN yang diterbitkan oleh Studio TV Rejimen Ke-10 pada tahun 1986.

ABDULLAH SUDIN PIMPINAN MARKAS BESAR REJIMEN KE-10

Penandatanganan persetujuan damai 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya telah membawa perdamaian baru di kawasan sempadan dan Malaysia. Ketika bekas perajurit sedang giat membangun kampung dan mengusahakan ekonomi, kami telah dikejutkan dengan pemergian Abdullah Sudin, anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 pada 7 Mei 1995.

Abdullah Sudin pernah menyertai KMM, API, PKMM, PKM dan MDU. Pada tahun 1940-an, beliau diterima menjadi anggota PKM dan Liga Anti-British di Singapura. Di samping itu beliau juga bekerja dengan akhbar Utusan Melayu dan menyusun tokoh patriot demokrat dalam Utusan Melayu.

Pada tahun 1952, polis British cuba menangkapnya. Akan tetapi beliau dapat meluluskan diri dan berpindah ke Indonesia atas pengaturan organisasi PKM.

Di Indonesia, beliau melakukan kerja parti seperti membangun ekonomi parti bawah tanah, menghubungi Parti Komunis Indonesia, kerja front persatuan di kalangan tokoh-tokoh atasan Kerajaan Indonesia dan lain-lain. Di samping itu, beliau menyusun pemuda pemudi dan pelajar Malaya di Indonesia dengan menubuhkan Persatuan Pemuda Malaya di Indonesia (P2MI).

Pada awal tahun 1965, Abdullah Sudin dilantik menjadi anggota pejabat Liga Pembebasan Nasional Malaya (LPNM) untuk Indonesia yang merupakan satu badan separuh diplomatik yang diakui oleh Kerajaan Indonesia.

Abdullah Sudin dan anggota pejabat LPNM yang lain ditangkap oleh Suharto selepas Peristiwa Gerakan 30 September (G30S) 1965. Pada bulan Disember 1966, beliau diusir dari Indonesia. Sejak itu, Abdullah Sudin dan kawan-kawannya yang lain telah meninggalkan Indonesia berhijrah ke China.

PSM: FORUM SOSIALISME 2010


psm with wording logo



Seni Kiri + Forum +Malam Revolusi


KOPERAT DIUTAMAKAN---RAKYAT DIKORBANKAN.

SERANGAN NEOLIBERAL-SUATU ANALISA KRITIKAL

BUSINESS FIRST---PEOPLE LAST

A CRITICAL ANALYSIS OF THE NEO-LIBERAL ASSAULT

23-24 Oktober 2010

SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL, KUALA LUMPUR

1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur


SOSIALISM 2010- FULL PROGRAM

SERANGAN NEOLIBERAL – KOPRAT DI UTAMAKAN

DAN RAKYAT DI MISKINKAN

OKTOBER 2 3 &24 -2010

23-okt.2010 (Saturday/Sabtu)

8.30 AM - PENDAFTARAN

9.00 AM- Persembahan Multimedia Serangan Neo-Liberal- Pengalaman Malaysia

9.10 am Opening Remark/ Ucapan Pembuka Tirai

Dr. Nasir Hashim – Serangan Neo-liberal – Koperat diutamakan & Rakyat dimiskinkan

9.30 AM – DISKUSI PANEL PERTAMA

Moderator : Mashaliza Hamzah – CIJ & SIS

SURIANI: PERSIAPAN AWAL PKM HADAPI PENINDASAN PENJAJAH

Seiring dengan itu, intelijen British juga mencari saya di Pejabat PKM dan di rumah abang saya di Singapura, tapi kerana telah berwaspada, saya dapat bersembunyi. Tak lama selepas itu, saya berundur ke Johor...



Kira-kira dalam bulan Mei 1948, penjajah British memperketat perisikannya terhadap kader-kader PKM. Memandangkan situasi itu, kader-kader terbuka telah menyelenggarakan mesyuarat di Singapura. Ketika itu parti ada gerakan terbuka dan gerakan rahsia. Saya sebagai Ketua Setiausaha Pejabat Parti adalah kader yang terbuka. Kira-kira lebih kurang 20 orang lebih kader menyertai perbincangan. Dalam perbincangan itu, pihak pimpinan memberitahu supaya membuat persiapan rapi kerana penjajah British mungkin akan mengadakan tekanan ke atas parti dan kekuatan demokratik dan progresif.

Seiring dengan itu, intelijen British juga mencari saya di Pejabat PKM dan di rumah abang saya di Singapura, tapi kerana telah berwaspada, saya dapat bersembunyi. Tak lama selepas itu, saya berundur ke Johor bergabung dengan gerup Jawatankuasa Negeri Johor di bawah pimpinan Ah Tien. Saya menjadi salah satu anggota Jawatankuasa Negeri di Johor Selatan.

Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat. Di bawah keadaan ini, perjuangan bersenjata adalah satu-satunya pilihan untuk mencapai kemerdekaan. Anggota-anggota organisasi PKM yang telah bersembunyi di desa-desa atau belukar segera membentuk pasukan bersenjata. Gerup kami yang sudah ada persiapan rapi juga masuk ke hutan mendirikan pasukan gerila. Beberapa bulan selepas itu, iaitu dalam tahun 1949, pihak atasan telah memindahkan sebahagian pasukan dari Johor selatan ke utara. Saya ikut serta dalam perjalanan ini memandu 20 orang lebih kawan wanita di pasukan tersebut. Dalam perjalanan, kami menghadapi pengejaran dan penghadangan tentera British. Sebelum itu, ketika berada di Johor, saya pernah beberapa kali diserang hendap tetapi selamat. Kemudiannya, setelah kami tiba di Mentakab, Pahang, kapal terbang British mengebom unit kerja kami seminggu penuh dari pagi sampai petang, tapi kami berundur ke tepi kampung menjalankan kerja menyusun massa.
---
dipetik dari Memoir Suriani Abdullah - Setengah Abad Dalam Perjuangan

PERTEMUAN 3 PEMIMPIN

Ketibaan Pak Zaman di Sukhirin telah disambut dengan penuh mesra oleh Pak Abdullah C.D. dan Pak Rashid Maidin. Ketika video ini dirakam, Pak Rashid baru saja tiba di Kampung Perdamaian Sukhirin dari Kampung Perdamaian Yala. Video di bawah menyaksikan pertemuan 3 pemimpin penting Rejimen Ke-10.

DARI KEDAI HITAMPUTIH: RASHID MAIDIN DALAM KENANGAN

dvd dokumentari PUTERA SEJATI TANAH AIR RASHID MAIDIN



dvd dokumentari PUTERA SEJATI TANAH AIR RASHID MAIDIN
Durasi: 42 minit
Format: DVD-r
Penerbit: Muzium Sejarah Kampung Sukhirin
Distributor: Alteraktif
Harga: rm9
akan mula dijual pada 01okt2010 sebagai meraikan kelahiran rashid maidin pada okt 1917.

RASHID MAIDIN: BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN

Dari pengamatan seharian dan analisis politik yang sistematik, PKM telah nampak jelas bahawa akan sampai ketikanya nanti penjajah British akan melancarkan penindasan besar-besaran, ganas lagi berdarah. Maka, pihak kepimpinan pusat PKM telah mengeluarkan arahan kepada kader-kadernya di dalam pelbagai organisasi untuk berundur ke desa.


Berjuang Untuk Kemerdekaan

Usaha gigih kami dari PKM, PKMM dan pelbagai pertubuhan seperti kesatuan-kesatuan buruh dan persatuan-persatuan anak negeri, serta juga oleh tokoh progresif berbilang kaum menyebarkan cita-cita ‘Merdeka’, telah disambut hangat oleh semua lapisan rakyat seluruh tanah air. Pekikan ‘Merdeka!’ kedengaran berkumandang di sana sini. Seruan Merdeka di kalangan orang Melayu yang paling lantang ketika itu ialah dari PKMM dan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), kemudian Pembela Tanah air (PETA), (pengganti API yang diharamkan oleh penjajah British) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM), Hizbul Muslimin semuanya berkongsi aspirasi dalam menjunjung perjuangan kemerdekaan tanah air.

Untuk mengalihkan perhatian orang ramai dan mengabui mata rakyat, British telah menelurkan satu rancangan apa yang disebutnya sebagai Malayan Union, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Bukan Bersekutu, yang mana sebelumnya sultan dan raja-raja diiktiraf sebagai ketua agama Islam dan adat istidat Melayu, serta juga sedikit sebanyak penghormatan sebagai ketua negeri dalam pentadbiran British sebelum perang. Kini, semuanya dimansuhkan di bawah skim Malayan Union. Dengan hinanya raja-raja dan sultan-sultan pula dipaksa menandatangani perjanjian tersebut. Orang Melayu terasa terancam oleh rancangan Malayan Union penjajah British itu, dan mereka bangun menentangnya. UMNO ditubuhkan oleh Dato’ Onn dalam tahun 1946 dalam suasana ini. Itulah sebabnya UMNO ketika itu hanya melaungkan semboyan ‘Hidup Melayu’, manakala kami dari PKM dan PKMM menyeru ‘merdeka’, dan dicap pula sebagai golongan kiri dan ekstremis. Kaum bukan Melayu, terutamanya bangsa Tionghua menentang skim Malayan Union ini kerana di dalam skim itu Pulau Singapura dipisahkan dari Malaya.

CHEN NAN @ HAJI HASHIM MENYUMBANGKAN JIWA REMAJA DEMI KEMERDEKAAN TANAH AIR

Nama asal Kawan Chen Nan iaLah Chen Kwang Chang. Pada masa Perang Anti-Jepun beliau bernama Lao Yang; masa perjuangan secara damai selepas tamat Perang Dunia Kedua bernama Ah Mu dan pada masa Perang Anti-British bernama Chen Nan. Kawan-kawan Melayu membahasakan beliau sebagai Kawan Haji Hashim. Nama Haji Hashim diberikan oleh Allahyarham Ahmad Boestamam ketika beliau bermesyuarat bersama kawan-kawan dalam PKMM.

Kawan Chen Nan lahir di Taiping, Perak pada tahun 1921. Masa kecil menerima pelajaran dalam bahasa Cina dan Inggeris. Semasa belajar di Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuala Lumpur, beliau sudahpun memperhatikan peristiwa-peristiwa penting dalam negeri, mengambil berat jesejahteraan dan kesengsaraan rakyat, tidak puas hati pada pencerobohan dan pemerintahan imperialis British. Kerana itulah beliau menyertai gerakan pelajar. Dalam gerakan itu, beliau telah bertemu dengan kader Parti Komunis Malaya (PKM), kemudian beliau menjadi anggota PKM, dan menjadi seorang anasir cergas dalam gerakan pelajar.

Semasa fasis Jepun mencerobohi negara kita pada penghujung tahun 1941, kebetulan cuti penggal sekolah, Kawan Chen Nan sedang bercuti di rumahnya di Perak. Beliau berjaya mencari jalan berhubung dengan organisasi parti tempatan dan giat mengambil bahagian dalam perjuangan anti-Jepun di kampung halamannya.

Bahagian barat laut Perak sangat luas kawasannya, tapi parti masih kurang anasir cergas dalam pergerakan massa. Kawan Chen Nan membuat kerja menyusun massa rakyat di samping bertanggungjawab atas kerja perhubungan. Beliau selalu mengayuh basikal membawa sejumlah besar dokuman berulang alik berpuluh-puluh batu jauhnya untuk menyampaikan dokumen-dokumen itu ke berbagai unit. Beliau menjayakan tugas itu dengan cemerlang.

Kerana keperluan perjuangan anti-Jepun, Kawan Chen Nan diangkat sebagai anggota Jawatankuasa Parti Kawasan Barat Laut Perak pada penghujung tahun 1942. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Kawasan. Pada tahun 1945 beliau dilantik pula sebagai anggota Jawatankuasa Parti Wilayah (iaitu Jawatankuasa Negeri) Perak.

RASHID MAIDIN: MENGOBARKAN SEMANGAT MERDEKA

Masa itu merdeka hanya lahir dari mulut golongan kiri sahaja. Masih ada lagi golongan United Malay National Organisation (UMNO), mereka bukan saja tidak mahu kemerdekaan, tapi menentang gerakan kami pula. Masa itu UMNO dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Mereka berkata kami berjuang, tetapi ‘buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka konon.’



Mengobarkan Semangat Merdeka

Kerja menerbitkan akhbar juga ada pahit manisnya. Dari segi kewangan menerbitkan akhbar, kami terpaksa berjimat cermat. Itu pun mujur jugalah pengarang kami terdiri dari orang-orang progresif yang sama-sama bercita-cita dan bersemangat kemerdekaan. Mereka tidak pentingkan sangat soal ganjaran, tapi bekerja dengan penuh kesedaran untuk perjuangan.

Untuk menjimatkan wang, kami beli kertas besar, jadi terpaksalah potong sendiri. Setelah akhbar dicetak, saya terpaksa pula mengedarnya ke kedai-kedai buku untuk dijual, kemudian memungut hasil penjualannya pula. Dalam perjalanan menguruskan masalah tersebut, kadang kala terpaksa mencari kesatuan-kesatuan buruh untuk bermalam, jadi tak perlu menyewa bilik hotel. Pada masa itu pelbagai kesatuan buruh mengenali kami. Apabila kami tiba, mereka memberi sambutan yang mesra dan juga menyediakan tempat penginapan.

KAWAN NORDIN, PUTERA TERPUJI ANAK TANI MISKIN

Kawan Nordin dilahirkan di sebuah pondok usang di Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. Ayahnya seorang petani miskin yang rajin dan jujur. Sejak kecil Kawan Nordin hidup dalam kesusahan.

Pada 20 Jun 1948, kaum penjajah British mengharamkan semua pertubuhan yang berjuang untuk kemerdekaan serta melakukan penangkapan di seluruh negara. Ramai aktivis politik masuk hutan memanggul senjata menentang penjajah British. Kezaliman kaum penjajah British dan anjing buruannya telah membangkitkan kesedaran nasional di dada Kawan Nordin. Dengan keinginan kuat untuk menghalau kaum penjajah British dari bumi tanah air Kawan Nordin telah menyertai pasukan asas Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya pada akhir tahun 1948. Apabila Rejimen Ke-10 dirasmikan pada 21 Mei 1949, beliau menjadi salah seorang anggota pengasas pasukan tersebut.

Beliau berani bertempur, tekun bekerja, memperhatikan politik, giat belajar,kemajuannya cepat meningkat. Pada tahun 1949 beliau menjadi anggota PKM dan dalam tahun yang sama beliau diangkat menjadi Ketua Seksyen. Pada tahun 1950 beliau diangkat menjadi Naib Ketua Platun.
Dalam perjuangan bersenjata yang sengit dan kusut masai, Kawan Nordin menyertai banyak pertempuran dan menegakkan banyak jasa dengan keberaniannya dalam pertempuran.

Pada waktu subuh suatu hari di tahun 1948, perkhemahan pasukan Tentera Pembebasan Nasional yang ditempatkan di Ulu Cheka, Pahang telah diserang musuh dari belakang. Pada saat yang genting itu, Kawan Nordin dengan berani dan tangkas menyerbu ke depan. Beliau menduduki tempat yang menguntungkan lalu seorang diri menggasak musuh di garis terdepan, sehingga mereka tidak berani mengangkat kepala. Dengan ini tersedialah luang untuk kawan-kawan lain menceburkan diri dalam pertempuran.

Berkat adanya kekuatan tembakan dari kawan-kawan, akhirnya musuh yang menyerang secara curi-curi itu dapat diporak perandakan.

Pada suatu hari dalam paruh kedua tahun 1949, suatu pasukan Tentera Pembebasan Nasional sedang berehat di sebuah kebun getah. Tiba-tiba sepasukan askar British muncul di pinggir hutan di belakang kawan-kawan dan melepaskan tembakan ke pasukan. Kawan Nordin segera mengangkat brengunnya melepaskan tembakan yang dahsyat membalas tembakan musuh. Ini telah menarik kekuatan tembakan utama musuh ke arahnya sehingga pasukan sempat menyusun regu penggempur membelok ke sayap musuh lalu menyergapnya. Dengan ini kita dapat menyelesaikan pertempuran dengan cepat.

MAJLIS PELANCARAN BUKU THE ROAD TO REFORM

Majlis Pelancaran buku The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor : 7:30 malam Isnin, 27hb Sept


Salam sejahtera,


Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) menjemput anda ke majlis pelancaran buku The Road To Reform: Pakatan Rakyat In Selangor di Petaling Jaya.


The Road to Reform merupakan buku pengenalan tentang pengalaman reform Selangor yang pertama lagi menyeluruh, berikutan Pilihanraya Mac 2008, dengan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional. Dengan susunan sekitar empat aspek teras perubahan – politik, ekonomi, sosial dan budaya – Para penulis fokus pada kedua-dua pencapaian dan kesukaran ketika merealisasikan cita-cita Pakatan. Buku yang ringkas, padat lagi mudah diperolehi ini wajib dibaca bagi sesiapa yang prihatin terhadap dasar dan politik perubahan Malaysia pada persimpangan yang penting serta genting ini.

Antara penulis-penulis yang hadir pada majlis pelancaran buku ialah: Abdul Aziz Bari, Wong Chin Huat, Andrew Khoo, Syed Husin Ali, Tony Pua, Gurmit Singh, Barjoyai Bardai, Fahda Nur, Colin Nicholas, Ong Kian Ming, Ahmad Farouk Musa, Sivin Kit dan Mavis Puthucheary.

Tarikh: Isnin, 27 September 2010
Masa: 7.30mlm – 10.30mlm
Tempat: Hotel Singgahsana, Persiaran Barat, off Jalan Sultan, Petaling Jaya (Sebelah Stesen LRT Taman Jaya)

DI MANA BUMI DIPIJAK: PEMBENTUKAN MALAYSIA



2 Feb. 1963 -
Operasi 'Cold Store' di Singapura: Penindasan terhadap golongan kiri, kononnya kerana menentang pembentukan Malaysia; ada tahanan politik yang ditahan berpuluh-puluh tahun tanpa bicara.


4 April 1963 -
Indonesia umumkan 'Konfrontasi' membantah pembentukan Malaysia.


16 Sep. 1963 -
Malaysia dibentukkan (tanpa Brunei) tanpa persetujuan rakyat. Indonesia dan Filipina menentang rancangan British ini.

Penentangan terhadap Malaysia dijadikan alasan untuk menahan beribu-ribu pemimpin dan aktiis pembangkang tanpa bicara. Antaranya, Dr. Burhanuddin, Presiden PAS, Pak Sako, Pengerusi Parti Buruh, Boestamam, Ketua Parti Rakyat, dan Aziz Ishak, bekas Menteri UMNO.


1965 -
Kongres Ekonomi Bumiputera pertama menuntut kemajuan ekonomi Melayu.


9 Ogos 1965 -
Singapura keluar dari Malaysia.


31 Ogos 1957 -
Hamid Tuah dan pengikutnya yang kelaparan tanah membuka ladang tanpa izin pemerintah di Teluk Gong dengan sokongan mahasiswa serta cerdik pandai.


Okt. 1967 -
Mogok umum (hartal) di Pulau Pinang menentang kejatuhan nilai ringgit yang dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Matawang penjajah British.


11 Mei 1969 -
Perikatan mendapat undi terbanyak, tetapi bukan majoriti, dalam pilihanraya umum ke-3 kerana parti pembangkang berpecah belah, penentuan kawasan pilihanraya dan sistem pemilihan yang berat sebelah. Di Selangor kerusi yang dimenangi oleh Perikatan dan pembangkang sama banyak.

13 Mei 1969 -
Rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas perhimpunan pemuda UMNO dan Pemuda Tahan Lasak yang diketuai Menteri Besar Selangor, Harun Idris.


14 Mei 1969 -
Darurat diumumkan, Parlimen digantung. Pembentukan Majlis Gerakan Negara (Mageran) polis - tentera di bawah Timbalan Perdana Menteri Razak.

posting terkait:

DI MANA BUMI DIPIJAK: SEJARAH PERKEMBANGAN BANGSA KITA
DI MANA BUMI DIPIJAK: MELAKA
DI MANA BUMI DIPIJAK: MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH
DI MANA BUMI DIPIJAK: MENENTANG IMPERIALISME
DI MANA BUMI DIPIJAK: MENENTANG TENTERA JEPUN
DI MANA BUMI DIPIJAK: NASIONALISME BERKEMBANG
DI MANA BUMI DIPIJAK: KEMERDEKAAN
DI MANA BUMI DI PIJAK: NEO KOLONIALISME

BABAK KEDUA PENUKARAN KUDA


Pada pertengahan bulan Januari tahun 1953, McDonald memanggil Onn bin Jaafar dan rakan-rakannya ke Ipoh untuk bersidang. Mereka yang ikut serta dalam sidang tersebut ialah Onn bin Jaafar, E.E. C. Thuraisingam, P.P. Narayanan, Menteri-menteri Besar Perak dan Kelantan serta Yong Seok Ming, Sia Yu Chiang, Wai Chi Kang, Kim Sui On dan seorang Serani dari Pulau Pinang bernama V. Shelly, Tan Cheng Lock anak beranak sudah bermasam muka dengan Onn bin Jaafar, jadi mereka berdua tidak hadir.

Di sidang itu McDonald telah menganalisa situasi politik dan berkata bahawa Perikatan MCA-UMNO dikuasai orang Cina. Dia meminta para hadirin mengkaji masalah jalan keluar bagi Parti Kemerdekaan dan Onn bin Jaafar menurut situasi politik ketika itu. Dia mengusulkan penubuhan Badan Politik Pusat yang terdiri dari wakil-wakil semua parti politik dan pertubuhan, dua tiga orang pegawai British seperti dia juga boleh turut serta untuk membincangkan masalah pemerintahan sendiri. Itulah jalan yang paling baik katanya, sedangkan jalan yang kurang baik ialah menubuhkan parti yang baru. Sidang memutuskan untuk meneruskan sidang itu di rumah Yong Soek Ming di Kuala Lumpur pada 12 Februari tahun yang sama. Sidang tersebut juga telah memutuskan penubuhan badan politik pusat dan mempertanggugjawabkan kerja menggubal perlembagaannya kepada 3 orang berasas tujuankan memajukan perpaduan nasional dan maju beransur-ansur menuju pemerintahan sendiri.

Pada 16 Mac, mereka bersidang sekali lagi di mana mereka memutuskan untuk mengeluarkan sebuah pernyataan atas nama Menteri Besar berbagai negeri, merayu semua parti politik supaya mengutus wakil mereka menyertai persidangan nasional demi menimbangkan masalah mengadakan kerjasama yang paling baik untuk mendirikan negera Malaya yang bersatu dan berpemerintahan sendiri. Pernyataan yang ditulis McDonald sendiri itu diluluskan oleh sidang pada 16 Mac lalu disiarkan pada 20 Mac. Bersamaan dengan itu diputuskan bahawa persidangan nasional diselenggarakan di Kuala Lumpur pada 27 April dan semua parti politik dan pertubuhan diundang menghadirinya. MCA dan UMNO menolak menghadirinya. Oleh kerana itu selain daripada orang-orang dari Parti kemerdekaan dan orang-orang peranakan, mereka yang menyertainya hampir semuanya ialah wakil dari pertubuhan dan parti politik orang India Ceylon dan Pakistan, antaranya termasuk wakil MIC. Persidangan itu telah melantik sebuah jawatankuasa yang bertugas mengajukan laporan dan usul berkenaan masalah-masalah tersebut kepada persidangan kedua. Persidangan itu memutuskan untuk mengadakan persidangan nasional kedua pada 27 September. Persidangan itu juga memutuskan:

PERANG DI MALAYA: 1 GERILAWAN LAWAN 65 ASKAR BRITISH


Tidak lama setelah Henry Gurney mati, Parti Konservatif telah berkuasa semula di Inggeris. Kekalahan Inggeris di Malaya sangat mencemaskan benggolan-benggolan Parti Konservatif. Pada bulan November tahun 1951, Setiausaha Tanah jajahan Oliver Lyttleton diutus untuk bergerak di negeri kita, kemudian Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi merangkap Pengarah Gerakan yang baru pada bulan Februari tahun 1952. Ketika itu, imperialis British dalam petunjuknya kepada Temper berkata”Malaya harus dijadikan sebuah negara yang mewujudkan pemerintahan sendiri sepenuhnya pada masa yang dianggap sesuai. Kerajaan Inggeris yakin benar negara ini akan tetap tinggal dalam Komanwel dan pemberontakan komunis sedang menghambat kemajuan politik negara ini”. Oleh kerana itu, katanya, “tugas utama Gerald Templer ialah memulihkan undang-undang dan ketertiban Malaya agar dapat menghapuskan halangan di jalan kemajuan”.

Dalam ucapannya setelah ia memegang jawatan itu, Gerald Templer berkata bahawa dia tidak pernah menganjurkan supaya pilihan majlis tempatan ditangguhkan kerana keadaan darurat sebaliknya ia harus dipergiat. Maka itu dari tahun 1952 hingga 1954, di satu pihak Gerald Templer menganiayai massa rakyat kawasan desa dengan tindakan fasis yang lebih biadab dan melancarkan serangan besar-besaran yang berkepanjangan terhadap kekuatan bersenjata rakyat, dan di lain pihak ia melakukan pemilihan majlis tempatan dengan maksud hendak membasmi kekuatan bersenjata rakyat dan memulihkan apa yang disebut “undang-undang dan ketertiban”.

Meskipun dia telah berupaya dengan sekuat tenaga tapi dia tidak dapat menghindarkan kekalahan. The Times pernah melaporkan pada 2 Oktober tahun 1953 bahawa Gerald Templer telah mengerahkan 3 divisi tentera darat di Malaya. Ini tidak termasuk tentera laut, tentera udara, polis dan pasukan kawalan kampung. Surat khabar itu berkata bahawa di sesetengah tempat, setiap dua orang penduduk dijaga oleh seorang anggota tentera dan setiap gerilawan di hutan perlu dijaga oleh 65 orang anggota tentera. Jumlah anggota tentera yang menjaga seorang gerilawan menjadi lebih besar lagi jika ditambah dengan tentera laut dan udara yang membantu tentera darat.

FELDA


Oleh: Dr. Nasir Hashim





HASRAT PENEROKA LADANG TIDAK KESAMPAIAN


‘Li (Rosli) bangun nak …. Bangunlah.’

Entah berapa kali rayuan Ayah berdendang di telinga ku. Aku mencelikkan mata. Jam di tangan mengisyaratkan 4:30 pagi. Menggosok mata lagi. Selalunya Emaklah yang mengejut aku pada pagi-pagi buta seperti ini. Bukan Ayah.

‘Tolong Ayah toreh getah nak. Ayah tak berapa sihat. Takut tak sempat dapat kuota kerja.’

Setahu aku, semenjak aku melangkah masuk Maktab hinggalah sudah bekerja, Ayah tidak lagi menyuruh aku menoreh getah ataupun memungut sekerap getah. Ayahlah yang selalu mengingatkan Emak supaya jangan kejutkan aku dari mimpi. Dah lah aku balik sekali sekala. Maka biarlah aku tidur sepuas-puas hati. Begitulah kehendak Ayah ku.

Tapi …. Kali ini Ayah perlukan tenaga ku. Kalaulah aku dapat membantu Ayah .…. apa salahnya. Dapatlah aku mengimbau kembali zaman muda ku di Kampong Bombai, Melaka. Dulu, bukan aku tidak pernah menolong Ayah menoreh getah, membekukan getah, memerahkan air getah dengan mesin dan menyalaikan kepingan-kepingan getah di penjuru-penjuru dapur. Kepingan getah yang kuning keemasan dapat dijual dengan harga yang tinggi sedikit. Tapi di sini, keadaan sudah berubah. Pejabat FELDA ini tidak perlukan kepingan getah tetapi susu getah dan sekerap getah sahaja.

Mungkin juga ada sesuatu yang Ayah ingin ceritakan pada ku. Baguslah. Aku sabar menanti.

Subuh tetap dingin dan kegelapan pula tidak ingin melepaskan jajahannya. Loceng Pejabat sudah pun berbunyi. Macam loceng bomba. Loceng kecemasan. Bingit telinga dibuatnya. Yang lain tidak kisah pun. Bukan pekak. Mungkin sudah biasa, sudah adjust. Semua mengheret diri dan berhimpun depan Pejabat. Lampu spotlight Pejabat menerpa muka. Menunggu ‘roll call’. Rosli mengekori Ayahnya. Dia tidak kenal peneroka-peneroka yang lain. Apa lagi dengan pakaian gelap, kepala berlilitan pelita dan lampu picit serta dikaburi dengan asap-asap rokok yang berlumba-lumba menjilat langit. Ternampak juga ibu-ibu dalam himpunan ini. Mungkin anak-anak sudah besar dan dapatlah membantu suami masing-masing. Kain towel berwarna warni melilit leher mereka. Semua membawa bekalan sarapan.

SUASANA AIDILFITRI DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

menjelang solat sunat Aidilfitri





Solat Sunat Aidilfitri






Menziarahi Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani


---
Gambar dirakam oleh Aman

KENANGAN RAYA DI REJIMEN KE-10

BUKU BARU DARI GERAKBUDAYA - SEPTEMBER 2010

Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan

Abdul Hadi Awang

Publisher: Jundi Resources

Year: 2010

129 Pages

RM15.00 / SGD10.50

Buku ini ditulis oleh seorang ulama gerakan Islam tersohor tanahair yang telah puluhan tahun tidak pernah jemu untuk menyampaikan Islam yang syumul kepada masyarakat, tokoh maestro kebangkitan Islam ini juga telah mengarang lebih daripada 40 buah buku bernunsakan fikrah dan dakwah yang tersebar ke seluruh Negara semenjak dekad 80-an. Tuan Guru selain memimpin pertubuhan siasah cum dakwah terbesar di negara ini, juga disela-sela kesibukan itu juga sentiasa berbakti di ladang ilmu dengan berkhutbah, berkuliah, membentangkan kertas kerja, menyampaikan tazkirah dan pelbagai program. Panduan di antara ilmu dan segudang pengalaman maka lahirlah karya ini bagi menambahkan koleksi maklumat dan suluhan ilmu kepada masyarakat Islam di negara ini. Buku ini membicarakan persoalan penting di alaf baru ini, persoalan Palestin yang sekian lama bumi Isra’ yang dijarah oleh Yahudi bangsa terlaknat. Isu Palestin yang sentiasa bersimbah darah, penghuni Gaza yang dibantai dengan sadis oleh regim zionis dan sekutunya. Buku ini mengheret kita untuk merasai tersentuh dengan peranan dan tanggungjawab sebagai muslim terhadap bumi Isra’ (Palestin), serta menguak kembali pintu sejarah susur galur bumi Palestin sehingga terbentuknya negara haram Israel semenjak 15 Mei tahun 1948.

-Riduan Mohamad Nor-

Di Bawah Langit Ramadhan

Riduan Mohamad Nor, Mohd Nazri Chik dan Nasrudin Yaacub

Publisher: Jundi Resources

Year: 2010

ISBN: 9839999451

77 Pages

RM10.00 /SGD7.00

Ramadhan adalah penghulu bulan, kedatangannya dirindui, menggamit dengan seribu cinta sang Pencipta, menawarkan sejuta pengampunan di langit taubat yang terbuka pintunya untuk direngkuh. Ramadhan perginya ditangisi, bak melepaskan belahan jiwa tak berpaling, bulan mulia ini dinobat sebagai bulan Al-Quran, lantaran ayat-ayat cinta ini menyapa Nabi SAW di bulan Ramadhan, sekaligus penanda waktu tugas kerasulan yang bermula. Ramadhan dijulang sebagai bulan jihad dan gendering perjuangan ditabuh, lantaran kerana pertembungan Iman dan kufur tidak pernah menghantar ratap sedih kekalahan melainkan teriakan takbir menyambut kemenangan gemilang Islam tercinta. Badar al-Kubra, Peperangan Tabuk, Pembukaan kota Makkah, Peperangan Hittin, Perang Ramadhan 1973 adalah sekelumit saksi sejarah yang tidak berdusta kepada langit kebenaran. Ramadhan adalah bulan pengampunan, membasuh noda semalam.

Categories

Pengikut