Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010 DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

0 ulasan

29 Disember 2009, Kampung Perdamaian Sukhirin: Suatu perayaan secara sederhana telah diadakan untuk menyambut tahun baru 2010 Masehi (2553 Tahun Buddha) dan menyambut Hari Kanak-kanak Kebangsaan (Thailand) yang jatuh pada 9 Januari 2010. Kedua-dua perayaan ini dibuat secara serentak atas mesyuarat Jawatankuasa Kampung, Pimpinan Kehormat Kampung, Abdullah C.D., Jawatankuasa Sekolah Dasar Kampung Perdamaian Sukhirin dan Wakil Rakyat dari Kampung Perdamaian Sukhirin. Difahamkan kedua-dua perayaan ini digabungkan secara serentak untuk menjimatkan masa dan belanja penyelenggaraan.


SAID ZAHARI: TUNKU TIDAK BERNIAT SELESAI DENGAN CHIN PENG

0 ulasan
http://www.merdekareview.com Lim Hong Siang | Dec 30, 2009 02:39:28 pm

Bagaimana "seandainya" apa yang tercapai dalam Perjanjian Damai Haadyai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, disempurnakan 34 tahun lebih awal, iaitu dalam Rundingan Baling pada tahun 1955?

Sememangnya, adalah terlalu lewat untuk membuat sebarang "andaian" dalam sejarah. Apa yang berlaku telah berlaku dan berlalu. Namun, sejarah tidak harus tinggal hanya sebagai "bahasa" pemenang, atau pemegang kuasa, seandainya sejarah itu ditelaah untuk mengambil iktibar daripadanya.

SAID ZAHARI: PERIKEMANUSIAAN HARUS AMBIL KIRA PKM

0 ulasan
http://www.merdekareview.com
Lim Hong Siang | Dec 29, 2009 07:44:16 pm

"Buta sejarah", demikianlah label yang dilontarkan terhadap generasi muda yang cuba mengangguk kepada kepulangan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke tanahair. Pada masa yang sama, mereka yang sedia untuk memberi laluan atas dasar perikemanusiaan, dipertikaikan sebaliknya sama ada "Chin Peng yang tidak perikemanusiaan" ini layak untuk menerima layanan "perikemanusiaan".

Namun demikian, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari (gambar kanan) tetap dengan pendirian bahawa Chin Peng berhak untuk pulang ke tanahairnya, Malaysia. Tokoh kewartawanan ini berada di tempat kejadian pada usia 27 tahun, menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana Rundingan Baling diadakan pada tahun 1955.

SAID ZAHARI: CHIN PENG BUMIPUTERA MALAYA

1 ulasan
http://www.merdekareview.com
Lim Hong Siang | Dec 29, 2009 11:34:02 am

"Chin Peng lahir di bumi Malaya. Dia lahir di satu tempat, namanya Setiawan. Setiawan ini adalah sebahagian daripada bumi Malaya. Kalau dia lahir di bumi Malaya, maka dia adalah bumiputera Malaya..."

Demikianlah hujah yang dianggap paling kukuh untuk mengulas isu kepulangan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) ke tanahair Malaysia, dari mulut bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari (gambar kanan).

Untuk tokoh kewartawanan ini, tidak timbul soal sama ada Chin Peng boleh balik atau tidak. "(adalah) Hak Chin Peng untuk balik. Bukan (soal) dia boleh atau tidak. Dari segi undang-undang, tak ada seorang yang boleh mengatakan Chin Peng tak ada hak (untuk) balik (ke tanahair). Tanahair Chin Peng bukan China, bukan Taiwan, bukan Hong Kong. But it is in Setiawan," tegas Said Zahari.

Rabu, 30 Disember 2009

REFORMIS JALANAN: APA ANCAMAN ORANG TUA INI KEPADA NEGARA?

0 ulasan

http://reformisjalanan.blogspot.com/
Tuesday, December 29, 2009

Orang tua ini, nak berjalan pun orang tolong papahkan. Inikan pula nak mengangkat senjata. Saya hairan kenapa anak kelahiran Malaya sepertinya dihalang untuk pulang ke tanah air sendiri. Adakah disebabkan dia ini keturunan Cina? Mungkin.

Dunia pun sudah pening. Yang sepatutnya menentang penjajah dan membela tanah air dicop sebagai pengganas. Sebaliknya penjajah dan orang yang bekerja dengan penjajah yang bertapak di negara ini sejak ratusan tahun diangkat menjadi hero. Rela mereka membina tugu memerangi komunis daripada tugu memerangi British.

BERFIKIR MENGIKUT ACUAN PENJAJAH

7 ulasan
Isu kepulangan Chin Peng telah mendapat liputan yang meluas di kalangan berbagai lapisan masyarakat negara kita. Satu kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah pemikiran generasi sekarang sudah maju, sudah mulai melangkah keluar dari kepompong sempit penjajahan walaupun catatan sejarah yang ada pada hari ini diolah mengikut kaca mata penjajah.

Tulisan yang berjudul CHIN PENG: IKON KEBENCIAN YANG DIREKA yang ditulis oleh Puspawati yang disiarkan Merdeka Review mencerminkan minda yang bebas bagi mereka yang benar-benar ingin meneroka sejarah tanah air tanpa mengikut acuan mana-mana pihak.

Selasa, 29 Disember 2009

CHIN PENG: IKON KEBENCIAN YANG DIREKA

2 ulasan
Puspawati Rosman | Dec 24, 2009 10:03:41 am
http://www.merdekareview.com

Ketika saya sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, hanya terdapat sebuah kedai buku di dalam kampus di mana saya dan mahasiswa-mahasiswa lain boleh mendapatkan buku teks dan bahan bacaan lain dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa, iaitu di Pekan Buku. Oleh itu, saya sentiasa pergi ke situ sekurang-kurangnya seminggu sekali - bukan sahaja untuk mendapatkan buku teks, tetapi juga bahan bacaan lain yang menarik minat saya.

MASALAH BANGSA MALAYA (MALAYSIA)

2 ulasan

(Teks ceramah Abdullah C.D. yang disampaikan pada 24 Julai 1988)


I


Dalam sejarah benua Asia terdapat tiga wilayah besar iaitu Alam Melayu, China dan India, masing-masing dengan sejarah yang lama dan peradaban yang kaya raya. Tiga wilayah ini merupakan tempat tumbuh dan berkembangnya tiga bangsa besar dalam sejarah Asia iaitu Melayu, China dan India, masing-masing dengan tamadunnya yang terkenal dari timur hingga ke barat.


Seperti kita ketahui, dalam sejarah orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita. Mereka telah melampaui masyarakat primitif, kemudian masyarakat perhambaan serta masyarakat feudal. Dalam perjalanan sejarah yang panjang ini, bangsa Melayu telah terbentuk secara beransur-ansur iaitu dalam proses peralihan daripada masyarakat primitif ke masyarakat berkelas, daripada kumpulan pertalian darah atau perseikatan suku kepada negara. Menurut pandangan historikal materialisme, peralihan ini memulakan langkah pertama ke arah pembentukan bangsa. Demikianlah muncul bangsa Melayu di panggung sejarah sebagai satu komuniti manusia yang mantap yang terbentuk dalam sejarah dengan bahasa bersama, wilayah bersama, kehidupan ekonomi bersama serta unsur psikologi bersama yang diperlihatkan dalam kebudayaan bersama di rantau Alam Melayu ini.


Isnin, 28 Disember 2009

WARGA KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN BERDIKARI SELESAIKAN MASALAH

0 ulasan









Hujan yang sentiasa mencurah menyebabkan jalan
menjadi becak. Untuk mengatasi masalah ini pihak
Wakil Rakyat peringkat Tamboon telah berusaha membantu
dengan menghantar jengkaut dan lori untuk memunggah
batu dan pasir ke tempat yang becak

melayu raya projek new kolonial tunku

0 ulasan

MELAYU RAYA
PROJEK NEW KOLONIAL TUNKU


Dalam perundingan London untuk kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman telah menerima syarat penjajah British untuk meneruskan perang penjajah British melawan Perang Pembebasan Nasional untuk kemerdekaan Malaya yang dilancarkan PKM serta terus menerus menekan gerakan kiri dengan Undang-Undang Darurat yang dikuat kuasakan British. Selain itu, Tunku juga telah menerima syarat penjajah British dalam berbagai bidang, politik, ekonomi, ketenteraan, kebudayaan dan lain-lain. Jelaslah Tunku telah menyimpang dari kemerdekaan yang sebenarnya. Ibrahim Fikri dan Saadon Zubir yang asalnya berjuang untuk kemerdekaan dari politik haluan kiri juga menerima pandangan Tunku Abdul Rahman tersebut dan ikut serta dalam perundingan London. Sebab itulah, walaupun sudah mencapai kemerdekaan, tapi perang melawan penjajah British tidak dapat ditamatkan, Undang-undang Darurat terus berkuat kuasa. Pada tahun 1961, akta tersebut diganti pula dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikenali sebagai akta zalim oleh berbagai kalangan politik dalam negeri dan antarabangsa.

Ahad, 27 Disember 2009

melanggar perjanjian adalah melanggar perintah Allah

2 ulasan

MELANGGAR PERJANJIAN ADALAH MELANGGAR PERINTAH ALLAH

Oleh Panji Darman


Hakikatnya kebenaran akan tegak dan kepalsuan akan terhapus, sesungguhnya kepalsuan akan hapus (Al-Quran Bani Israil Q17:81.) Sikap munafik UMNO yang mewakili Kerajaan Malaysia dalam isu kepulangan Chen Ping sudahnya akan memalukan negara ini, membawa imej sebagai bangsa yang rendah tamadunnya.

Apakah kerana UMNO kini sedang menghitung-hitung saat sakratul sehingga ia sanggup melanggar sebuah perjanjian yang begitu besar dalam sejarah Malaysia. Perjanjian Haadyai 2 Disember 1989 telah ditandatangani di hadapan khalayak masyarakat dunia, dihadiri oleh lebih kurang 300 - 400 wartawan di seluruh dunia dan perjanjian ini disaksikan dengan penuh istiadat. Hanya orang-orang yang berjiwa munafik sahaja yang akan memungkiri perjanjian dan suka mengungkit-ungkit perkara-perkara yang telahpun diputuskan.

abdullah c.d. lucutkan gari dengan tangan kosong

0 ulasan
ABDULLAH C.D. LUCUTKAN GARI DENGAN TANGAN KOSONG

Dalam masa berlangsungnya Undang-Undang Darurat, Abdullah C.D. pernah ditangkap, digari dan digiring oleh 2 pasukan polis yang didatangkan dari Raub dan Kuala Lipis. Akan tetapi, di tengah jalan, beliau secara luar biasa melucutkan gari dari tangan dan secara cerdik melepaskan diri dari tembakan musuh. Peristiwa itu memberikan pengaruh yang amat besar di kalangan massa rakyat. Ada yang menganggap beliau memiliki ilmu batin yang tinggi. (Gambar kiri: Abdullah C.D. pada tahun 1950). Sila ikuti kisahnya yang telahpun dipaparkan dalam Memoir Abdullah C.D (II)- Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, terbitan SIRD, 2007.


Sabtu, 26 Disember 2009

lagu bendera tentera

2 ulasan



Senikata lagu BENDERA TENTERA


Bendera tentera berkibar-kibaran
Memandu kita maju ke depan
Bintang keemasan bertanahkan merah
Rakyat bangun berjuang terus berjuang

Majulah kawan fajar sudah menyingsing
Melawan musuh dengan perwra
Untuk pembebasan nusa serta bangsa
Perjuangan kita pasti berjaya

Kita tentera anak rakyat
Bersatu dan sepakat
Memperjuangkan negara rakyat
Menghalau penjajah dari Malaya
Kibarkanlah bendera tentera
Ke serata pelusuk Malaya

umno palsukan fakta dan nafikan ibrahim yaakob

1 ulasan
UMNO PALSUKAN FAKTA DAN NAFIKAN IBRAHIM YAAKOB


(http://mindaahad.wordpress.com/ Oleh Tarmizi Mohd Jam )

NAMPAKNYA kerajaan begitu giat berkempen bagi menjayakan sambutan ‘50 Tahun Kemerdekaan Negara’ tahun lalu. Kini kempen itu kian suram. Tiada gerakkan yang menyanggah atau membetulkan fakta palsu yang disogokkan kononnya Tunku dan Umnolah yang menggerakkan usaha kemerdekaan. Bagaimanakah laungan ‘Merdeka’ oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah? Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, CIKGU ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita, TARMIZI MOHD JAM.

Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu…

CIKGU ISHAK SURIN: Memanglah itu yang sedang berlaku. Usaha ini giat dijalankan untuk menafikan gerakkan awal kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kerajaan cuba menonjolkan Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.

Jumaat, 25 Disember 2009

rahim nor kritik kerajaan tidak patuhi perjanjian

1 ulasan
USUL BENARKAN CHIN PENG BALIK DENGAN VISA PELANCONG, RAHIM NOR KRITIK KERAJAAN TIDAK PATUHI PERJANJIAN DAMAI

( diterjemah dari Malaysiakini Bahasa Mandarin, 30 November 2009)


Sempena peringatan ulang tahun ke-20 Perjanjian Damai Hadyai yang ditandatangani oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia, masalah Chen Ping ingin kembali ke tanah-airnya sekali lagi menjadi isu perbincangan yang hangat. Walau Timbalan PM, Datuk Seri Muhyiddin Yasin menolak kontan hasrat terakhir Chen Ping itu, tapi Datok Seri Rahim Nor, bekas Ketua Polis Negara yang pernah mewakili Kerajaan Malaysia dalam perundingan dengan pihak PKM kecewa kerana kerajaan tidak mematuhi perjanjian damai itu.

Menurut perjanjian damai itu, kerajaan setidak-tidaknya harus membenarkan Chen Ping balik ke tanah-airnya dengan visa pelancong, katanya.

Kritik Persatuan Bekas Perajurit dan Polis Terlalu Emosi

Rahim Nor juga mengkritik, perbuatan Persatuan Bekas Perajurit dan Polis yang mengkritik Chen Ping secara melulu itu terlalu emosional dan sudah bertentangan dengan semangat Perjanjian Damai Hadyai.

Khamis, 24 Disember 2009

jawapan kepada ulasan penpusaka

7 ulasan

JAWAPAN KEPADA ULASAN PENPUSAKA


Salam Penpusaka.

Selamat bertemu Penpusaka di "pentas" yang disediakan Pak Mat Amin ini. Pertamanya terima kasih ku lontarkan kepada Penpusaka kerana sudi juga memberikan ulasan. Di atas sikap berterus terang inilah aku menghormati pandangannya. Jadi aku juga ingin memberi sedikit pandangan terhadap ulasan yang berikan Penpusaka. Untuk memudah pembaca, jawapan aku diberikan warna hitam manakala ulasan Penpusaka diberikan warna biru.

Salam ziarah, Sewaktu pendudukkan Jepun, PKM dibantu dan diupah oleh penjajah British menubuhkan MPAJA menentang penjajah Jepun.Jepun kalah dalam perang Dunia ke2 lalu menyerah diri kepada British dan meninggalkan Malaya. Kekosongan beberapa bulan, antara kepergian Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu, PKM telah mengambil kesempatan "mengganas" diTanah Melayu dengan ZALIM, memikirkan mereka akan menegakkan "Kerajaan Komunis" di Tanah Melayu sejajar dengan "arahan" Komunis Antarabangsa berpusat di Tanah Besar Cina.

Fakta yang menyebut “PKM dibantu dan diupah oleh penjajah British menubuhkan MPAJA menentang penjajah Jepun” adalah salah sama sekali. Hakikat sebenarnya ialah PKM telah mendesak penjajah British supaya membebaskan sejumlah kader2 dan tahanan politik di dalam penjara dan memberikan latihan singkat untuk menentang Jepun. Pada mulanya penjajah British tak terima. Akan tetapi melihatkan Jepun semakin mara, barulah penjajah British menerima desakan PKM itu. (Kini Dan Silam akan secara beransur-ansur membongkarkan fakta2 ini)

Kekacauan yang berlaku menjelang dan selepas kekalahan Jepun ditimbulkan oleh penjajah British. Ketika itu penjajah British teramat lemah, moralnya merosot setelah kalah dalam perang dunia kedua. Untuk kembali memulihkan pemerintahannya di Malaya, penjajah British telah merencanakan strategi pecah dan perintahnya dengan mengadu domba hubungan antara kaum di Malaya. Force 136 khusus membuat kerja menghasut orang Melayu supaya anti-komunis. dan membenci orang Cina. Di samping itu penjajah British secara khas menghantar platun India Muslim melalui kapal selam ke Teluk Anson, kemudian mereka masuk ke kampung2 Melayu di sepanjang Sungai Perak, menghasut orang Melayu supaya orang membenci PKM dan membentuk parang panjang. Kebanyakan ketua kumpulan parang panjang ketika itu adalah alat penjajah manakala anggotanya tak tahu apa-apa, hanya ditipu sahaja. Mereka melakukan pembunuhan ke atas orang Cina dan juga ke atas orang komunis.

terkena serang hendap askar upahan penjajah

7 ulasan
TERKENA SERANG HENDAP ASKAR UPAHAN PENJAJAH

"Setelah selesai urusan musuh membersihkan medan pertempuran, barulah dikeluarkan perintah membakar lalang di rusuk kiri tempat kami bersembunyi itu. Jam pukul 1 lebih sedikit, kepansan terik matahari sudah cukup membakar tubuh kami. Apa lagi ditambah pula dengan kehangatan bahang api lalang itu. Cuma Allah sajalah yang tahu betapa panasnya yang kami tanggungi."


Pada penghujung bulan Februari 1951, Ah Chin (isteri Chen Nan) seorang penanggungjawab Stet Komiti bersama satu pasukan utusan datang ke tempat saya. Oleh kerana utusan yang hendak pergi ke Mentakab itu banyak membawa benda-benda penting sedangkan hendak pergi ke organisasi Area Komiti di Kampung Batu 7 itu harus melalui beberapa tempat penting dan bahaya umpamanya menyeberangi Sungai Semantan, menyusuri Kinoni Estet, menyusuri Sungai Kepung di Al-Al Estet, kemudian menyeberangi jalan raya Mentakab – Bentong barulah masuk ke jalan kampung Tionghua Batu 7. Oleh itu, sebab selok belok jalannya saya mengetahui, lantas merupakan kawasan tempat saya bekerja, lalu Kawan Ah Chin meminta saya pergi bersama utusan, ditugaskan untuk membawa barang-barang penting seperti satu bungkus (beg) wang, satu tin ovaltine barang-barang emas dan sejumlah dokumen penting lainnya.

Dalam perjalanan itu, kira-kira 95 peratus lancar, tetapi bila sampai melangkah ke jalan raya untuk memasuki jalan kampung yang biasanya hari-hari ada massa aktif kita berkawal di situ secara menyamar selaku pembakar arang, tetapi pada waktu itu ia tiada. Bila saja kami masuk ke kampung dan sedang berjalan di sebatang batas bendang menuju ke satu rumah di depan, maka askar yang bersembunyi di pangkal batas bendang dan askar yang menghendap di sekitar sebuah rumah di depan mencurahkan tembakan yang dahsyat. 3 orang kawan yang berjalan di depan terkorban dan seorang kawan di belakang saya juga gugur. Kawan yang paling belakang belum lagi masuk dalam lengkongan hendapan terselamat. Manakala saya dengan seorang siao kui (perajurit kecil tentera tani) yang bersenjatakan shotgan berbaring di atas tanah itu tanpa bergerak kerana terus dihujani tembakan yang dahsyat.

Rabu, 23 Disember 2009

lanailestari: catatan ringkas ziarah kampung perdamaian sukhirin

1 ulasan

LANAI LESTARI: CATATAN RINGKAS ZIARAH KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

di petik dari lanailestari.blogspot.com Tuesday, December 22, 2009



Apabila Sdr AmirRuslan mengajak saya untuk ikut serta kembara ke Selatan Thailand bagi menziarahi Kg.Perdamaian disana,tanpa bertangguh saya menyatakan persetujuan saya.Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk kesana,cuti sekolah bulan Mac sepatutnya saya ke sana tetapi oleh kerana orang tua uzur,maka terpaksa di tangguhkan.Manakala bulan Jun,pihak penanggungjawab terpaksa meminta saya membuat jadual semula memandangkan terlalu ramai rombongan kesana.


Memang saya berkeinginan besar ke sana,mungkin darah Pahang/Temerloh yang mengalir disegenap urat nadi saya menggamit untuk melihat sendiri dengan mata dan mata batin 'para pengganas komunis' ini seperti laungan perang saraf sejak lebih 50 tahun (dan masih berterusan).Juga tentunya sebagai peminat sejarah saya perlu membuat sedikit 'research' sekurang-kurangnya untuk manfaat diri sendiri dan jika boleh,meluruskan persepsi sejarah yang songsang dek kerana propaganda setengah abad.


Dan rombongan kami turut disertai oleh Sdr.Mat Sabu,pemimpin dan pejuang PAS yang saya kira,begitu progresif.

Berikut adalah catatan ringkas perjalanan kami.Cerita dan catatan terperinci akan disiarkan kemudian:

tok pawang memberikan sumbangan

3 ulasan
TOK PAWANG MEMBERIKAN SUMBANGAN

Setelah terlepas dari kepungan 120 orang askar upahan penjajah British Abu Samah dan Mat Teluk mendapat pertolongan Tok Pawang Haji Mat Taib di Kampung Sungai Nangka, Bolok Hilir, Semantan. Mereka semua adalah zuriat Datok Bahaman yang amat membenci penjajah British dan mencintai kemerdekaan tanah air. Dari sini kita boleh nampak bahawa perjuangan Rejimen Ke-10 mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat, khasnya di kalangan orang Melayu. Akan tetapi kerana kelicikan penjajah yang mendapat sokongan golongan pertengahan Melayu, perjuangan Rejimen Ke-10 untuk kemerdekaan tanah air telah dipesongkan sebagai “pengganas”, “anti-agama” dan sebagainya. Sehingga hari ini, media kerajaan terutamanya UMNO masih memberikan lebel tersebut kepada Rejimen Ke-10 - lebel yang telah disesuaikan dengan kehendak penjajah British.

Sila ikuti tulisan Abu Samah yang disalin dari buku yang sama:

Abu Samah sebagai seorang anggota Markas Besar
Rejimen Ke-10
selalu menyampaikan kursus-kursus
atau cerita-cerita revolusioner
kepada seluruh pasukan.
Gambar Abu Samah sedang menyampaikan
ucapan
di dalam perhimpunan komander dan perajurit
Kompeni Ke-21
Rejimen Ke-10 pada tahun 1978.

Selasa, 22 Disember 2009

abu samah: 2 lawan 120

4 ulasan
ABU SAMAH: 2 LAWAN 120

"Bila sampai saja ke arah tangga yang terakhir, seorang musuh yang menghendap di tepi tangga itu menerkam dan memeluk tubuh saya. Pergelutan untuk melepaskan pelukan musuh itu sangat hebat juga hingga sampai ke halaman tangga. Di sini sekonyong-konyong datang dua tiga orang musuh untuk membantu, seorang daripadanya menghentakkan bud rifle ke arah pinggang saya." -- Abu Samah Mohd. Kassim


Pada 15 Oktober 1951, ialah peristiwa bersejarah kali kedua yang menentukan hidup matinya bagi saya di mana satu pergelutan hebat dengan 120 orang askar Melayu yang mengepung saya di rumah sendiri di Kampung Lanar, Mempatih. Tembakan hebat ke sasaran rumah mulai dicurahkan jam pukul 7.45 malam. Kejadian ini tersebar luas dan memberikan kesan-kesan yang mendalam kepada orang ramai. Selang beberapa tahun kemudian banyaklah orang-orang datang berkunjung ke rumah tersebut termasuk wartawan-wartawan untuk melihat kesan-kesan bersejarah yang dianggapnya sebagai suatu misteri itu. Untuk mengetahui lebih jelas peristiwa itu, di sini saya ingin coretkan secara ringkas peristiwa pertempuran dan pergelutan itu.

Pada 14 Oktober 1951, saya, Mat Teluk, Idris [gambar kanan] bersama 5 orang kawan lagi sampai ke Kampung Lanar, Mempatih. Di sana kami menemui sejumlah orang termasuk Mohiddin (asalnya orang Karak, berkahwin dengan saudara sepupu saya selama lima enam tahun, tapi isterinya sudah setahun meninggal dunia). Mohiddin beritahu saya, esok, hari pekan sari Lanchang. Dia akan pergi menemui emak saya untuk menyampaikan berita tentang ketibaan saya.

“Awak ada apa nak pesan bolehlah saya sampaikan,” katanya.

Saya menyatakan setuju dan berjanji petang esok akan datang ke rumah Mohiddin untuk mendengar berita dan pesanan emak.

Esoknya di pekan Mempatih mulai pukul 10 pagi lagi Mohiddin duduk seorang diri di atas sebuah bangku di kaki lima. Tuan punya kedai dan pengunjung-pengunjung amat hairan melihat keadaannya. Sampai jam hampir pukul 12, Mohiddin bangun sambil menepuk punggung lalu berkata: “Ah, nak pergi mereport!”

Isnin, 21 Disember 2009

lanai lestari: laungan azan di kampung komunis

2 ulasan

LANAI LESTARI: LAUNGAN AZAN DI KAMPUNG KOMUNIS


Sesampai kami ke Kampung Perdamaian Sukhirin Chulaborn Patana 12,penempatan bekas anggota Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya,perkara pertama yang menambat mata saya ialah sebuah bangunan yang begitu sederhana berkubah kuning.Dihadapan bangunan berkubah kuning itu kelihatan 3-4 orang lelaki sedang duduk berehat dan berbual.

Ya,setelah melalui jalan bertar dari muka kampung menuju ke rumah tetamu,kita akan bertemu dengan bangunan Masjid Kampung Perdamaian yang terletak berhampiran Rumah Tetamu dan saya kira lebihkurang 200 meter daripada rumah Abdullah CD.Bangunan Masjid ini begitu sederhana malah,belum siap sepenuhnya terletak di tebing anak sungai yakni di bahagian belakang masjid tersebut.Masjid di tebing kali dan sungai yang mengalir deras serta jernih dan dingin serta deruan air yang mengalir itu tentunya mencipta suatu pemandangan yang bertaut dan tentunya menjadi begitu kontras dengan propaganda songsang lagi jelek terhadap para pejuang Rejimen Ke-10.





(Foto)Rumah Tetamu yang selesa dan bersih




Sejak sekian lama konotasi yang diberikan kepada Rejimen Ke-10 ialah mereka orang Komunis yang tidak percayakan Tuhan dan tidak beragama.Propaganda songsang dan jelek ini dilabelkan terhadap mereka bertujuan untuk mengdiskredits kreadibiliti dan sekali gus guna untuk mengolah persetujuan bahawa mereka ini sememangnya golongan yang memusuhi agama.



mencari pusara datok bahaman

1 ulasan

MENCARI PUSARA DATOK BAHAMAN



Walaupun Datok Bahaman telah diiktiraf sebagai pejuang bangsa menentang penjajahan Inggeris, namun belum ada usaha yang bersungguh-sungguh menjejaki pahlawan bangsa tersebut. Sehingga kini, belum terungkap di mana letaknya pusara Datok Bahaman dan pengikut-pengikutnya.

Untuk menyingkap misteri tersebut, Abu Samah Mohd. Kassim bersama Abdullah C.D. , Suriani Abdullah dan Siti Norkiah telah berkunjung ke Chiangmai pada tahun 1996. Seorang pegawai tentera Thai yang bertugas di Unit Penghubung di kampung Perdamaian Sukhirin telah membantu perjalanan mereka.

Dalam catatannya yang diabadikan dalam buku SEJARAH DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN, terbitan Nan Dao Publisher, Hongkong 1996, Abu Samah menulis:

Akan tetapi yang amat menarik minat saya ialah ketika kami berempat berkunjung ke Chiangmai, Utara Thailand. Sebagaimana di fahamkan bahawa Datok Bahaman dan pejuang-pejuang Pahang melawan penjajah British telah diusir ke Utara Thailand dan dilindungi oleh Seri Maharaja Siam dan ditempatkan di sebuah perkampungan khas. Dengan maksud mencari zuriat Datok Bahaman – Orang Kaya Semantan – dan para pejuang Pahang lainnya, pada bulan Ogos 1996, kami berempat telah berkunjung ke sana.

Dengan dipandu oleh Kaptan (pukong) [gambar kiri: baju merah tengah] yang bertugas sebagai Ketua Chut Patibatkarn (Unit Penghubung) di Kampung Chulabhorn Patana 12, kami berjaya menemui satu keluarga saya dari zuriat Datok Bahaman yang bernama Soliha Hanapi (49 tahun) [gambar kanan] dan suaminya Imam Shukri serta anak-anaknya. Oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti kesuntukan masa, kurang lancarnya penterjemahan bahasa dan penukaran nama-nama asal para pejuang Pahang yang lampau, agak sukar untuk mengusut zuriat-zuriat yang lain. Walaupun begitu, menurut Soliha, dari apa yang diceritakan oleh allahyarham bapanya bahawa di atas sebuah bukit yang tak jauh dari Stesyen Keretapi Lampang, Thailand terdapat kubur tempat bersemadinaya Datok Bahaman. Katanya lagi dalam masa 60-70 tahun yang lalu, kubur itu dianggap keramat, sentiasa dikunjungi bukan saja orang-orang Islam, tetapi penganut-penganut Buddha dan lain-lain. Mereka datang selain untuk mendapatkan ilham juga bernazar atau melepaskan niat.

Ahad, 20 Disember 2009

sokong pr: sekitar lawatan ke kampung perdamaian

0 ulasan
SOKONG PR: SEKITAR LAWATAN KE KAMPUNG PERDAMAIAN


Pada 14 hb Disember kami melawat Kg Perdamaian Shukirin, di Selatan Thailand yang menempatkan bekas anggota Regimen ke 10, penentang penjajah British. Rombongan diketuai oleh Hj Mohamad Sabu.




Sokongpr dan Penjual Ubat di hadapan rumah Pak Abdullah CD.

tahniah pakatan rakyat

0 ulasan

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT




Kesepakatan yang diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat adalah langkah permulaan ke arah pembentukan barisan bersatu patriotik-demokratik semua kaum negara kita. Semoga pedoman yang digariskan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam memimpin barisan bersatu PUTERA-AMCJA menjadi pembimbing barisan bersatu ini.


Harakahdaily 
SHAH ALAM, 19 Dis: Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat untuk meleburkan semangat perkauman sempit untuk mencapai tujuan yang lebih besar iaitu mencapai tujuan bersama untuk seluruh masyarakat Malaysia.

Kesepakatan ini diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ketika memberikan ucapan utama mereka di Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat pagi ini.

Sabtu, 19 Disember 2009

oh mariana: lagu perjuangan

0 ulasan

OH MARIANA - LAGU PERJUANGAN



Oh Mariana sebuah lagu perjuangan, tak diketahui dari mana asalnya, tetapi popular di kalangan AWAS dan dinyanyikan juga di Rejimen Ke-10.

Video bawah adalah persembahan dari bekas Ketua AWAS Pahang, Siti Norkiah Mahmood Baginda. Klip video ini disedut dari filem video terbitan Studio TV Rejimen Ke-10, 1989



pahlawan liberasi: parti komunis malaya

0 ulasan

PAHLAWAN LIBERASI: PARTI KOMUNIS MALAYA

By hyderyjtan

Beberapa hari dahulu,Malaysia meraikan “Hari Pahlawan” yang bertujuan mengenangkan “wira-wira” yang mengorbankan diri demi negara. Siapakah wira-wira beliau?tentera serta polis yang mengorbankan diri demi mempertahankan ibu pertiwi dari “ancaman gerilla komunis”,yah,bermakna komunis itu adalah jahat & mereka yang menentangnya baru berhak dijadikan wira pahlawan negara mulia ini.Perang saudara komunis itu digelar sebagai ancaman?Betulkah jika dicaci teruk macam ini,manakah bukti? Cuba kita membaca buku teks sejarah sekolah menengah,komunis itu membunuh peladang,bunuh polis,baker rumah,mengebom landasan keretapi,bunuh rakyat,jikalau semua ini adalah benar,apakah sebabnya?Tetapi kita tidak melihat sebarang pengajian ,bahkan terus dimomokan oleh kerajaan yang bergelar sebagai“patriot” sendiri.


Zaman peperangan adalah pembunuhan antara dua kumpulan,siapa yang betul ataupun salah sebenarnya tidak dapat disangka.Malaysia merupakan tempat penjajahan British imperialisme yang mengekspoitasikan rakyat Malaya & rakyat utara Borneo,Komunisme sebagai ideology yang progresif,berikrar untuk berjuang demi kemerdekaan Negara dari pihak British.Tengoklah zaman penjajahan kejam rejim Jepun,British yang takut mati itu sudah sedia melarikan diri dan meninggalkan Malaya begitu sahaja,hanya gerilla MPAJA yang kebanyakkannya orang cina yang berani menentang dengan tentera Jepun serta kempeitai sejak regim itu dibina,Force 146 yang dianggotai oleh British dan ahli-ahli KMT cuma semasa Jepun sudah hampir kalah pada Perang Dunia ke-2.MPAJA pernah dianugerahi pingat pahlawan setia oleh pihak British selepas PD2,tetapi akhirnya ia dikhianati oleh British & konco-konco pengampu orang tempatan,Parti Komunis diharamkan sebab Britain dan pihak barat telah bersedia menghalang segala “ancaman merah” dari USSR.


Jumaat, 18 Disember 2009

lagi-lagi xpdc ke sukhirin

0 ulasan
LAGI-LAGI GAMBAR XPDC KE SUKHIRIN


klik tajuk bawah untuk paparan penuh
Bersama Pejuang (http://lanailestari.blogspot.com)





klik tajuk bawah untuk paparan penuh

Berkunjung kerumah Abdullah CD.. (http://penjualubat.wordpress.com)

persidangan parti-parti komunis komanwel

2 ulasan




MENYERTAI PERSIDANGAN PARTI-PARTI KOMUNIS KOMANWEL, 1947




Rashid Maidin adalah seorang pimpinan Jawatankuasa Pusat PKM dan pimpinan penting Rejimen Ke-10 selepas Abdullah C.D.. Beliau dikatakan orang Melayu yang pertama menyertai PKM. Beliau juga merupakan rakan seperjuangan Abdullah C.D., Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhammad, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan lain-lain.



Pada tahun 1947, beliau mewakili Parti Komunis Malaya menyertai Persidangan Parti-parti Komunis Komanwel di London. Meneliti catatan beliau masa itu, kita dapat merasakan betapa menggeloranya perjuangan kemerdekaan yang dilancarkan golongan kiri dan satu perpaduan yang kukuh terjalin antara berbagai aliran dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air.



Rashid Maidin dan Abu Samah Mohad. Kassim




Rashid Maidin: Menyertai Persidangan Parti-Parti Komunis Komanwel, 1947





Selepas Perang Dunia Kedua, kesedaran politik rakyat pelbagai bangsa, khususnya di Asia, menanjak dengan hebatnya. Mereka mahukan penjajahan yang menindas mereka ditamatkan dan menuntut kemerdekaan tanah air dengan segera. Dalam suasana yang beginilah Persidangan Parti-parti Komunis Negara-negara Komanwel dilangsungkan pada tahun 1947. Dari Malaya, PKM telah menghantar tiga orang wakil yang sekali gus juga simbol tiga kaum terbesar di Malaya - saya orang Melayu, Wu Tien Wang orang Tionghua dan Balan orang India - untuk menghadiri persidangan itu.


REJIMEN KE-10 TRM