teks ucapan chin peng sempena 20 tahun penandatanganan hadyai

TEKS UCAPAN CHIN PENG SEMPENA MEMPERINGATI 20 TAHUN PENANDATANGANAN HADYAI




"Kami, sebagai sosialis, tetap berdiri tegak membela rakyat yang tertindas. Kami menentang penguasaan orang-asing dan manghapuskan ekploitasi ekonomik; menentang kezaliman dan ketidak-adilan di bawah apa bentuk pun. Kami telah melawan penjajahan Orang Inggeris dan pencerobohan Orang Jepun."





Selamat Sejahtera,
Dif-dif kehormat, baik dari Thailand atau dari Malaysia,
tuan-tuan dan puan-puan,
kawan-kawan seperjuangan saya,
para pemberita, dan
semua para hadhirin yang dihormati sekalian.

Terutama sekali, izinkan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terimakasih kepada Jawatankuasa Kerja kerana berjaya meraikan hari yang mulia ini. Saya juga mengalu-alukan kehadiran para hadirin dari Malaysia yang sudi datang dari jauh untuk meraikan bersama-sama kita Ulang-tahun Perjanjian Perdamaian yang kedua-puluh.

Tidak ada masa yang lebih sesuai sekarang bagi merakamkan ribuan terimakasih kami yang ikhlas kepada Keluarga Diraja Thai, terutama sekali Duli yang Maha Mulia Permaisuri Sirikit, Puteri Sirindhom dan Puteri Chulabhorn, yang senantiasa menjaga kebajikan kawan-kawan seperjuangan kami.

Saya berbesar hati melihat ramai pegawai-pegawai Kerajaan dan Militari Thai sudi menghadiri majlis pengingatan ini. Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada Jeneral Chavalit atas peranannya dalam menyelesaikan Perjanjian Perdamaian itu serta pertolongan yang berharga sejak itu. Akhirnya, kami tidak akan lupa jasa baik Militari Thai dan Kerajaan Thai atas sokongan dan kesefahaman selama ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebagaimana yang dikatakan dalam buku saya, nafsu tamak dan desakan materialistik sebagai dorongan menjadi mewah adalah matlamat yang singkat dan ia tidak boleh menjadi asas untuk membina satu masyarakat yang kukuh. Kita mesti menunjukkan jalan kepada pemuda-pemudi kita dengan satu prinsip sosial yang berasaskan nilai kasih-sayang dan murah-hati. Ini adalah nilai-nilai yang lebih berharga bagi semua tamadun manusia.

Kami, sebagai sosialis, tetap berdiri tegak membela rakyat yang tertindas. Kami menentang penguasaan orang-asing dan manghapuskan ekploitasi ekonomik; menentang kezaliman dan ketidak-adilan di bawah apa bentuk pun. Kami telah melawan penjajahan Orang Inggeris dan pencerobohan Orang Jepun. Usaha kami dalam proses mendirikan satu negara demokratik ini telah diperkecewakan oleh pihak berkuasa dengan segala cara yang kejam termasuk buang negeri, tahanan penjara dan seksaan badaniah dan rohaniah. Dalam keadaan demikian, kami terpaksa memilih: samada berdiam-diri tanpa mengambil peduli jeritan derita rakyat kita atau mengangkat senjata melanjutkan perjuangan kami.

Kami mencita-citakan satu masyarakat di mana setiap manusia menikmati sama rata dan kehormatan diri. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang ikhlas dan hormat yang tertinggi kepada semua orang lelaki dan wanita yang bercita-cita sedemikian dan telah menyumbangkan seumur hidup mereka untuk mencapai impian ini. Pengorbanan kalian telah membuktikan bertapa mendalam cinta kalian kepada tanah air dan rakyat kita. Hidup kita ini akan menjadi amat bermakna dan apabila kita meninggalkan dunia ini, kita tahu bahawa kita telah memainkan peranan kita, walaupun hanya sedikit sahaja, dalam usaha menjadikan tanah-air kita ini satu dunia yang lebih baik bagi semua.

Mungkin kami tidak berjaya, tetapi kami pasti, kami telah meninggalkan untuk generasi-generasi berikut satu semangat: semangat “berani berjuang” dan semangat berani berkorban, termasuk nyawa kami, untuk cita-cita yang mulia. Saya sukacita apabila melihat pada masa ini ramai pemuda-pemudi kita daripada semua golongan dan bangsa, berjuang untuk satu masyarakat impian sedemikian. Salut kepada para pemuda-pemudi.

Dalam peperangan, korban jiwa tidak boleh dikecualikan. Saya amat berdukacita atas kehilangan jiwa rakyat awam, dan juga ke atas semua kematian dan kecederaan yang dialami oleh anggota-anggota bersenjata dari ketiga-tiga pihak. Ini adalah satu kerugian besar yang mengesalkan. Bagi mereka yang terkorban, saya ingin merenung selama satu minit mengingati mereka semua. (Bertafakur seminit.)

Kerajaan Malaysia tahu akan sumbangan kami untuk membebaskan Malaya daripada penjajahan Jepun dan Inggeris. Pada tahun 1974, Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah mengakui bahawa “...Perundingan Baling telah membawa terus ke Merdeka...”.

Perjanjian Perdamaian pada 1989 telah berjaya kerana semua pihak ketika itu bersungguh-sungguh mahu satu penyelesaian pada konflik bersenjata tersebut. Konsesi yang besar telah dibuat oleh pihak Kerajaan Malaysia, pihak Kerajaan Thai dan pihak PKM. Semangat saling memaham dan saling mengampun terwujud pada masa itu. Sekarang, Kerajaan Malaysia, dengan menghalang saya pulang ke tanah-air saya sendiri, akan mencemar perjanjian perdamaian yang suci ini. Saya menyeru sekali lagi, lupakan apa yang telah terjadi dan bersama-sama melangkah ke hadapan.

Saya berniat kuat untuk menziarahi kubur-kubur datuk dan ibu-bapa saya yang telah meninggal dunia selepas saya meninggalkan mereka. Niat ini seimbang dengan keyakinan dan pendirian saya dari segi perikemanusiaan. Pendek kata, pada hakikatnya, saya juga seorang manusia biasa yang sudah menjangkau hujung hayatnya. Hajat saya yang terakhir cuma melakukan satu lawatan jangka pendik ke makam mereka.

Ucapan ini besar kemungkinan merupakan ucapan umum saya yang terakhir. Tidak ada sebab untuk kita berdukacita kerana saya yakin bahawa generasi berikutnya akan menyambungi perjuangan kita – apa yang kita impikan, apa yang kita wujudkan dan apa yang kita usahakan di masa hidup kita. Di antara mereka yang mencita-citakan satu masyarakat yang lebih berkemanusiaan, di antara mereka yang mencita-citakan satu dunia yang lebih indah dan baik, pasti muncul lapisan pemimpin yang mampu mengubah sejarah.

SELAMAT TINGGAL DAN SELAMAT BERJUANG!

5 ulasan

AWANGsimpol mod

SIAPA DIANTARA KITA HARI INI
SEANGKATAN DENGAN CHIN PENG
BERJUANG MELAWAN PENJAJAH ?

1952 TERKORBANNYA HENRY GURNEY
1955 PERUNDINGAN BALING
1957 MERDEKA
1989 PERJANJIAN HAADYAI

KITA HARI INI
MAKAN MINUM TIDUR BARING
DENGAN SEENAKNYA
SEDIKIT SEBANYAK
ADALAH HASIL
TITIK PELUH CHIN PENG....

Reply

Paul Kiong menunjukkan Pingat Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang dimilikinya di Kelana Jaya, semalam.




"Chin Peng tidak perlu pulang ke negara ini kerana dia bukan rakyat Malaysia. "Malah dia hanya dilahirkan di Sitiawan, Perak tetapi tidak pernah memohon sebagai rakyat Malaysia seperti mana yang perlu dilakukan selepas negara ini mencapai kemerdekaan,".

Begitu tegas seorang pesara polis, Paul Kiong, 65, yang pernah berkhidmat di Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menentang Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1969 hingga 1989. Beliau yang bersara dengan pangkat Supritendan berkata, rakyat hari ini perlu memahami dendam para pejuang negara menentang kekejaman PKM suatu ketika dahulu.

"Dulu, kami terpaksa berada di dalam hutan untuk tempoh yang lama bagi menghapuskan kumpulan pengkhianat itu (PKM). "Malah ada di antara anggota polis dan tentera menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan ngeri akibat kezaliman PKM," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, detik kesusahan dan keperitan menentang PKM dan Chin Peng yang dilalui itu bukan begitu mudah untuk dilupakan pejuang sepertinya. Katanya, perkara itu terbukti apabila Chin Peng mengaku bertanggungjawab terhadap kekejaman yang berlaku sebelum ini menerusi akhbar The Star.

"Pengakuan Chin Peng mungkin dapat meraih simpati orang muda, tetapi kami yang pernah melalui detik tersebut masih menyimpan dendam terhadapnya. "Ramai anggota keselamatan yang terkorban malah ramai juga di antara mereka yang cacat sehingga hari ini," ujarnya.
Paul Kiong memberitahu, tindakan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang tidak boleh dilihat sebagai isu perkauman tetapi bagi menghargai jasa pejuang yang cedera dan terkorban serta keluarga mereka.

"Saya yang berketurunan Cina juga tidak akan sekali-kali memaafkan kekejaman PKM.
"Biarpun luka di tubuh badan sudah menjadi parut tetapi luka di hati dan kesedihan akibat tindakan PKM masih belum terubat sampai sekarang," jelasnya.

Paul Kiong merupakan seorang daripada 27 penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat itu dikurniakan bagi menghargai jasa beliau yang pernah menumpaskan komunis pada 1969 hingga 1989. - UM

Warna warni politik
Torashah

Reply

Walau apapun alasan yang diberikan, Kerajaan BN UMNO telah ingkar janji – suatu perbuatan yang amat keji. Kalau ditinjau dari contoh ini, Kerajaan pimpinan UMNO lah pengkhianat bangsa yang sesungguhnya. Mereka memerangi PKM untuk membela kepentingan penjajah. Lebih baik orang Buddha Siam daripada orang Islam cap UMNO.

Memetik siaran Merdeka Review sebagai berkata:

“Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Setelah 20 tahun Perjanjian Damai Haadyai dimeterai antara Parti Komunis Malaya (PKM), kerajaan Malaysia dan kerajaan Thai, sejauh manakah janji yang termaktub dalam persetujuan ini ditunaikan?”

“Seperti yang dijanjikan, PKM telah menamatkan perjuangan bersenjatanya; kerajaan Thai pula, menghulurkan bantuan kepada anggota PKM untuk memulakan kehidupan baru. Kerajaan Malaysia kini menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi apabila mengumumkan bahawa Chin Peng tidak dibenarkan untuk pulang ke tanahairnya.”

“Majlis ini turut dihadiri pihak kerajaan Thai yang diwakili oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Thai, Thavon, serta beberapa wakil daripada angkatan tentera Thai. Kerajaan Malaysia walaupun diundang, namun tidak menghantar wakilnya untuk menghadiri majlis ini. Apa yang menarik adalah, kedua-dua Mesyuarat Agung dan majlis ini dikendalikan dengan beberapa bahasa pengantar, antaranya bahasa Melayu, Cina, Thai dan Inggeris.”

“Chin Peng, Setiausaha Agung PKM menjadi tumpuan apabila muncul di Majlis ini pada usia ke-85 tahun. Beliau menerima tepukan gemuruh ketika memasuki dewan di Hotel Lee Gardens, hotel yang sama ketika Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani 20 tahun yang lalu.”

Baca selengkapnya di http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10470

Dol

Reply

salut ku pada perjuangan ini tidak terhingga

Reply

Peruntukan persekutuan kepada negeri mengikut perlembagaan pun BN mungkir janji.
Begitu juga royalti minyak untuk Terengganu dan Kelantan.

Reply

Categories

Pengikut