tahniah untuk dr. syed husin ali

TAHNIAH UNTUK DR. SYED HUSIN ALI
(Semangat Lubuk Kawah Blogspot)

Pada hari ini, Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, telah mengangkat sumpah selaku Ahli Dewan Negara.

Saya adalah orang yang paling gembira dengan perlantikan ini. Saya telah mengikuti perjuangan Syed Husin Ali sejak dari mudanya. Beliau adalah seorang Marhaenis, seorang pejuang rakyat, seorang yang paling sederhana didalam hidupnya, seorang yang tidak pernah berjuang untuk kepentingan dirinya.

Beliau telah ditahan dibawah ISA selama 6 tahun dengan pertuduhan jahat dan beliau disiksa semasa dalam tahanan itu, suatu penyiksaan diluar batas-batas kemanusiaan.

Beliau adalah diantara intelek-intelek Melayu yang mampu hidup mewah, tetapi menolak kesenangan untuk diri sendiri demi perjuangan membela rakyat.

Kedudukannya didalam Dewan Negara adalah suatu keistimewaan untuk rakyat. Beliau bukan sahaja seorang pejuang, beliau adalah seorang intelek dan menggunakan ilmu yang ada pada dirinya untuk perjuangan.

Tahniah untuk Tuan Haji Dr Syed Husin Ali!

1 ulasan:

tahniah dr syed hussein ali
pejuang kental
sejak tahun 60,an lagi
TAHNIAH!!!

Reply

Categories

Pengikut