tahniah pakatan rakyat


TAHNIAH PAKATAN RAKYAT




Kesepakatan yang diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat adalah langkah permulaan ke arah pembentukan barisan bersatu patriotik-demokratik semua kaum negara kita. Semoga pedoman yang digariskan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam memimpin barisan bersatu PUTERA-AMCJA menjadi pembimbing barisan bersatu ini.


Harakahdaily 
SHAH ALAM, 19 Dis: Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat untuk meleburkan semangat perkauman sempit untuk mencapai tujuan yang lebih besar iaitu mencapai tujuan bersama untuk seluruh masyarakat Malaysia.

Kesepakatan ini diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ketika memberikan ucapan utama mereka di Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat pagi ini.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili parti masing-masing dalam menyampaikan kesepakatan itu.

Ketiga-tiga mereka memberikan ucapan utama di permulaan konvensyen pertama PR yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Slam (MBSA) pagi ini.

Lebih 1,500 pemimpin dan perwakilan memenuhi auditorium itu untuk menyertai konvensyen yang bertema 'Memimpin Perubahan Menjana Kemenangan' itu.

Di atas pentas utama, selain ketiga-tiganya, duduk di sana adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah, Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh di samping Datuk Seri Khalid Ibrahim, MB Selangor sebagai tuan rumah.

"Kita akan mengamalkan prinsip hubungan 'karamah insaniah' melawan perkauman sempit yang diperjuangkan oleh Umno," kata Anwar.

"Kita mesti melihat kita semua dalam konteks ibu, ayah, anak, adik, abang, kakak dan sebagainya bukannya dari warna kulit dan kaum serta agama masing-masing," kata Lim Guan Eng.

Abdul Hadi pula dalam ucapannya meminta semua pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat mendahulukan yang disepakati di kalangan mereka dan menangguhkan dulu perbezaan sehingga mereka mencapai kata sepakat.

Tindakan ini perlu untuk memboleh Pakatan bergerak ke depan tanpa dilagakan oleh musuh-musuh mereka.

Categories

Pengikut