sosiais hijau: undilah pkm


UNDILAH PARTI KOMUNIS MALAYA


Negara baru sahaja melintasi garisan sejarah perjanjian damai antara Parti Komunis Malaya dan kerajaan Malaysia pada 2 dIsember yang lalu. Pada tahun ini genaplah 20 tahun perjanjian ini telah di meterai. Setelah 41 tahun pihak PKM melalui unit gerilanya mengangkat senjata menentang imperialisme, kerajaan Malaysia akhirnya mengaku kalah kepda pihak komunis dengan bersetuju kepada plan damai yang telah di cadangkan oleh pihak PKM.

Sebenarnya pihak PKM telah sekian lama mendambakan kepada pedamaian dan berhasrat untuk bersama-sama terlibat di dalam pembangunan negara tetapi kerajaan Malysia di bawah teraju UMNO tidak pernah berhasrat untuk berbuat demikian kerana masih terikat dengan ugutan pihak British agar PKM di perlu di hapuskan dengan mengunakan kekerasan. Ini adalah sebagai satu agenda pihak British di dalam meneruskan dasar pecah dan perintahnya agar UMNO parti yang mereka warisi selepas kemerdekaan akan terus berkuasa.

Di dalam rundingan Baling sendiri kita dapat melihat betapa Ketua Menteri sewaktu itu, Tengku Abdul Rahman tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap apa jua dari hasil perbincangan itu. Hasilnya rundingan itu telah gagal dan Tengku telah berjanji akan meneruskan perbincangan perdamaian selepas daripada negara mencapai kemerdekaan. Namun begitu setelah merdeka pihak kerajaan meneruskan dasar British dengan terus memerangi PKM. Segala bentuk kekuatan tentera dan polis telah di gunakan dengan melibatkan wang rakyat di habiskan dengan begitu sahaja. Tentera PKM bukan sahaja tidak berjaya di basmikan malah mereka telah menambahkan kekuatan dari hari ke hari walaupun terpaksa berada di sempadan negara.

Kerajaan Malaysia juga terpaksa menanggung kewangan tentera Thai di dalam meminta bantuan kerajaan Thailand untuk sama-sama memerangi PKM di sempadan. Gabungan kekuatan tentera kedua2 negara ini juga telah gagal untuk melemahkan tentera PKM. Walaupun begitu rundingan Baling pada tahun 1955 di teruskan seperti yang di janjikan oleh Tengku pada waktu selepas rundingan yang melibatkan pihak British itu gagal. Ini adalah bertepatan dengan prinsip PKM yang mengangkat senjata hanya kerana mahu menghalau pihak british keluar dari Malaya tetapi pihak kerajaan Malaysia terus menerus memerangi PKM walaupun British sudah berangkat pulang ke negara mereka.

Setelah Dr Mahathir mengambil alih pentadbiran negara beliau telah melihat betapa peperangan saudara ini harus di hentikan dengan segera agar pertumbuhan ekonomi negara tidak terganggu. Melalui pertemuan pertama antara wakil Ghafar Baba yang ketika itu menjadi Perdana Menteri akhirnya telah melangkah kearah kefahaman antara kedua belah pihak. Inilah sebenarnya yang di harapkan oleh pihak PKM iaitu berdamai dengan tanah air mereka sendiri.

PKM adalah parti politik pertama di tanah Melayu dan jika bukan kerana perintah darurat yang menyaksikan parti-parti politik yang menentang penjajah di haramkan sudah pasti PKM tidak akan mengangkat senjata. Sudah pastilah parti ini akan turut serta di dalam sama-sama proses demokrasi bersama-sama parti-parti pilitik di negara ini. Persoalan idiologi bukannya menjadi kesalahan bagi sesuatu parti atau pertubuhan untuk bergerak di dalam proses demokrasi di Malaysia. Samalah seperti PAS yang membawa dasar Islam dalam perjuangannya dan dasar sosialisme yang menjadi idiologi kepada Parti Sosialis Malaysia(PSM). Yang menentukan sesebuah parti itu akan terus hidup dan releven adalah rakyat bukannya pihak berkuasa. Tidak menjadi kesalahan untuk PKM menjadi kerajaan atau parti memerintah jika rakyat memilih parti ini di dalam pilihan raya.

Sebagai sebuah parti politik PKM tidak memerlukan M-16 untuk menjadi pemerintah. PKM juga tidak perlu berada di sempadan Negara jika parti itu di benarkan bergerak dengan sah sebagai sebuah parti politik. PKM hanyalah sebuah parti politik yang sama seperti parti-parti politik yang lain termasuk UMNO. PKM hanya memerlukan undi rakyat dalam setiap kali pilihanraya untuk sama-sama merwarnai politik tanah air. Rakyat sendiri yang akan membuat keputusan sama ada idiologi komunisme boleh mereka terima atau tidak. Jika rakyat menolak idiologi komunis maka PKM hanya akan menjadi parti pembangkang dan jika rakyat menerima dasar-dasar PKM maka PKM akan menjadi pemerintah. Itu saja.

Malangnya penjajah British merasakan bahawa PKM dan parti-parti yang membawa idiologi rakyat seperti PKM akan menjadi penghalang kepada mereka untuk terus menerus memperhambakan rakyat. PKM dan parti-parti politik seperti PKMM, API dan AWAS telah awal-awal lagi di haramkan. Parti-parti ini bukan saja mahu menjadikan rakyat sebagai tuan kepada Negara mereka sendiri malah parti-parti ini juga telah menolak fahaman perkauman sempit yang sudah pastilah akan menjadikan rakyat dari berbagai kaum akan bersatu menentang penjajahan dan penindasan. Strategi pecah dan perintah yang di amalkan oleh penjajah sejak daripada kejatuhan kerajaan Melaka telah cuba di pecahkan oleh PKM dan parti-parti berhaluan kiri yang lain. Jika rakyat berbagai kaum Berjaya di satukan maka sudah pastilah ianya akan mendatangkan satu perkara yang tidak baik kepada British.

Penentangan atau permusuhan bersenjata antara PKM dan pihak kerajaan tidak akan berterusan seandainya Malaya yang telah merdeka memberi kebenaran kepada PKM untuk bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah. Seperti yang telah Umno lakukan kepada lain-lain parti politik pembangkang di Malaysia, Umno juga boleh lakukan kepada PKM. Jika UMNO menlebelkan Pas dengan extreme, DAP sebagai parti cina yang anti melayu dan PKR sebagai sebuah parti ejen Amerika maka Umno juga boleh mefitnah PKM dengan berbagai tuduhan seperti anti agama dan tidak percaya tuhan. Namun biarlah menuduh dengan apa saja fitnah itu di atas jalan demokrasi di mana PKM boleh menjawab dengan hujah dan biarkan rakyat yang menjadi hakim untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Masalahnya ialah Umno menghukum PKM tanpa memberi ruang untuk PKM membela diri di hadapan rakyat. Umno takut untuk berdepan dengan PKM secara anak jantan tetapi Umno mengunakan polis dan tentera untuk berlawan dengan PKM. Jika benar PKM atau komunis itu adalah sebuah pertubuhan yang anti agama maka gunakanlah isu ini untuk mempengaruhi rakyat agar jangan mengundi PKM di dalam pilihan raya. Bukankah Umno sebuah parti yang kuat dan mempunyai ramai ahli, jadi mengapa perlu takut untuk berhadapan dengan PKM di atas pentas demokrasi.

PKM tidak pernah bermusuh dengan tentera dan polis. PKM sentiasa mengharapkan perdamaian antara parti ini dengan pihak kerajaan sejak dari dulu lagi. Yang menjadi penghalangnya ialah golongan kapitalis dan golongan penindas. Mereka mengunakan kedudukan mereka untuk menghalang pihak kerajaan berdamai dengan PKM. Mereka inilah sebenarnya manusia yang tidak percayakan Tuhan. Mereka akan lakukan apa saja untuk mendapat keuntungan. Meeka menjual agama untuk terus berkuasa. Mereka binbang Jika rakyat memahami idialisme sosialis dan komunis maka kerakusan mereka selama ini menindas dan memerah hak rakyat akan timbang. Oleh itu selagi mereka menguasai kerajaan mereka akan pastikan segala idialisme yang menyebelahi rakyat tidak akan di beri peluang berada di Malaysia ini. Golongan kapitalis inilah yang menjadi Master Of Puppets kepada pemimpin Negara, orang politik, ahli agama dan rakyat pada hari ini. Maka golongan yang menjadi puppets ini telah turut serta menentang PKM dalam keadaan mereka ini jahil dan tertipu.

Oleh itu jika UMNO berkata hanya parti mereka yang boleh membela melayu, Pas pula berkata hanya parti mereka yang boleh membela Islam maka berilah peluang untuk PKM berkata bahawa hanya PKM yang boleh menjadikan rakyat sebagai tuan pada Negara mereka. Yang akan menentukan siapa yang benar adalah rakyat bukannya BARISAN NASIONAL.

posting asal
SOSIALIS HIJAU

2 ulasan

HARI INI UMNO/BN MASUK BERTANDING
UNDANG2 PILIHANRAYA DIA BUAT
ORANG SURUHANJAYA ORANG DIA
PENDAFTAR PERTUBUHAN DIA PUNYA
PERATURAN KEMPEN PUN DIA KAWAL

KOMPONEN UMNO/BN BANYAK
TERMASUK SPR
JUGA PDRM, SPRM
SEHINGGA KEKAMPONG DALAM JKK

IBARAT DALAM PERMAINAN BOLASEPAK
PENGADIL PUN KESEBELASAN ORANG DIA
BOLEH ALIH ALIH TIANG GOL
BOLEH TUKAR UNDANG2 MASA PERMAINAN
WISIL PUN DIA YANG TIUP

SDR. SOSIALIS HIJAU......
NAMA SOSIALIS DAN WARNA HIJAU
DAH JADI FOBIA
KEPADA UMNO KEPADA BN...!!!

Reply

sungguh benar,rakyat merupakan penggerak,bkn pd kekuasaan pemerintah,kecewa mndengar tntang labon sejarah yg melampau khianat nya trhadap prkara yg berlaku sbenar....sejarah dimanipulasi hanya ntuk pemerintah,bkn marhaen,kta blajar sejarah politik,bkn sejarah sosial,itu masalahnya!

Reply

Categories

Pengikut