SELAMAT TAHUN BARU 2010 DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN


29 Disember 2009, Kampung Perdamaian Sukhirin: Suatu perayaan secara sederhana telah diadakan untuk menyambut tahun baru 2010 Masehi (2553 Tahun Buddha) dan menyambut Hari Kanak-kanak Kebangsaan (Thailand) yang jatuh pada 9 Januari 2010. Kedua-dua perayaan ini dibuat secara serentak atas mesyuarat Jawatankuasa Kampung, Pimpinan Kehormat Kampung, Abdullah C.D., Jawatankuasa Sekolah Dasar Kampung Perdamaian Sukhirin dan Wakil Rakyat dari Kampung Perdamaian Sukhirin. Difahamkan kedua-dua perayaan ini digabungkan secara serentak untuk menjimatkan masa dan belanja penyelenggaraan.


Perayaan ini diisi dengan acara kesenian yang dipersembahkan oleh anak-anak dari Sekolah Dasar Kampung Perdamaian Sukhirin dan Taman Asuhan Kanak-Kanak. Hadiah-hadiah disampaikan kepada anak-anak yang membuat persembahan dan sagu hati kepada seluruh anak-anak.


Di samping itu, satu jamuan yang sederhana juga telah diadakan. 6 ekor kambing telah dikorbankan untuk dijamu kepada anak-anak dan seluruh warga kampung. Kambing-kambing ini adalah hadiah dari Abdullah C.D. yang mewakili pimpinan Kehormat Kampung, Tuan Haji Mohd. Sabu yang melawat Kampung Perdamaian Sukhirin beberapa minggu lepas dan Wakil Rakyat bahagian Tamboon di Kampung Perdamaian Sukhirin.


Istimewa perayaan ini diberikan tumpuan kepada anak-anak agar mereka terus menerus mencapai kemajuan yang besar menuju masa depan yang cemerlang.




dari kiri: Abdullah C.D. , Guru Besar Sekolah Dasar Kampung Perdamaian Sukhrin, Ketua Kampung, Ketua Unit Penghubung dan Ibu Suriani Abdullah.


Guru Besar Sekolah Dasar Kampung Perdamaian Sukhirin menyampaikan ucapan pembukaan

Guru Besar Sekolah Dasar menerima hadiah
dari Abdullah C.D. untuk jamuan dalam perayaan



Anak-anak diberikan keistimewaan dalam perayaan ini

Persembahan anak-anak dari Kelas 5- 6

Tarian Payung dari Kelas 3 dan 4

Anak-anak kelas 1

Persembahan anak-anak dari Taman Asuhan Kanak-kanak 3-4 tahun

campuran dari kelas 4 dan 5

Ketua Unit Penghubung(kiri) dan Guru Besar (kanan) sedang memerhatikan gelagat anak-anak

Anak-anak berbagai peringkat umur disediakan bermacam-macam permainan dan hadiah

Categories

Pengikut