selamat datang



SELAMAT DATANG

Pada 14 Disember, satu rombongan saudara – saudari dari Malaysia telah mengadakan lawatan muhibah ke Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Kampung Chulabhorn Patana 12. Difahamkan kedatangan mereka adalah untuk melihat dengan mata kepala sendiri keadaan bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang memberhentikan perjuangan bersenjata pada 20 tahun silam.

Atas nama Bapa Abdullah C.D. dan seluruh bekas perajurit Rejimen Ke-10, Kini Dan Silam mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anggota rombongan tersebut terutama buat Tuan Haji Mohamad Sabu kerana sudi menziarahi dan mengambil tahu tentang kami baik masa kini juga sejarah silam, serta memohon ampun maaf sekiranya terdapat apa sahaja baik pertuturan atau tingkah laku yang tidak menyenangkan.







2 ulasan

Tahniah, saya ucapkan kepada Sdr Mohamed Sabu. Bukan senang mahu cari kebenaran. Golongan yang saudara ziarahi itu selama ini difitnah sebagai pengganas. Sejarah perjuangan mereka sebagai golongan parti politik pertama di Negara ini menentang Penjajah telah dipadamkan. Mereka adalah golongan pertama yang melantangkan "MERDEKA". Golongan pembodek Penjajah Inggeris, iaitu UMNO, yang menentang perjuangan kemerdekaan semasa itu dianggap sebagai nasionalis dan patriotik, walhal, merekalah penjilat Penjajah Inggeris.

Tahniah. Semoga rakyat Malaysia memperolehi pandangan yang jelas mengenai perjuangan kemerdekaan tanah air!

Reply

Gua Sokong pendapat lu Suhaimi Said. Malangnya masih ramai yang menaku pejuang Islam tapi kerjanya hanya menuduh orang lain semuanya sesat. Sedangkan mereka beranak dari perut UMNO hasil persetubuhan haram dengan British. maka lahirlah anak yang menjadi penyambung lidah propaganda penjanah.

SH

Reply

Categories

Pengikut