REFORMIS JALANAN: APA ANCAMAN ORANG TUA INI KEPADA NEGARA?


http://reformisjalanan.blogspot.com/
Tuesday, December 29, 2009

Orang tua ini, nak berjalan pun orang tolong papahkan. Inikan pula nak mengangkat senjata. Saya hairan kenapa anak kelahiran Malaya sepertinya dihalang untuk pulang ke tanah air sendiri. Adakah disebabkan dia ini keturunan Cina? Mungkin.

Dunia pun sudah pening. Yang sepatutnya menentang penjajah dan membela tanah air dicop sebagai pengganas. Sebaliknya penjajah dan orang yang bekerja dengan penjajah yang bertapak di negara ini sejak ratusan tahun diangkat menjadi hero. Rela mereka membina tugu memerangi komunis daripada tugu memerangi British.

Sedangkan dalam masa yang sama Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun dan Britain. Bukankah kedua-dua negara ini dahulunya pernah menjajah Malaya bahkan melakukan banyak kezaliman? Tun Razak Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah melawat China yang banyak memberikan bantuan kepada pergerakan komunis di Malaya. Inilah sikap buruk dan keji kaum Melayu, double-standard. Orang putih datang ke sini disambut. Sedangkan bangsa kulit putihlah yang bertanggungjawab membawa banyak kerosakan di Asia.

Mereka datang menjajah sambil menerapkan fahaman dan ideologi Barat, mencuri hasil galian dan bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian laknatullah di Asia. Saya sehingga sekarang terlalu membenci bangsa kulit putih (terutamanya orang Amerika dan Britain) kerana sikap dan tindakan mereka yang suka campur tangan dan mengambil tahu perihal orang-orang Timur (khususnya Asia Timur dan Tenggara) dari dulu sampailah sekarang. Merekalah bangsa yang membawa kerosakan. Mereka bangsa laknat. Tapi orang-orang Melayu bekerja untuk mereka.

Orang Melayu sanggup menjadi barua orang putih. Melayu-melayu yang bekerja untuk orang putih, menjadi pemandu, jadi askar tidak pula dicop sebagai pengkhianat negara. Bahkan sesetengah daripada mereka diangkat dan dijulang menjadi orang-orang hebat. Sanggup berlutut dan menghina diri mengharapkan belas ihsan orang putih untuk merdeka. Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Razak - mereka ini orang bawahan dan anjing kepada British laknatullah tapi diangkat menjadi pemimpin serta dihormati.

Orang yang bertungkus lumus menghalau orang putih dari sini pula dicop sebagai pengkhianat dan pengganas sehinggakan gelaran itu terpalit pada anak cucu mereka. Lebih malang lagi ada yang dinafikan hak untuk pulang ke tanah air sendiri. Seperti Chin Peng, tak dinafikan ada sesetengah komunis melakukan kezaliman dan keganasan. Tapi masa itu zaman perang. Kalau kau tak tembak aku, aku tembak kau. Sekarang perkara itu sudah berlalu. Perjanjian Baling dan Hadyai sudah termeterai. Yang sudah tu sudahlah. Chin Peng sudah tidak membawa apa-apa ancaman lagi kepada negara, melainkan ancaman kepada politik UMNO!

---
baca juga
terima kasih chin peng! http://reformisjalanan.blogspot.com/
Sejarah Yang Digelapkan http://reformisjalanan.blogspot.com/

Categories

Pengikut