rahim nor kritik kerajaan tidak patuhi perjanjian

USUL BENARKAN CHIN PENG BALIK DENGAN VISA PELANCONG, RAHIM NOR KRITIK KERAJAAN TIDAK PATUHI PERJANJIAN DAMAI

( diterjemah dari Malaysiakini Bahasa Mandarin, 30 November 2009)


Sempena peringatan ulang tahun ke-20 Perjanjian Damai Hadyai yang ditandatangani oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia, masalah Chen Ping ingin kembali ke tanah-airnya sekali lagi menjadi isu perbincangan yang hangat. Walau Timbalan PM, Datuk Seri Muhyiddin Yasin menolak kontan hasrat terakhir Chen Ping itu, tapi Datok Seri Rahim Nor, bekas Ketua Polis Negara yang pernah mewakili Kerajaan Malaysia dalam perundingan dengan pihak PKM kecewa kerana kerajaan tidak mematuhi perjanjian damai itu.

Menurut perjanjian damai itu, kerajaan setidak-tidaknya harus membenarkan Chen Ping balik ke tanah-airnya dengan visa pelancong, katanya.

Kritik Persatuan Bekas Perajurit dan Polis Terlalu Emosi

Rahim Nor juga mengkritik, perbuatan Persatuan Bekas Perajurit dan Polis yang mengkritik Chen Ping secara melulu itu terlalu emosional dan sudah bertentangan dengan semangat Perjanjian Damai Hadyai.

Sempena perhimpunan peringatan ulangtahun ke-20 Perjanjian Damai Hadyai yang dilangsungkan di Hadyai pada malam ini, Rahim Nor semasa menerima wawancara tunggal Malaysiakini semalam juga menggesa Kerajaan Malaysia melaksanakan tanggungjawab perjanjian damai yang ditandatanganinya ketika itu.

“Saya cuma bertolak dari semangat perjanjian damai itu sahaja. Pertama-tama, perjanjian damai itu merangkumi semua lapisan anggota PKM, iaitu dari lapisan terendah hinggallah pemimpin lapisan tertinggi, termasuk Chen Ping sendiri.”

Datok Seri Rahim Nor yang ketika itu menjawat jawatan Pengarah Cawangan Khas, adalah salah seorang yang bertanggungjawab menjayakan dimeterainya perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia dengan PKM. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Sidik Wan Abdul Rahman, Ketua Turus Angkatan BersenjataTan Seri Hashim Mohd Ali dan Ketua Polis Negara masa itu Tan Seri Hanif Omar telah menandatangani Perjanjian Damai itu atas nama Kerajaan Malaysia pada 2 Disember tahun 1989.


Rombongan PKM pada waktu itu dianggotai oleh Setiausaha Agungnya, Chen Ping, Pengerusi PKM Abdullah C.D. dan anggota Jawatankuasa Pusat PKM Rashid Maidin.

Perjanjian Membenarkan Semua Anggota PKM Pulang Ke Tanah Air

Dia ingat betul, semasa mengemukakan dan menyetujui perjanjian berkenaan, semua anggota PKM yang lahir di Malaysia diperbolehkan memilih untuk balik ke Malaysia, tambah Rahim Nor yang kini berusia 66 tahun.

“Bagaimanapun, mereka harus mengemukakan hasrat mereka untuk balik ke tanah air dalam masa 12 bulan selepas persetujuan damai ditandatangani.”

“Sedangkan mereka yang tak mahu berbuat demikian, ataupun tidak mahu menetap di Malaysia atas sebab-sebab tertentu pula dibenarkan memasuki Malaysia pada bila-bila masa pun atas visa pelancong, tapi tidak boleh menjadi penduduk tetap di Malaysia.”

“Saya fikir, berdasarkan asas perjanjian inilah, kebanyakan di antara mereka, baik yang muda mahupun yang tua, dibenarkan balik ke tanah air.”

Beliau mengakui bahawa beliau terkejut dengan keputusan kerajaan yang menolak Chen Ping balik ke Malaysia, sedangkan Mahkamah Persekutuan pula menolak rayuan Chen Ping balik ke Malaysia. Perjanjian Damai jelas membenarkan Chen Ping balik ke Malaysia dan menetap dalam masa singkat atas visa pelancong.

“Saya tak tahu adakah Chen Ping membuat permohonan balik ke Malaysia dalam masa 12 bulan setelah perjanjian damai ditandatangani. Anggaplah beliau tidak berbuat sedemikian. Tapi ikut perjanjian, beliau patut dibenarkan balik ke Malaysia dengan visa pelancong.”

PKM Telah Mematuhi Perjanjian Damai Sepenuhnya

Berkenaan issu sesetengah pemimpin dan bekas perajurit yang mengkritik Chen Ping menolak membubarkan PKM yang dianggap sebagai pertubuhan haram serta keganasan PKM di masa lampau, Datok Seri Rahim Nor berkata, “Saya tak faham, kerajaan sebenarnya sudahpun faham bahawa PKM sebenarnya telah diharamkan sejak tahun 1948 lagi, tapi kerajaan masa itu menganggap menandatangani persetujuan damai dengan PKM adalah sesuai”.

Tambahnya lagi, kerajaan menganggap menjalin perjanjian damai dengan PKM adalah sesuai, walaupun kerajaan faham bahawa lessen PKM telah digantung semenjak tahun 1948 lagi.

“Oleh kerana itu, secara lojik, kedua-dua pihak harus mematuhi perjanjian. Dan setahu saya, pihak Chen Ping telah mematuhi semua fasal yang termaktub dalam perjanjian damai itu.”

Tidak setakat itu sahaja, tambah Datok Seri Rahim Nor, ramai pegawai tentera telah melawat kampung perdamaian di Thailand itu dan mereka tidak mendapati tanda-tanda PKM berhasrat mewujudkan komunisme di Malaysia.
“Sepengetahuan saya, PKM telah mematuhi perjanjian damai. Macam mana pula kita? Saya fikir, kerajaan telah berbuat dengan amat baik di banyak bidang: mereka yang balik telah diberikan wang bantuan, mereka tidak ditangkap di bawah ISA dan seorang dua di antara mereka bahkan telah menjadi pensyarah di university tempatan.”

Dabal Standart: Abdullah C.D. Boleh Balik

Datok Seri Rahim Nor juga mempersoalkan, kenapa bekas Pengerusi PKM Abdullah C.D. dan isterinya Suriani dibenarkan balik ke Malaysia dengan visa pelancong bahkan dibenarkan menghadap Sultan Perak tapi Chen Ping tidak.

“Dalam memoirnya, Abdullah C.D. mengakui yang beliau bertanggungjawab merancang serangan ke atas balai polis di Pahang Barat dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong.”

Beliau juga menyoal, adakah Abdullah C.D. dan isteri pernah diminta menunjukkan surat lahir mereka ketika memohon balik Malaysia.

“Perbuatan mereka terhadap orang tua itu (maksudnya Chen Ping) tidak adil.”

“Setahu saya cuma Chen Ping seorang yang tak boleh balik. Perlu diingatkan, saya hanya bercakap secara professional, cuma berdasarkan perjanjian damai semata-mata.”

Persatuan Bekas Perajurit patut faham bahawa mereka menandatangani perjanjian damai, yang masa itu dicapai dengan cara bersahabat, atas nama pihak tentera.

“Saya yakin mereka faham akan pengaruh perjanjian damai itu, baik dalam jangka panjang, jangka sedang, mahupun jangka pendek. Mereka patut memberi nasihat kepada kerajaan berkenaan penghinaannya terhadap tentera.”

“Bagi saya, perjuangan bersenjata, baik besar-besaran mahupun kecil-kecilan, semua ada sebab musababnya. Kalau tidak itu bukan pemberontakan.”

“Kalau anda kata pihak tentera, polis dan rakyat awam telah amat teraniaya. Sila juga tanya pihak PKM. Mereka tentu berkata: macam mana pula dengan saya dan pihak saya?”

“Selang beberapa hari lagi ialah ulangtahun ke-20 perjanjian itu. Sekarang negara sudah aman-damai. Cuba fikirkan, kalau tiada perjanjian damai itu, anggota tentera masih terlibat dalam peperangan, bukan mudah menyelesaikannya, selain mereka menyerah diri. Dan ingat berapa banyak wang pembayar cukai yang telah dicurahkan.”

Seiring dengan ditandatanganinya perjanjian damai oleh semua pihak yang berkenaan, perkara Chen Ping penghianat atau tidak sudah bukan masalah lagi, tambahnya.

“Saya kira, pandangan yang dikemukakan oleh Persatuan Bekas Perajurit dan Polis cuma emosi semata-mata.”


artikel asal:

建议陈平获准以旅游签证回国
拉欣诺批政府没遵守和平协议




2 ulasan

Rahim Noor walaupun pernah mengarahkan banyak operasi menentang komunis, tetapi fikirannya lebih rasional dari mereka yang sedang berkuasa.

Bersetuju dengan pandangan beliau

Dol

Reply

Tahniah tan sri

Reply

Categories

Pengikut